Monday, May 25, 2020

LIFE PLANNING 2020-2025 & ROUTINE TIME TABLE


Ini merupakan kali ketiga aku buat perancangan setiap lima tahun dalam hidup aku, LP-1 2009-2014, LP-2 2015-2020 dan yang terkini LP-3 2020 2025. Dah macam Rancangan Malaysia setiap lima tahun aku buat haha. Apa ada hal, urusan aku dan hidup aku. Aku rancanglah dengan sebaik mungkin untuk mencapainya

Aku buat menda ini lepas aku beli dan baca satu buku Azizi Ali bertajuk The Most Powerful Tool yang aku beli di MPH Shah Alam pada 01/01/2008. Hah! Nampak tak aku ingat tarikh beli buku tersebut. Pe'el aku bila beli buku aku akan sign dan tulis tarikh. Senang nak review buku bila aku beli. Cuma apa yang tertarik dalam buku tersebut ialah ada satu ayat yang ditulis "TELL THE WORLD ABOUT IT". Lepas baca buku aku mulalah buat perancangan hidup aku, walaupun sebelum ini aku buat tapi tidak tulis, tidak nyatakan dan hanya ingat dalam kepala sahaja. Itu sebab kebanyakan tindakan aku "Just follow the flow" dan tiada "BIG WHY"

Sejak dari itu, aku mula canang apa yang aku nak capai pada orang-orang yang aku jumpa dan kenal. Dalam siri jelajah ceramah aku dengan mana organisasi aku akan letakkan "Life Plan" aku dalam slide dan bercerita tentangnya. Sebab aku kenal diri aku, tinggi ego agak melangit dan bila nakkan sesuatu aku akan usaha dengan sungguh-sungguh. So, bila aku bagitau orang apa yang hendak aku capai dan aku kena usahakan untuk capainya agar orang tidak kata aku ini hanya pandai tulis tapi tak pandai melaksanakan. Bak orang kata "rubbish in, rubbish out". Dalam perancangan aku ada beberapa perkara yang tidak dapat dicapai, mungkin set yang tidak relevan atau "over set" . Tapi pada aku kalau dapat 80% - 90% pencapaian dah memadai. Kalau "result" peperiksaan ini dah dapat A dah. 

Aku merancang bila mana umur aku capai 44 tahun akan datang jika diizinkan panjang umur, ada 6 perkara yang perlu aku capai ikut "segmentation" yang aku tetapkan. Nampak macam mudahkan nak tulis tapi untuk pelaksanaanya untuk aku capai memang perlu "hard work' dan pengorbanan yang besar. Bila sebut pengorbanan, aku suka nak cerita bila kita berkorban jangan sampai kita mengorbankan orang lain. Macam aku, aku rela berkorban masa aku, penat lelah aku, tidur aku, emosi aku, sakit aku daripada aku mengorbankan keluarga tersayang aku. Pada aku pengorbanan boleh kita letakkan dan kita uruskan. Pilihan ditangan kita dan kita perlu tentukan dan bukan orang lain yang tentukan

Untuk memastikan aku boleh uruskan pengorbanan tersebut, aku perlu buat perancangan agar ianya dapat diuruskan dengan sebaik mungkin untuk kita seimbangkan agar tidak terkurang atau tidak melebih-lebih sehingga akan wujudkan pengorbanan yang diluar kawalan kita



Aku ini spesis perlu rancang segala bagai aktiviti aku. Kalau waktu berak aku pun aku nak ada "timing" pukul berapa. Cuma waktu berak setakat ini hanya waktu pagi semasa mandi pagi. So, tiada spesifik masa yang aku boleh kawal hahaha. Nampak macam "simple" kan jadual waktu rutin aku. Tapi kalau kita tak buat, kita akan melahu dan membuang masa dan tiada arah tuju. Sebab Allah SWT bagi kita 24 jam sehari cukup untuk kita uruskan kehidupan dan ibadah kita. Cuma kita lalai dan sentiasa berada dalam kerugian jika kita tidak ingat-mengingati antara satu sama lain. 

Jadual ini aku buat rutin harian dan juga rutin hujung minggu, bila aku ambil keputusan sambung MyPhD Journey aku tidak boleh tambah aktiviti aku yang baru sehingga selesai perjalanan PhD aku. Kalau tidak memang aku akan tidur berdiri dan akan jadi zombi untuk pergi meracau dan gigit orang lain untuk jadi zombi juga. Daripada jadual ini aku buat "List To Do" setiap hari untuk senarai apa aktiviti aku pada hari tersebut. "List To Do" aku akan kemaskini setiap hari sebelum jam 12 tengah malam




Dalam "List To Do" ini aku akan tandakan bila aktiviti tersebut aku dah lakukan. Nampak sistematik sikit kalau buat macam ini. Dan dari sudut psikologi aku, dapatkan rasakan kalau aku dapat tandakan semua aktiviti tersebut pada hari tersebut terasa sangat-sangat diri ini dihargai dan memenuhi masa 24 jam yang telah Allah SWT kurniakan pada diri aku.

Tak mudahkan jadi diri aku, serba-serbi "in written" dan kena ada KPI atau "checklist" tindakan. Aku memang suka macam ini sebab mudahkan aku "track" atau lihat balik apa yang telah aku lakukan hari ini. Pada aku, masa amat-amat berharga untuk diri aku dan aku tengah "tune" untuk aku "cipta masa". Perghhh! macam mana itu? nanti aku share dengan korang pada "next post" macam aku "cipta masa"

Fait Hanapi
Kuala Lumpur
PKPB Sehingga 9 Jun 2020
#staysafe #breakchain #covid19
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Sunday, May 3, 2020

PELAN RISIKO MyPhD






Esok bermula fasa baru dalam PKP iaitu PKPB bermula 4 Mei 2020, semua orang dah boleh keluar tapi dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Macam aku ini jenis travelling kenalah keluar awal dan rancang perjalanan untuk ke Tanjung Malim dan balik ke Kuala Lumpur sebab akan berlaku delay sebab kapasti penumpang hanya separuh dalam satu-satu masa. Aku cuma risau dengan rutin tugasan aku di tapak bina, kena perketatkan SOP untuk pekerja dan juga aktiviti pekerja dan juga pegawai penyelia. Paling penting aku kena carry pakaian basahan untuk aku mandi selepas buat lawatan ke tapak bina

Aku tak nak cerita isu Covid-19 sebab ianya panjang dan boleh didebatkan dipelbagai medium media sosial. Kali ini aku nak share tentang Pelan Risiko PhD sepanjang tiga (3) tahun. Pada aku ini amat penting untuk memastikan GOT pada tahun 2023 dan terima skrol dalam tahun 2023. Aku daftarkan lima (5) risiko yang perlu aku uruskan supaya aku boleh fokus dalam perjalanan aku menuju GOT pada tahun 2023. Yup! 2023 ialah destinasi yang perlu aku tuju untuk langkah pertama dalam dunia akademik. 

[1] Tidak GOT; yang ini memang aku letak merah (tinggi) sebab ia akan menyebabkan aku melanggar Life Planning 2020-2025 aku sebab ianya saling kait mengait antara satu sama lain. Next post aku share Life Planning 2020-2025.

[2] Tidak dapat tampung yuran pengajian: ini pun aku letakkan tinggi sebab, aku tak tahu apa akan jadi next pada aku, cacat ke, patah kaki dan menyebabkan aku tak boleh bekerja. Dalam tempoh PKP ini pun pendapatan aku pun hilang separuh. Aik! Takkan UPSI potong gaji? Hilang separuh itu sebab aku tak dapat buat side work aku yang mana ianya menampung separuh perbelanjaan aku sebulan. Takkan simpanan takde kot? Bro, kalau bukit dikikis hari-hari boleh rata jadinya tau.

[3] Kekangan masa untuk research; ini pun aku letak tinggi jugak sebab insan seperti aku ini memang dilahirkan untuk tidak reti duduk diam. Ada jek benda nak buat dan dilakukan, so aku kena set keutamaan dan cuba elakkan buat aktiviti baru dalam masa tiga tahun

[4] SV tak support dan susah komunikasi; ini aku letak sederhana sebab dalam dunia sekarang jarang ada masalah komunikasi sebab medium komunikasi banyak boleh gunakan melainkan kau bermasalah dengan SV. Tak support tak timbul isu sebab, SV  aku ini tidaklah aku rapat dan tidaklah aku tak kenal sebab pernah jadi rakan se komuter ulang alik. 

[5] Tertanggu dengan media sosial, gajet yang tiada had; hat ini memang aku letak tinggi sebab penyakit aku addict dengan media sosial dan gajet ini. Aku kena letakkan polisi pengunaan dan cuba atasinya agar ianya tidak mencuri masa aku yang telah aku jadualkan. Aku dah buat jadual waktu untuk weekdays dan juga weekend supaya lebih teratur

Template ini aku tidaklah cipta sendiri sebab ade jek kat Google, cuma aku gabungkan dengan matrik yang aku ada. Maklumlah, pegawai risiko univeristikan semua makluman ada dalam laptop aku. If yang baca perjalanan aku ini nak (cewah! ada ke baca haha) boleh what apps ek

Next post aku kongsikan Life Planning 2020-2025 dan juga jadual waktu rutin aku ye. Stay Tune, Stay Safe

#days47 #MCO #breakchain #covid19
3 Mei 2020
Kuala Lumpur

Sunday, April 12, 2020

MILESTONE PhD JOURNEY




Sebenarnya aku dapa offer letter lama dah cuma aku tak ter-register jek dengan pihak IPS, UPSI. Nak jadikan cerita Covid-19 dah menular dan telah diisytiharkan oleh WHO menjadi pandemik. So, kerajaan Malaysia telah umumkan untuk melaksanakan PKP pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan ketika itu tak terlintas yang PKP ini akan ada berfasa dan bersambung-sambung macam sekarang ini.

Bila diumumkan PKP dilaksanakan kepala aku ligat untuk susun kerja-kerja tertangguh yang melibatkan urusan-urusan luar, termasuklah pendaftaran kemasukan sebagai oelajar UPSI. 16hb Mac 2020 aku terliibat dengan Meeting CCP JKR Projek Teluk Intan di Kuala Lumpur, so aku rancang nak buat semua pada keesokkan harinya dari medical check-up sampailah ke pendaftaran.

Apa lagi pagi-pagi 17 Mac 2020 aku dah mulakan langkah untuk buat semua benda dalam masa satu hari, kalau tak siapkan dalam masa satu hari, siaplah aku dengan macam-macam masalah nanti. Sebab offer letter aku kena daftar pada atau sebelum 1 April 2020, ikutkan aku ada 14 hari dari tarikh tamat daftar. Kalau aku lengahkan lagi dan tunggu sampai PKP tamat pada 31 Mac 2020 memang masaklah aku tak bergelar pelajar PhD dalam semester 1/2020

Allah SWT telah memudahkan aku uruskan pendaftaran PhD pada 17 Mac 2020 dari medical check-up, pembayaran sampailah ke IPS, UPSI. Adalah beberapa perkara yang aku tak buat lagi, matrik kad dan submit x-ray dan laporan kesihatan ke Pusat Kesihatan UPSI. Takpe yang penting yang utama telah diselesaikan

Bila dalam tempoh PKP fasa pertama aku dah mula memikirkan langkah pertama yang aku perlu buat untuk melangkah seterusnya dalam proses perjalanan PhD aku di UPSI. Maklumlah dua minggu nak buat apakan, buat planning dan action plan-lah. So, aku Google lah kot-kot ada template yang sesuai untuk aku gunakan, sebab dalam kepala aku ini kosong dan blank tak tau nak mulakan macam nak gariskan gerak kerja perancangan

Bila Google punya Google jumpalah satu web site https://www.ithinkwell.com.au/resources dalam ini semua template yang boleh diakses dah ubahlah ikut kesesuaian kita. So, aku dah plan apa gerak kerja untuk tiga tahun dan letakkan milestone untuk setiap pencapaian yang hendak dicapai. Aku letakkan hujung bulan Januari 2023 untuk aku submit thesis aku untuk ViVa dan hujung tahun 2023 untuk aku bergraduat sebagai UPSI alumni

Next, aku cerita pelan risiko aku dalam menempuh proses perjalanan PhD aku. Orang Risk tetap orang Risk, setiap tindak tanduk akan memikirkan risk-risk yang mendatangkan. Selamat ber-PKP masuk fasa ketiga, hopefully kita dapat mengharunginya dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat dan letakkanlah KPI atau outcome yang hendak kita capai dalam tempoh PKP yang berfasa ini. Alngkah ruginya jika kita sia-siakan masa yang ada ini dengan perkara tidak berfaedah dan bermanfaat

#days27 #MCO #breakchain #covid19
13 MAC 2020
KUALA LUMPUR

Monday, March 30, 2020

Proposal PhD: Framework of Artificial Intelligence Energy Management in Institutional of Higher Education (IOHE) in Malaysia Perspective



Kali ini posting aku berkaitan kertas cadangan PhD aku dalam AI dan juga Energy Management. Sebolehnya aku nak cari satu kajian atau topik yang uptrend dan mudah untuk dapatkan maklumat, data dan akses. Fikir punya fikir dapatlah topik berkaitan dengan kerjaya aku dan juga minat aku iaitu Energy Management, cuma yang baru pada aku perkataan Artificial Intelligence (AI). Tapi apa ada hal, maklumat dan ilmu boleh kita cari dan perolehi dari pelbagai sumber, nak dengan tak nak buat je

Aku punya WEAKNESS aku ialah menulis dan mengolah ayat tak kira dalam BM ke BI ke? Untuk aku huraikan sesuatu perkara memang agak kaku dan juga mengambil masa lama. Tapi STRENGTH aku ialah semanagat untuk aku lalui proses dan juga aura-aura positif yang ada di keliling aku. Pada mulanya aku untuk menulis kertas cadangan PhD, perkara pertama aku perlu buat ialah template. Puas aku Google cari berkaitan template dan macam-macam versi keluar dan makin serabut pulak nak ikut yang mana satu

Last, aku recce dari kawan aku nak tau macam format UPSI punya. Kadang-kadang kita cari punya merata tapi kita tak sedar yang depan mata dah tersedia untuk kita gunakan. Macam itulah dulu aku punya fikir dan analisa mana universiti yang best untuk aku sambung, tapi rupanya universiti yang aku bekerja ini ada ruang dan peluang untuk aku lalui proses PhD ini. Orang kata kita selalu sangat berfikir sampai merumitkan keadaan sehingga kita tak jumpa jalan keluar

Ini format yang aku guna:

1.0 Field of Research
2.0 Topic Research
3.0 Background
4.0 Objectif of Study
5.0 Methodology of Study
6.0 Work Schedule
7.0 Brief Bibliography 


1.0   Field of Research
Artificial Intelligence in Energy Management

2.0   Topic Research
The framework of Artificial Intelligence Energy Management in Institutional of Higher Education (IOHE) in Malaysia Perspective

Keyword: Artificial Intelligence, Energy Management, Energy Auditing, Utility, Higher Learning of Education, Building Automation, SEDA, Suruhanjaya Tenaga

3.0   Background
The energy policy of Malaysia is determined by the Malaysian Government which address issues production, distribution and consumption. The Suruhanjaya Tenaga (ST) acts as the regulator while other players in the energy sector include energy supply and Service Company, research, and development institution, and consumers.
Artificial Intelligence (AI) in a very simplified explanation is adaptive computer systems that through dynamic learning can adjust automatically without human aid to perform tasks far quicker and more efficiently than humans alone will be ever capable of. The role of AI not just in the energy sector but in general is to develop systems that can take all the things that humans are good at and combine them with things computers do best
Artificial Intelligence (AI) has been area of active research for many decades, with a central theme of producing machines that have intelligence. For example the mathematician Alan Turing was involved in the development of Manchester mark I computer and in the question how to judge the intelligence of a machine. His speculation on the latter led to which is now called the “Turing Test”. Knowledge-based systems have found their way into many application domains such as medicine, law, geographical mappings to name a few.
The example application domains of knowledge-based system/expert system application is legal support system, prediction and forecasting, power system planning, railway route planning, financial accounting, computer-aided design, equipment configuration, crisis management, a scheduling application, scheduling railway crew assignment, planning and design in manufacturing etc.
A method and system are provided for auditing, monitoring and controlling the energy consumption within the utility. Energy consumption data is obtained from a series of modules monitoring and controlling a variety of physical conditions such as ambient light, temperature, pressure, air velocity, cooling and heating, and devices. These modules transmit energy consumption and physical conditions data over a wireless personal area network (WPAN) through a transceiver. A central control station obtains the energy consumption data and stores it in an energy management solution to reduce energy consumption and costs by applying ruled based artificial intelligence to the stored energy consumption data in conjunction with information from the internet. In one embodiment the energy management solution can automatically control devices to effectively conserve energy

4.0   Objective of Study
4.1   to study different types of Artificial Intelligence and machine learning
4.2   to determine how Artificial Intelligence can be integrated into management and control of energy efficiency
4.3   to define the association between Artificial Intelligence and Energy Management
4.4   To clarify some of the benefits and challenges of adopting Artificial Intelligence in Energy Management.

5.0   Methodology of Study
The research will use quantitative data which aid in the examination of the secondary collected data that can only be collected in numerical form. The qualitative analysis will be important to gather the information that involves the people's opinions and the interpretation of different phenomena (Jha, 2008). The research design clasps the positivism proposition thus, the researcher gets incessant data from the secondary and primary data.

Random sampling will be used to help in developing discussion for the users hence effectiveness in understanding various variables used. The main source of data for this study will be secondary data from various journals, books, magazines, and articles

The qualitative and quantitative analysis will be used after an efficient collection of data. The statistic will also be abridged to plaid its uniformly, accuracy, consistency and completeness and arranged to enable the coding process (Kothari, 2004). These thus enhance accuracy and eliminate errors as well as biases which might accrue during data analysis. The analysis of the secondary data will ensure that there is a valid evidence of how Artificial Intelligence influences energy management and control
During the research process, the researcher will ensure that the guidelines as per data collection, analysis and interpretations are adhered to without a compromise

6.0   Work Schedule
  **(Nanti aku share next post) 
7.0   Brief Bibliography

#day14 MCO #breakchain #covid19
31 Mac 2020
Kuala Lumpur 

Tuesday, March 24, 2020

KENAPA UPSI DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE???




Kenapa UPSI dan Artificial Intelligence (AI)? Pertamanya memang kedua-duanya bukan pilihan utama aku dalam meneruskan peringkat PhD sebab aku lebihkan pada melihat dan menilai reputasi sesuatu tempat dan juga minat aku dalam sesuatu bidang. 

Tapi bila aku jumpa kawan aku, pensyarah UPSI (sekarang jadi SV aku) masa lepak kat mamak jadi turning point aku ke UPSI dan A.I. UPSI ada menawarkan PhD yang bukan pendidikan (ini baru aku tahu) dan juga diskaun untuk staf yang sambung belajar. So, inilah salah satu sebab utama aku berpaling tadah ke UPSI, sebab kewangan aku kena pertimbangkan sebab bukan sahaja yuran tetapi kos-kos lain yang aku perlu hadap. Aku taknaklah ambil biasiswa atau pinjaman untuk tampung pelajaran aku, aku rela bayar sendiri supaya aku tidak terikat dengan mana-mana pihak

UPSI tempat aku bekerja, hari-hari aku datang UPSI (hehe kalau aku tak ke mana-mana lah). Kos perjalanan aku telah dibajetkan tiap-tiap bulan dalam kos dan tiada kos tambahan aku perlu top up untuk sambung belajar. Kalau nak hilang pun ada pergi library ke, jumpa SV ke, duduk bawah pokok di UPSI ke. Janji dalam kawasan, bila Pengarah cari adalah aku kat dalam radar. Aku tidak berkira sangat bab duit ini sebab boleh duduk kais-kais lagi (eleh yeke tak kira). Tapi bab MASA adalah keutamaan aku, sebab antara Perdana Menteri dengan aku, manusia paling buat-buat sibuk adalah aku. Takdelah dengan aku sambung PhD ini aku perlu cipta masa yang lain untuk aku uruskan secara inklusif

AI pulak, menda alah apa ini dalam hidup aku ini. Sebelum ini aku pernah dengar tapi tak pernah nak terokai. Bila bila zaman IR4.0 ini aku terfikir kenapa aku tidak ambil peluang untuk menjadi salah satu SME (subject matter expert) dalam bidang AI ini. Orang kata aku lari bidang dari apa yang aku ceburi selama ini. Eh! Jangan silap ek, AI ini aku jadikan tool untuk aku buat satu framework dalam pengurusan tenaga. Bukan ke bidang kau Mekanikal, Pengurusan Projek dan bukan minat kau dalam Construction Law? 

Mekanikal? Aku dah capai dalam professional aku (Ir.). Pengurusan Projek? Aku dah ada master masa di Universiti Malaya, Insha Allah tahun 2020 aku sit exam untuk Project Management Professional (PMP) pula. Construction Law memang aku minat tetapi aku boleh pergi laluan professional yang ditawarkan diluar dibawah AIAC. 

So, AI adalah satu term yang agak baru dan ianya agak popular sekarang ini untuk diterokai dengan data-data yang aku ada dan networking yang aku ada. Sebab SUSTAINABILITY dalam tenaga ini banyak sangat informasi dan teknologi dan aku harap ianya dapat membantu aku Graduate On Time (GOT) walaupun aku Part Time. Aku dah buat milestone untuk aku capai dan aku perlu dan harus laluinya

Buat isteriku tercinta dan anak-anak tersayang, doakan agar suami dan Papa dapat mengharunginya untuk masa depan kita yang lebih baik. Minta maaf  kalau tiba-tiba mood swing, muka ketat, jadi buang tebiat tiba-tiba. Maafkanlah ye...

Next, aku cerita pasal proposal PhD aku dalam A.I 

Sekian, terima kasih
#day7 MCO Malaysia
24 Mac 2020

Saturday, March 21, 2020

TAHUN 2020 TAHUN TULIS, TULIS DAN TULIS



Assalamualaikum WBT, lama rasanya tidak menulis dalam blog ini. Ada lagi ke orang menulis dalam blog? Lantaklah, ada aku kisah. Tahun 2020 dah masuk hujung bulan Mac dah, nak-nak pulak time kena kurung di rumah pasal isu Covid-19. So, macamlah dalam kepala fikir apa nak dibuatkan sepanjang tempoh kuarantin ini. Fikir punya fikir, terlintas nak update blog yang bersawang. Last duduk menaip blog pada tahun 2014

Aku just nak share dan juga salah satu latihan aku untuk dapatkan momentum untuk menulis dan terus menulis sebab tahun 2020 ini aku dah daftar sebagai PhD student di UPSI. So, untuk meneruskan kelangsungan dan mendapatkan skill menulis, nak tak nak aku kena mulakan dari satu point. Kenapa bila ambil PhD kena nak mula menulis? Bila baca peraturan akademik UPSI, syarat untuk bilangan perkataan dalam thesis perlulah 80,000 hingga 100,000 patah perkataan. Cuba engkau bayangkan apa aku nak tulis sebanyak itu?

So, bermulalah aku gunakan platform ini untuk aku buat sharing perjalanan PhD aku sepanjang tiga tahun yang perlu aku lalui. Mana tahu, akan dibukukan nanti sebagai panduan untuk yang bakal ambil PhD. Mungkin yang akan bertanya, awat sibuk nau nak abil PhD? Sedangkan title professional dah ada lepas itu kerja dan firma konsultan pun dah ada. Tak busy ke? Ada ke masa nak buat PhD? Pada aku yang pertama, kita harung jek dulu, kemudian kita adjust slow-slow. Aku dah rancang nak ambil PhD ini lima tahun lepas masa aku selesaikan Master di UM

Aku buat perancangna lima tahun 2015-2020, ada pillar yang tidak tercapai ada yang tercapai. No worries about that, just proceed what ever u have done before. So untuk tahun 2020-2025 aku perlu review apa yang patut diteruskan atau perlu pillar pencapaian yang lain. Aku dan buat perancangan lima tahun ini dah dua kali, 2010-2015 dan 2015-2020, so apa yang aku tulis seblum ini telah tercapai. Mimpi percumakan, so mimpilah, idamlah apa yang kau inginkan. Tiada yang melarang pun kecuali diri sendiri yang bagi seribu satu alasan.

Next post, aku cerita kenapa aku pilih UPSI untuk sambung PhD dan kenapa aku pilih Artificial Intelligence (A.I) sebagai wadah PhD aku.

Sekian, terima kasih
#day4  MCO Malaysia
21 Mac 2020

Tuesday, October 21, 2014

Mak (1962-2014)

Akhirnya mak pergi jua setelah hampir 5 bulan menderita sakit “pancreatic cancer (advanced stage)”. Sedih memang teramat sedih, terasa kehilangan besar dalam hidup. Belum puas untuk memberikan khidmat bakti sebagai anak. Mak telah dibenar pulang selepas Dr. Kong JK (PPUM) menyatakan untuk merujuk mak kepada Palliative Care. Sebab segala medication yang diberikan pada mak tidak mampu untuk merawat jangkitan kuman yang sentiasa membuatkan mak check-in dan check-out di PPUM. Kalau nak tahu tentang Palliative Care boleh google info tentangnya, bahasa paling mudah yang boleh aku sebutkan di sini ialah satu rawatan “non-active medication” di mana pesakit diberi rawatan yang selesa untuk menghabiskan sia-sia hidupnya atau menyediakan diri pesakit dan keluarga pesakit untuk menunggu saat-saat kematian pesakit.

Aku telah berbincang dengan adik-beradik agar berkumpul dan bercuti bersama. Mak dan Abah teringin nak bercuti bersama satu keluarga. Kami pilih PD sebagai destinasi percutian kami sebab beberapa faktor yang membataskan mak untuk bergerak sana sini. Lagipun mak ada buat korban daripada hasil mak bekerja dulu, korban tersebut dilakukan di kampong (Tanjung Bidara). Seperti yang dirancang kami berkumpul bersama di banglo sewa di PD. Petang Sabtu (4/7/2014) kami bawa mak lepak kat pantai Teluk Kemang sambal mak tengok cucu-cucunya bermain dan mandi pantai. Mak banyak termenung melihat jauh ke arah pantai, mungkin mak sedang merasai apa itu sakaratul maut yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambaNYA. Mak tidak menunjukkan tanda-tanda yang sakit belakang atau mengeluh cepat penat. Cuma mak kesejukan bila ditiup hembusan angin laut.

Kesokkan harinya kami pulang ke Durian Tunggal, rumah yang kami beli untuk mak dan abah. Hajatnya selepas abah pencen nak tinggal kat Melaka tapi tidak kesampaian. Cuma balik sekali sekala untuk lepak dan bersihkan rumah dihujung minggu. Bila mak balik, ramai saudara mara dan adik-beradik mak datang melawat mak. Mak sebelum sakit memang selalu ambil tahu dan ambil berat tentang orang-orang disekelilingnya, ada berita tentang orang lain sakit atau meninggal, sudah pasti mak orang yang paling sibuk untuk pergi menjenguknya. Dan sebagai balasannya apabila mak sakit ramai yang datang menjenguknya dan bertanya khabar. Benarlah apa kata orang dulu-dulu, kita buat baik dengan orang, insya Allah orang akan buat baik dengan kita balik semula. Kami tak perlu sibuk-sibuk nak masak untuk orang-orang yang datang melawat mak, tapi mereka datang dengan juadah untuk dijamu bersama.

Aku bawa balik mak ke Shah Alam pagi Isnin untuk mengelakkan terperangkap dalam traffic terlalu lama, Abah dan adik-adik balik Tanjung Bidara untuk gotong royong berkorban, Mak tak banyak cakap semasa perjalanan balik, Mak cuba menyelesakan diri di dalam kereta sebab Mak tidak boleh duduk terlalu lama. Mak tidak tunjukkan yang Mak sakit, Mak lebih banyak termenung pada hari terakhir dalam hidupnya. Aku menjalankan tugas dan tanggungjawab aku seperti biasa, kemas katil, bagi mak minum dan tukar beg takungan pada perut mak, sebab dah terlalu basah pada bahagian gam. Mak juga sempat tersenyum bila lihat cucunya bermain basikal yang baru aku belikan untuk Iman, baru belajar mengayuh. Kami menunggu kepulangan Abah dan adik-beradik yang lain sementara aku pula mencari pampers mak untuk stok seminggu dua.

Tengah malam, tengah aku sibuk di hadapan laptop buat rutin harian aku, aku dapat panggilan yang Mak tidak bernafas lagi, aku suruh adik aku cek nadi dan rasa dengup jantung. Aku bergegas ke Shah Alam, aku dapat rasakan yang Mak dah takda sepanjang aku memandu. Allah sahaja yang tahu, dengan jarak 18km Kerinchi ke Shah Alam aku rasakan bagi jauh dengan aku tak tahu macam aku boleh memandu dalam keadaan aku separuh sedar dan mengigil. Aku tiba Shah Alam dan periksa Mak dan aku pasti yang Mak telah pergi selamanya cuba aku perlukan pengesahan daripada orang yang lebih pakar. Akhirnya, pasukan ambulan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah datang untuk mengesahkan yang Mak telah pergi selamanya.

Mak, damailah Mak di sana
Mak, ketahuilah Along amat merindui Mak
Mak, Along tak puas lagi jaga Mak, 
Mak, Along tak penat lagi jaga Mak,


Mak, Along belum habis bercerita tentang cita-cita Along
Mak, banyak tempat yang belum Along bawa Mak jalan-jalan
Mak, Along belum puas bergambar dengan Mak, kejayaan Along yang telah kecapi
Mak, Along pasti akan rindu dengan doa-doa Mak yang sentiasa mengiringi usaha Along selama ini


Mak, doa Along sentiasa mengiringi Mak di sana
Mak, rehat dengan tenang di sana
Mak, tunggu Along di pintu syurga yea
Sebab, syurga Along dibawah tapak kaki Mak……