Tuesday, May 31, 2011

Khas Buat Isteriku Shamsiah Hamid


Mystery the moon
A hole in the sky
A supernatural nightlight
So full but often right
A pair of eyes, a closin' one,
A chosen child of golden sun
A marble dog that chases cars
To farthest reaches of the beach and far beyond into the swimming sea of stars

A cosmic fish they love to kiss
They're giving birth to constellation
No riffs and oh, no reservation.
If they should fall you get a wish or dedication
May I suggest you get the best
For nothing less than you and I
Let's take a chance as this romance is rising over before we lose the lighting
Oh bella bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Do do do do do

You are an illuminating anchor
Of leagues to infinite number
Crashing waves and breaking thunder
Tiding the ebb and flows of hunger
You're dancing naked there for me
You expose all memory
You make the most of boundary
You're the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everything
Intertwining like a ring around the finger of a girl
I'm just a singer, you're the world
All I can bring ya
Is the language of a lover
Bella luna, my beautiful, beautiful moon
How you swoon me like no other

May I suggest you get the best
Of your wish may I insist
That no contest for little you or smaller I
A larger chance happened, all them they lie
On the rise, on the brink of our lives
Bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Bella luna, my beautiful, beautiful moon
How you swoon me like no other, oh oh oh

Monday, May 30, 2011

Self-Trained Assignment

Jigsaw yang perlu aku selesaikan

1st step : pengasingan tahap mencabar kesabaran hehe

Ko bayangkan ada 1000 keping nak asingkan..belum lagi nk cantumkan...Adakah aku berjaya menyiapkan...TUNGGGGGUUUUUU....

Friday, May 20, 2011

cerita komuter 1

aku sekarang dah jadi pengguna tegar public transport...dari kuala lumpur ke tanjung malim...pukul 530 pagi aku dah bangun utk bersiap, mula2 rasa mcm ta best jek..lama2 dah terbiasa dah..so byk masa aku habiskan dalam komuter untuk tido,baca buku,termenung dan tgk orang (walapun laluan ke tanjung malim tu kurang org hehehe)..aku tertarik dgn perbualan warga pencen kerajaan bercerita menyebabkan aku punye masa utk terlena terganggu. Pada mulanya aku ingat deme bergaduh, mane taknya...suara bleh kalahkan bunyi ketapi...mereke bercerita ttg ekonomi,politik,cerita kisah2 dulu...apa yang menyebabkan aku tertarik utk taip kat blog ni pasal salah satu topik mereke ttg laluan komuter ke tg malim...pakcik 1 bertanya pakcik 2 kita ni dah smpi mana...pakcik 2 menjawab kita dah sampai stesen Batang Kali (padahal Batang Kali dah terlepas)..Pakcik 1 mcm rasa pelik sbb dia terpandang papan tanda tulis stesen Rasa...dah tentu kat situ stesen Rasa....Pakcik 2 katakan papan tanda tu salah sbb stesen Rasa dulu baru stesen Batang Kali,aku gelak sorang sbb pakcik 2 cuba salahkan papan tanda yang besar tu...dan pakcik 1 tu mengiyakan kata2 pakcik 2..walaupun dah nyata2 papan tanda yang besar tu tulis Rasa...dalam hati aku terdetik..apa la agaknya topik aku yang aku akan bualkan dengan kawan2 aku masa dah tua nti sambil menghabiskan sisa2 nyawa...tp aku respek kat pakcik2 tu sbb diaorg besyukur dengan apa yang ada pada diri mereka....

Monday, March 21, 2011

Dunia aku sekarang....


Inilah keluarga aku, Ibu dan anak adalah nyawa aku dalam dunia ini. Kehidupan aku makin lengkap dengan kehadiran mereka berdua, cara aku berfikir pun telah berubah dan aku mula memberikan yang terbaik untuk mereka berdua. Aku akan buat apa sahaja untuk membahagia mereka. InsyaAllah aku berusaha dan berusaha dan terus berusaha untuk menambahkan segala ilmu pengetahuan, kewangan keluarga dan juga jati diri aku.

Wednesday, October 6, 2010

Saat yang ku nantikan

Anak Kepada Shamsiah

iman yang comel

Sebaik sahaja di azankan dan di iqamatkan
aku macam papa yang lain, gembira menantikan saat kelahiran anak yang pertama, 30 September dan 1 Oktober 2010 adalah hari yang terlalu amat panjang untuk aku lalui. Aku memandang pintu wad bersalin umpana aku menonton satu filem yang amat mendebarkan dan suspen, setiap kali ointu ditolak, aku pasti menolehnya...kot2 nama Shamsiah terpacul dari jururawat2 yang bertugas. Pengalaman yang baru pada diri aku, aku berdiri, duduk, bersandar kat dinding dan tidak kurang aku dok terselit antara dua public phone cuma untuk menenangkan diri aku ini, makan dan minum aku tidak kisah, apa yg aku perlu tahu ialah keselamatan isteri dan anak aku dalam kandungan. Famili aku dan juga mentua sama2 memberi sokongan pada aku untuk menunggu bakal ape yang terjadi. Kawan2 ku tidak putus2 mendoakan agar kedua-duanya selamat. Kepada Fakhri dan Diana terima kasih datang walau dah tgh pagi buta utk bagi sokongan kat aku, tima kasih gak bwk makan dan minuman yang aku makan selepas dengar keputusan yang Sham selamt bersalin..baru aku rasakan kepenatan, kelaparan dan juga dahaga yang amat sangat. Aku tunggu saat utk mengazakan anak aku..itulah saat yang paling indah yang aku rasa bila dapat menatap wajah anak aku sendiri dan juga mengazankan. Memang tidak terkata dan terluah rasanya. Itulah anugerah dan rezeki yang Allah SWT berikan pada keluarga kami...AMINNNN

Saturday, September 18, 2010

Aset OH Aset


Aku pun tak tau mcm ne aku leh minat dalam bidang pelaburan terutama hartanah nie...mungkin mata aku ni RM RM RM jek kot hehehe..mula2 aku beli satu buku yang ditulis oleh Azizi Ali...3 buah buku yang tajuk nye Bagaimana Melangsaikan Hutang Rumah dalam masa 5 tahun dan kurang, Pastu buku Unit Trust pastu buku ape ek..lupe dah tajuk..tp more to motivationla...sbb aku inspire org2 yang berjaya..terutama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..dan aku menyimpan angan utk menjadi lebih dari dia...cite pasal aset plak, smpi hari ini kami (aku dan isteri la) dah punyai dua biji rumah..dua2 pulak rumah terapung...rumah merpati, satu di Shah Alam dan satu lagi kat Kepong....ikutkan harga memang mahal tp pada aku rasa berbaloi...mcm rumah Shah Alam yg aku beli thn 2007 lepas..loan aku just RM112k dan second value rumah tersebut lani RM150k..wei takkan gile naik harga nya...kawasan plak prime..tgh2 pusat bandar Shah Alam..lokasi tgh longgokan kedai dan pejabat...so aset aku yg pertama...so bila dpat kunci aku akan sewakannya...so salah satu pendapatan sampingan aku nti...

Aset kedua aku dan isteri ialah rumah kat kepong sentral..hak ni mahal ckit RM196k...yg ni aku dok la sbb tgh2 tempat kerja aku dan isteri aku..padahal aku yg jauh la..cuma sblh komuter jek..tp boleh la kan...yg ni lokasi pun prime gak..sblh stesen komuter nak2 plak kepong lani dah naik membangun...so aku rasa tak rugi la..cuma aku perlu cari duit lebih..so lani aku kene manage income aku betul supaya aku boleh kawal aset2 aku tu..sape2 yang nak beli rumah, aku boleh bantu utk nasihatkan sedikit sebanyka la...sbb berdasarkan pengalaman aku..bukan nak bangga diri tp itulah hakikatnya...bila bank officer tanye u ni finance consultant ke???aku jawab taklah..aku hanya JURUTERA CABUK jek...

Tuesday, September 14, 2010

Cerita lepas RAYA

Ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan Syawal masih lagi bersama kita untuk kita kunjung mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Aku beraya kali ini sebagai seorang suami...nak tgk gambar raya tahun ni ? tgkla ek hihihi berdua jek kali nie.





Tahun ni tahun aku all out utk lakukan yang terbaik untuk diriku dan juga keluargaku...bukan setakat jd ENGINEER CABUK dan tukang CUCI TAIkk kat universiti terulung kt negeri terpencil, dalam masa yang sama aku menceburi pelbagai bidang untuk aku ada NILAI TAMBAH (bukan Touch N Go ek) tp dalam bahasa Inggerisnya "ADDED VALUE" dalam diri aku ni...Alhamdulillah rezeki kami bertambah...dalam 5thn pertama ni apa yang aku rancang semuanya menjadi..Allah SWT kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah..so aku kene sentiasa bersyukur ke hadratNYA...aku pun mulai berjinak dalam perniagaan ONLINE nie..aku setup satu komunit online yang aku namakan SHAMIE GROUP dan setakat ni aku ada dua produk dibawah jenama SHAMIE GROUP ni iaitu :

Setakat ni dua produk ni la yg aku akan cuba komersialkan untuk industri online ini. Aku harap ia menjadia salah satu pendapatan aku dan keluarga aku. Aku juga merancang utk membuka satu industri kecil sederhana (IKS), dalam kepala ni industri makanan la..nak tau ape mendanya..apa lagi kerepek la...aku dalam proses merangka kerta cadangan utk diusulkan dan juga dijaja utk mendapatkan bantuan dari pakar2 IKS..yelah kan...takkan nk jadi ENGINEER CABUK sampai ketua (Pencen ler)...tak larat beb...semua igt mcm best..tp idokla gamaknya..so doa2 kan la kejayaan kami ek...AMINNNNNN