Monday, January 27, 2014

Nilai Persahabatan ....




[Cerita MISI] : Nilai? Boleh diukur? Boleh diformulasikan? Boleh dikira-kira?....Nilai sekiranya dilihat dari sudut kuantitatifnya sudah pasti boleh dibuat perhitungannya…tetapi NILAI dalam dunia SUKARELA bukanlah sesuatu yang boleh diukur, dikira-kira, diformulasikan dan sebagainya. Ianya wujud apabila individu yang melakukan kerja tersebut dari hatinya dan tindakannya sendiri. Mungkin ianya boleh berlaku secara sedara atau tidak sedar. Namun tidak semua individu yang berada dalam dunia sukarela ini merasakan nikmat NILAI tersebut. Ianya terbit dari HATI BUDI individu tersebut dan ianya bukanlah sesuatu yang dibentuk tetapi terbentuk. Kadang-kadang ianya terbit dengan sendirinya dan kadang-kadang ianya hasil dari pemerhatian tentang kesusahan dan keperitan insan lain.
Dalam misi yang lepas banyak perkara yang tentang aku pelajari tentang NILAI dalam dunia sukarela. Dan di sini aku ingin mengambil satu NILAI yang aku dapat iaitu NILAI PERSAHABATAN dalam dunia sukarela. Secara tidak sedar, dalam masa tempoh yang singkat dengan kekangan aktiviti yang ketat dan kepenatan yang melanda. Erti persahabatan dalam dunia sukarela telah wujud dengan sendirinya tanpa dijemput dan tanpa disedari. Ianya memberi aku kekuatan untuk aku teruskan perjuangan misi seterusnya, segala halangan yang berlaku mudah dilalui dengan NILAI PERSAHABATAN ini. Sekiranya aku diberi pilihan antara DIA dan PERSAHABATAN, aku pilih persahabatan. Dengan persahabatan aku mengenali DIA, itulah yang pernah aku lalui dahulu dalam dunia sukarela.

Friday, January 24, 2014

Masa Santai Aku

Bila aku xbusy...nilah kerja aku tergolek sambil tgk planner utk next aktiviti atau projek yg hendak dilakukan...bln February blum ada plan yang padat..mungkin kelas aku bermula middle of February...semeste kedua..agak mencabar dan full of surprise. ..so nantikanlah dan btenang untuk aku hadapinya...kata Project Manager to be. ..so always ready beb...

Aku nk gunakn sebaik mugkin cuti yg telah dberikan..timba ilmu sebanyak mungkin..upgrade skill pada tahap maksimum..belajar ttg khidupan dr pelbagai aspek...so aku nk enjoy dgn blandaskn tuntutan islam dan syariat...

Thursday, January 23, 2014

2014 : Pembukaan 2014 : Cuti-Cuti Malaysia...semuanya NAIK

 The Iman's


2014 dimulakan dengan percutian dalam dalam negara jek dulu. 2014 kan tahun semua barang naik, terasa gaklah kan...percutian yang dirancang selepas 3 minggu bergelumang dengan MISI Bantuan SALAM. So, just hang out dengan famili jek amik angin. Orang paling seronok Ibu Iman, excited buat planning. Semua nak disinggahnya...aduyai. Apa lagi, aku cakap makan kat penang jek...hahaha..tu pun ada yang tak dapat nak makan keseluruhannya. Takpe bleh p lagi...



 Susah Nak Dapat "the best captured"

Iman dan Suraiya macam biasalah, perkara yang menyeronokkan ialah berjalan-jalan. Mana taknya asyik terperap kat teratak tergantung kat Kerinchi tu...bosan. Bila dapat keluar bukan main seronok lagi. Iman bila dengar nak tido kat hotel, memag jadi feberet dia la, asal hotel jek mesti nak naik kapal terbang. Sejak umur dia setahun memang dah bawak p bercuti kat Sabah dan memang dah set mind dia yang asal nk bercuti dan tido hotel dia akan cakap "nape kita tak naik kapal terbang". Suraiya macam biasalah, perwatakan memang serius macam aku tapi kalau buat lawak memag ikut mcm ibu dia..lawak dua tiga hari baru nak paham..tapi kalau dah paham 3 4 bulan tak ilang gelak...haha

Macam Poyo jek, Macam Bagus jek

Aku, hmmm..macam biasalah dengan lappy aku. Tak bleh berenggang. Memang ada kerja yang aku bawa dan buat semasa bercuti. Taklah stress nak buat keje just ada masa lapang buat jek...aku pun tak fokus sangat buat kerja yang tertangguh. Bila idea datang terus buka lappy dan taip. Buat buku, ada idea adalah cerita nak buat...Insya Allah ada rezeki 2014 ada banyak plan untuk bercuti lagi dengan famili. Walaupun penat, tapi serius bila aku tgk Ibu Iman's dan the Iman's seronok aku jadi seronok sebab aku masih mampu untuk rancang dan urus kelurga aku dan mampu untuk membuat yang terbaik untuk keluarga aku.

2014 : Antara REALITI



"WELCOME 2014"

Tuesday, September 17, 2013

Menjadi Student Sepenuh Masa





Macam tak percaya, aku menjadi student semula setelah hampir lapan tahun tinggalkan zaman belajar ni. Tapi itulah hakikatnya yang aku perlu lalui sekarang ini, mungkin untuk jadi student part time tidak terasa sangat tapi menjadi student full time memang agak terasa kerana banyak perkara yang perlu disesuaikan semula dengan status aku sekarang ini. Disiplin masa dan pengurusan masa yang betul dan tepat perlu ditekankan. Walaupun kelas aku hanya berlangsung pada hujung minggu tapi hari-hari biasa aku perlu kekalkan momemtum pengurusan masa sedia ada agar tidak menyebabkan aku terus dan terus membuang masa. Sehingga saat ini aku masih belum dapat momentum untuk fokus pada buku-buku yang aku telah kumpulkan. Aku masih mencari dan mencari momentum tersebut. Memang masa aku terisi dengan pelbagai aktiviti ke sana sini tapi sama ada ianya berkualiti atau tidak masih belum pasti. Jadual harian aku masih kosong belum diisi dengan disiplin masa. Senarai kerja-kerja tertangguh dan masih belum dilaksanakan pun masih belum disempurnakan. Tapi dalam tempoh 18 bulan telah aku letakkan beberapa perkara yang perlu aku capai. So aku perlu bangun dan bangkit dari terleka dan terus terleka dari arus masa yang terus menerus meninggalkan aku di belakang.

Untuk aku terus sedar dari terleka ini, aku perlukan kawasan aku, tempat aku bekerja dengan tekun. Lokasi telah dicari dan telah dimanfaatkan beberapa ketika. Cuma aku perlu konsisten untuk kesana, dan letakkan diri aku sebahagian daripadanya. Penat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat perlu aku hadapi untuk aku sesuaikan dengan kadar seberapa segera. Semoga apa yang dicitakan dan diimpikan oleh aku selama ini akan tercapai dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNYA. Untuk isteri yang tercinta (matahariku) dan puteri-puteri tersayang (kekuatanku), doakan kesihatan dan ketetapan iman dalam diri ku ini. Papa akan buat yang terbaik untuk kita semua.

Thursday, July 25, 2013

MISI5000 : STATUS MISI

Tarikh tamat MISI5000 tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bila aku semak semula target dan perancagan untuk mencapainya....Syukur!! Memang telah mencapainya Cuma aku perlu konsisten dan istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang. MISI5000 bukan datang bergolek, ianya bermula dengan melihat keperluan keluarga yang semakin meningkat dan juga sedikit kehendak untuk diri sendiri. Tiada apa yang mustahil untuk kita capai dalam dunia ini asalkan ianya memiliki elemen SMART ... ...

Apa MISI5000? Ianya merupakan satu matlamat aku untuk meningkatkan pendapatan aku pada waktu dan ketika ianya diperlukan. Apa yang ada dalam MISI5000?



Untuk mencapai misi yang telah aku letakkan matlmatnya, aku perlu menentukan cara bagaimana untuk menuju ke arah matlamat misi tersebut. Aku setkan 7 PRINSIP untuk capai MISI5000 agar aku tidak terkeluar dan tersasar daripada landasan.



Pada 25 Julai 2013 aku telah melihat semula kemajuan dan pencapaian MISI5000 aku untuk menilai sama ada ianya masih relevan dan boleh dicapai mengikut tarikh yang ditetapkan. ALHAMDULILLAH !! Syukur telah mencapai peratusan 111%. Tiada apa yang mustahil untuk kita capai sekiranya kita berfikir dan berusaha untuk mencapainya.

"IN ORDER TO CHANGE THE WORLD, YOU HAVE TO GET YOUR HEAD TOGETHER FIRST - JIMI HENDRIX"

Thursday, June 20, 2013

Aku Suka dan Aku Rela

 


Aku terpanggil untuk mencoret sedikit sebanyak tentang dunia yang aku telah ceburi sekian lama. Dunia sukarela, aku suka dan aku rela. Aku baru balik dari berkongsi ilmu dengan belia-belia Sarawak bersama kumpulan LIBAS (Latih dan Bangun Sukarelawan), perkara yang aku kongsi ialah sedikit pengalaman untuk mengatasi isu dan konflik dalam dunia bersukarela. Perjalanan aku dalam dunia sukarela ini bermula dengan hanya ikut-ikut aktivti sahaja dan suka-suka membuang masa dengan cara yang berfaedah. Pada aku perjalanan aku dalam dunia sukarela ini masih awal lagi jika dibandingkan dengan insan-insan terpilih yang telah lama terjebak dalam dunia sukarela. Aku lalui juga waktu dan ketika aku kecewa dengan dunia sukarela dan menyebabkan aku berehat sebentar dari melakukan sebarang aktiviti. Kecewa dengan ragam orang yang pelbagai dan situasi yang tidak teratur dan huru hara. Rupa-rupanya aku silap dengan sikap kekecewaan aku tersebut sebab dalam dunia sukarela ini perasaan yang negatif adalah cikgu yang terbaik dalam mengajar diri aku untuk terus aku perbaiki diri aku untuk jadi yang lebih baik. Ianya membentuk jati diri kita untuk terus berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam dunia sukarela.

Ramai yang kata, apa yang engkau dapat dengan kerja-kerja sukarela. Aku hanya diamkan diri dan aku tersenyum. Biarlah kita bergerak dan lakukan kerja-kerja sukarela ini dari dalam hati kita. Jika kita tidak mampu, kita jangan lakukan. Ianya akan membawa keburukan daripada kebaikan kepada diri kita. Biarlah orang kata kita berat tangan dari melakukan kerja-kerja sukarela daripada memberatkan tangan orang lain dalam melakukan kerja-kerja sukarela. Hidup kita ini jangan kita menyusahkan diri dan jangan menyusahkan orang lain. Paling penting ialah kita melakukan perkara yang kita suka dan minat, walaupun susah mana perkara itu kita akan terus hadapinya untuk mencapai cita-cita yang diingini. Sebenarnya dalam hidup kita ini hanya ada dua pilihan sahaja. Ya atau Tidak. Betul atau Salah. Positif atau Negatif, Teruskan atau Berhenti. So..Pilihlah ikut kehendak, keperluan dan gerak hati sendiri. Begitu juga dalam dunia sukarela, hanya ada dua pilihan “NAK LAKUKAN atau TAKNAK LAKUKAN”.

Percayalah, dunia sukarela ini memberi seribu satu ilmu, pengalaman, perasaan, persahabatan, kekuatan mengatasi kelemahan dan macam-macam perkara yang tidak mampu diungkapkan dan juga dicoretkan. Aku Suka dan Aku Rela.