Tuesday, May 20, 2014

Kisah Uban

Dah lama rasanya aku tidak menulis dalam blog ini, banyak kekangan untuk menulis...masa memang ada tapi malas jek yang membuatkan aku tidak konsisten dalam menulis. Kerja banyak, memang banyak pun tapi masih boleh diuruskan dengan baik...tidur pun cukup dan boleh cover lagi yang lepas2. So, aku taklah busy sangat. Tapi mungkin lately ni banyak sangat perkara yang aku fikirkan dan kena tanggung dalam kepala otak aku ini. Sebagai anak sulung dalam keluarga, suami kepada isteriku, papa kepada kedua puteriku, tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar tua di Universiti Malaya, dan juga tanggungjawab pada diri aku sendiri. Tu yang aku rasakan uban kat kepala aku dah makin banyak, dulu aku suka cabutnya tapi bila mana aku mengetahui hukumnya, so aku biarkan. Nampak mcm menarik plak bila aku dah beruban ini, makin matang plak rasanya.
Kisah Pertama :
Bila mana aku dapat tahu, ibu aku menghadapi kanser stage 4, dan doktor bagitau yang tidak boleh sembuh dan masa hanya ada beberapa tahun lagi utk survive. Aku rasa macam tak percaya jek, pada mulanya aku tak boleh terima. tapi bila aku fikirkan balik dan ada hikmah disebaliknya, aku redha dengan ketentuanNYA. Inilah masa untuk aku berbakti pada ibuku selagi mana hayat dikandung badan. Inilah masa untuk mengembirakanya, memberi apa sahaja yang diperlukannya. Ibuku merupakan keutamaan pada aku kali ini, apa sahaja berkaitan dengannya aku akan dahulukan. Abah pun dah berhenti sepenuhnya untuk jaga dan bersama mak. 

Kisah Kedua :
Masih belajar untuk menjadi suami yang terbaik untuk isteriku, aku masih belum dapat memberikan yang terbaik untuk dirinya lagi. Kekangan masa dan pembahagian tanggungjawab yang banyak menyebabkan aku tidak fokus pada dirinya. Aku harap dirinya memahami keadaan yang aku hadapi sekarang ini, aku ingin membawa dia bersama pergi demgar kuliah agama bersama kat masjid, bersenam bersama di taman, dan paling mudah untuk aku lakukan dan aku tidak lakukan ialah solat berjemaah bersama kat rumah...(betapa lemahnya aku sekarang ini, betapa rapuhnya iman aku). Ya Allah, permudahkanlah aku untuk mendidik diri aku dan juga keluarga aku ke jalan yang diredhai oleh-MU. Jangan biarkan aku leka dan alpa dengan urusan dunia yang tidak menjanjikan kebahagian aku diakhirat nanti. Ya Allah, dorongkanlah hati aku ini untuk sentiasa ingat dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah ENGKAU berikan padaku...Aminnnn

Kisah Ketiga :
Menjadi papa kepada kedua puteriku yang cantik dan comel adalah perkara yang terindah dalam hidup aku. Merekalah penawar hati bila hati dalam resah gelisah, merekalah juga menyebabkan hati aku jadi tidak tentu arah bila memikirkan masa depan mereka bila aku tiada bersama dengan mereka. Segalanya yang ada adalah untuk kedua puteriku, aku menyediakan kemudahan yang terbaik untuk mereka. Aku berikan pendidikan awal kepada mereka agar mereka menjadi insan yang lebih berjaya dan dapat berhadapan dengan cabaran masa akan datang yang makin mencabar. Pendidikan merupakan agenda yang amat penting dalam aku membesarkan mereka, aku sediakan segala ruang dan peluang untuk mereka belajar erti kehidupan dan juga belajar memberi kehidupan pada insan lain. Aku perlu pastikan ianya belajar untuk memberi daripada menerima. Itulah prinsip yang perlu aku tanamkan dalam diri mereka. Iman Farisyah dan Iman Suraiya, jadilah anak yang soleha yang sentiasa taat pada perintah-NYA dan berbaktilah pada insan yang memerlukan khidmat kamu nanti...Jadilah insan yang memberi manfaat pada orang lain, Insha Allah semoga dipermudahkan urusan kamu di dunia ini.

Kisah Keempat :
Aku dari dulu tidak meletakkan diri aku dalam keadaan zon yang selesa, aku sentiasa mencabar diri aku dengan perkara yang sukar untuk aku lakukan. Kalau hendak diikutkan keselesaaan aku, tidak perlu aku perah kepala otak aku yang dah tepu ini untuk belajar lagi, tapi aku rasakan aku perlu keluar dari kebiasaan hidup aku, aku perlu udara baru, aku perlu nafas baru, aku perlukan suasana baru. Memang lelah untuk aku lalui zaman belajar semula ini, banyak buku nak baca, banyak assignment perlu pecah kepala untuk aku fikirkan, dengan final exam yang menghantui diri bilamana tarikhnya makin tiba. "Memang lelah untuk menuntut ilmu, tapi aku tidak sanggup menanggung kebodohan seumur hidup aku". Itulah prinsip yang aku perlu pegang untuk aku terus belajar hingga nafasku berhenti.

Sekian, untuk kali ini.














Monday, February 3, 2014

Nota Papa dan Ibu





IMAN FARISYAH BTE FAIT

1. Suka bersembang, tapi pada orang yang rapat sahaja.  Kerap bertanya ‘kenapa’ semasa bersembang. Tapi jadi amat pendiam bila dengan orang luar, sehingga langsung tidak bersuara.

2. Mudah mengalirkan air mata. Sensitif dan jiwanya mudah terusik. Namun rajuknya tidak lama dan cepat reda.

3. Daya ingatan yang sangat kuat.  Akan menuntut jika janji tidak ditunaikan, walaupun ia sudah lama berlalu

4. Iman Farisyah pernah memasuki playgroup selama setahun, iaitu kelas sejam setiap minggu. Beliau sangat introvert di dalam kelas dan langsung tidak responsive pada teacher yang cuba berinteraksi.  Selama setahun, hanya sekali dua sahaja dia mengeluarkan suara. Akan tetapi bila di rumah, beliau ingat apa yang diajar dan akan imitate apa yang teacher buat, dan mengulangi apa yang telah dipelajari di playgroup.

5. Menurut VAK learning style, Iman Farisyah dominan kepada cara AUDIOTORY. Segala apa yang beliau faham dan hafal adalah hasil dari mendengar. Iman tidak boleh stare terlalu lama pada satu objek, mudah bosan dan ambil sikap tidak peduli.

6. Penerangan dari awal tentang apa yang akan dipelajari, apa yang akan dibuat dan diakhiri dengan mengingatkan semula pelajaran pada masa tersebut amat membantu pemahaman yang berkesan pada Iman Farisyah.

7. Ibu dan papa suka bertanya dan akan selalu bertanya untuk menajamkan memori Iman Farisyah. Pada semua jawapan tersebut, secara tidak langsung beliau mengingati apa yang diajar dan apa yang berlaku

Ibu dan papa
3 Februari 2013

Wednesday, January 29, 2014

Jelingan 2013 : Sekitar MISI BANJIR Pantai Timur








Sekitar Misi Bantuan ke-2 di Kuantan Pahang.







Sekitar Misi Bantuan ke-3 di Kemaman.






Sekitar Misi Bantuan ke-5 di Kemaman.


Aku diberi peluang oleh SALAM untuk berkhidmat dan bersama menyelaras Misi Bantuan. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk aku menimba ilmu dan pengalaman yang sukar untuk aku terus berdiri dan berlari dalam dunia yang pada 8 tahun yang lepas adalah asing dalam hidupku. Kini ianya merupakan sebahagian daripada kehidupan aku dan juga perjuangan aku untuk memartabatkannya. Aku bukanlah insan yang memlilih untuk populis dalam dunia ini, cukuplah sekadar aku hadir, aku bantu, aku lihat senyuman dan aku beredar. Aku ingin menjadi insan yang tidak diketahui akan kehadirannya dan pemergiannya tidak dikenangi. Cukuplah sekadar hanya ALLAH SWT yang menilainya akan keikhlasannya.



Monday, January 27, 2014

Nilai Persahabatan ....




[Cerita MISI] : Nilai? Boleh diukur? Boleh diformulasikan? Boleh dikira-kira?....Nilai sekiranya dilihat dari sudut kuantitatifnya sudah pasti boleh dibuat perhitungannya…tetapi NILAI dalam dunia SUKARELA bukanlah sesuatu yang boleh diukur, dikira-kira, diformulasikan dan sebagainya. Ianya wujud apabila individu yang melakukan kerja tersebut dari hatinya dan tindakannya sendiri. Mungkin ianya boleh berlaku secara sedara atau tidak sedar. Namun tidak semua individu yang berada dalam dunia sukarela ini merasakan nikmat NILAI tersebut. Ianya terbit dari HATI BUDI individu tersebut dan ianya bukanlah sesuatu yang dibentuk tetapi terbentuk. Kadang-kadang ianya terbit dengan sendirinya dan kadang-kadang ianya hasil dari pemerhatian tentang kesusahan dan keperitan insan lain.
Dalam misi yang lepas banyak perkara yang tentang aku pelajari tentang NILAI dalam dunia sukarela. Dan di sini aku ingin mengambil satu NILAI yang aku dapat iaitu NILAI PERSAHABATAN dalam dunia sukarela. Secara tidak sedar, dalam masa tempoh yang singkat dengan kekangan aktiviti yang ketat dan kepenatan yang melanda. Erti persahabatan dalam dunia sukarela telah wujud dengan sendirinya tanpa dijemput dan tanpa disedari. Ianya memberi aku kekuatan untuk aku teruskan perjuangan misi seterusnya, segala halangan yang berlaku mudah dilalui dengan NILAI PERSAHABATAN ini. Sekiranya aku diberi pilihan antara DIA dan PERSAHABATAN, aku pilih persahabatan. Dengan persahabatan aku mengenali DIA, itulah yang pernah aku lalui dahulu dalam dunia sukarela.

Friday, January 24, 2014

Masa Santai Aku

Bila aku xbusy...nilah kerja aku tergolek sambil tgk planner utk next aktiviti atau projek yg hendak dilakukan...bln February blum ada plan yang padat..mungkin kelas aku bermula middle of February...semeste kedua..agak mencabar dan full of surprise. ..so nantikanlah dan btenang untuk aku hadapinya...kata Project Manager to be. ..so always ready beb...

Aku nk gunakn sebaik mugkin cuti yg telah dberikan..timba ilmu sebanyak mungkin..upgrade skill pada tahap maksimum..belajar ttg khidupan dr pelbagai aspek...so aku nk enjoy dgn blandaskn tuntutan islam dan syariat...

Thursday, January 23, 2014

2014 : Pembukaan 2014 : Cuti-Cuti Malaysia...semuanya NAIK

 The Iman's


2014 dimulakan dengan percutian dalam dalam negara jek dulu. 2014 kan tahun semua barang naik, terasa gaklah kan...percutian yang dirancang selepas 3 minggu bergelumang dengan MISI Bantuan SALAM. So, just hang out dengan famili jek amik angin. Orang paling seronok Ibu Iman, excited buat planning. Semua nak disinggahnya...aduyai. Apa lagi, aku cakap makan kat penang jek...hahaha..tu pun ada yang tak dapat nak makan keseluruhannya. Takpe bleh p lagi...



 Susah Nak Dapat "the best captured"

Iman dan Suraiya macam biasalah, perkara yang menyeronokkan ialah berjalan-jalan. Mana taknya asyik terperap kat teratak tergantung kat Kerinchi tu...bosan. Bila dapat keluar bukan main seronok lagi. Iman bila dengar nak tido kat hotel, memag jadi feberet dia la, asal hotel jek mesti nak naik kapal terbang. Sejak umur dia setahun memang dah bawak p bercuti kat Sabah dan memang dah set mind dia yang asal nk bercuti dan tido hotel dia akan cakap "nape kita tak naik kapal terbang". Suraiya macam biasalah, perwatakan memang serius macam aku tapi kalau buat lawak memag ikut mcm ibu dia..lawak dua tiga hari baru nak paham..tapi kalau dah paham 3 4 bulan tak ilang gelak...haha

Macam Poyo jek, Macam Bagus jek

Aku, hmmm..macam biasalah dengan lappy aku. Tak bleh berenggang. Memang ada kerja yang aku bawa dan buat semasa bercuti. Taklah stress nak buat keje just ada masa lapang buat jek...aku pun tak fokus sangat buat kerja yang tertangguh. Bila idea datang terus buka lappy dan taip. Buat buku, ada idea adalah cerita nak buat...Insya Allah ada rezeki 2014 ada banyak plan untuk bercuti lagi dengan famili. Walaupun penat, tapi serius bila aku tgk Ibu Iman's dan the Iman's seronok aku jadi seronok sebab aku masih mampu untuk rancang dan urus kelurga aku dan mampu untuk membuat yang terbaik untuk keluarga aku.

2014 : Antara REALITI



"WELCOME 2014"