Saturday, September 18, 2010

Aset OH Aset


Aku pun tak tau mcm ne aku leh minat dalam bidang pelaburan terutama hartanah nie...mungkin mata aku ni RM RM RM jek kot hehehe..mula2 aku beli satu buku yang ditulis oleh Azizi Ali...3 buah buku yang tajuk nye Bagaimana Melangsaikan Hutang Rumah dalam masa 5 tahun dan kurang, Pastu buku Unit Trust pastu buku ape ek..lupe dah tajuk..tp more to motivationla...sbb aku inspire org2 yang berjaya..terutama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary..dan aku menyimpan angan utk menjadi lebih dari dia...cite pasal aset plak, smpi hari ini kami (aku dan isteri la) dah punyai dua biji rumah..dua2 pulak rumah terapung...rumah merpati, satu di Shah Alam dan satu lagi kat Kepong....ikutkan harga memang mahal tp pada aku rasa berbaloi...mcm rumah Shah Alam yg aku beli thn 2007 lepas..loan aku just RM112k dan second value rumah tersebut lani RM150k..wei takkan gile naik harga nya...kawasan plak prime..tgh2 pusat bandar Shah Alam..lokasi tgh longgokan kedai dan pejabat...so aset aku yg pertama...so bila dpat kunci aku akan sewakannya...so salah satu pendapatan sampingan aku nti...

Aset kedua aku dan isteri ialah rumah kat kepong sentral..hak ni mahal ckit RM196k...yg ni aku dok la sbb tgh2 tempat kerja aku dan isteri aku..padahal aku yg jauh la..cuma sblh komuter jek..tp boleh la kan...yg ni lokasi pun prime gak..sblh stesen komuter nak2 plak kepong lani dah naik membangun...so aku rasa tak rugi la..cuma aku perlu cari duit lebih..so lani aku kene manage income aku betul supaya aku boleh kawal aset2 aku tu..sape2 yang nak beli rumah, aku boleh bantu utk nasihatkan sedikit sebanyka la...sbb berdasarkan pengalaman aku..bukan nak bangga diri tp itulah hakikatnya...bila bank officer tanye u ni finance consultant ke???aku jawab taklah..aku hanya JURUTERA CABUK jek...

Tuesday, September 14, 2010

Cerita lepas RAYA

Ramadhan telah pergi meninggalkan kita dan Syawal masih lagi bersama kita untuk kita kunjung mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai. Aku beraya kali ini sebagai seorang suami...nak tgk gambar raya tahun ni ? tgkla ek hihihi berdua jek kali nie.





Tahun ni tahun aku all out utk lakukan yang terbaik untuk diriku dan juga keluargaku...bukan setakat jd ENGINEER CABUK dan tukang CUCI TAIkk kat universiti terulung kt negeri terpencil, dalam masa yang sama aku menceburi pelbagai bidang untuk aku ada NILAI TAMBAH (bukan Touch N Go ek) tp dalam bahasa Inggerisnya "ADDED VALUE" dalam diri aku ni...Alhamdulillah rezeki kami bertambah...dalam 5thn pertama ni apa yang aku rancang semuanya menjadi..Allah SWT kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah..so aku kene sentiasa bersyukur ke hadratNYA...aku pun mulai berjinak dalam perniagaan ONLINE nie..aku setup satu komunit online yang aku namakan SHAMIE GROUP dan setakat ni aku ada dua produk dibawah jenama SHAMIE GROUP ni iaitu :

Setakat ni dua produk ni la yg aku akan cuba komersialkan untuk industri online ini. Aku harap ia menjadia salah satu pendapatan aku dan keluarga aku. Aku juga merancang utk membuka satu industri kecil sederhana (IKS), dalam kepala ni industri makanan la..nak tau ape mendanya..apa lagi kerepek la...aku dalam proses merangka kerta cadangan utk diusulkan dan juga dijaja utk mendapatkan bantuan dari pakar2 IKS..yelah kan...takkan nk jadi ENGINEER CABUK sampai ketua (Pencen ler)...tak larat beb...semua igt mcm best..tp idokla gamaknya..so doa2 kan la kejayaan kami ek...AMINNNNNN

Tuesday, August 24, 2010

Kembali...

Lama aku tak update blog peribadi aku nie, kalo korang nk tau...aku sahaja ada 3 4 blog..so how to maintenance, giler la. yang paling aktif ialah blog bisnes online kerepeksari...founder oleh isteri kesayangan aku. So rite now aku masih mencari masa2 aku utk kawal selia dgn baik blog yang aku ada..aku pun masih terkial-kial dalam belajar menguruskan blog dan perancangan hidup aku. Kadang2 bila aku baca blog orang lain, macam best jerk tengok. Tapi tula asyik cemburu dengan orang punye blog, sampai bila takkan maju. So aku pun byk explore features yang menarik dalam blog utk pastikan ia nampak lebih cool...
satu masalah aku perlu atasi untuk terus berjaya dalam arena blogging ni adalah kaedah penulisan yang perlu aku mantapkan,...so aku akan mula belajra bagaimana hendak menulis dan bagaimana mendapatkan tarikan org mebaca hasil penulisan kita

Monday, March 15, 2010

Sekian Lama

Aku telah menjadi suami kepada insan bernama Shamsiah..insan yang ceria dan kental. Aku bertuah sbb dia melayan kerenah aku yg yang pelbagai..kadang2 mcm SU*K...aku ni org yg berfikiran kadang2 jauh kedepan smpi tidak tercapai akal...bahaya gak pemikiran aku nie, so aku aku kene reverse kadangkala sbb byk lagi yang perlu aku belajar...dgn adenya isteri aku ini aku just follow the flow...so dia la counter back aku..Jenis panas baran mcm aku ni kalo tak kena cara aku boleh membelasah org tanpa aku sedari..aku taknak sikap panas baran aku yang dulu terus menghantui aku...aku akan terus berusaha dan terus berusaha. Masih mempunyai satu matlamat untuk jadi ORANG dan bukan ORANG-ORANG..cerita aku adalah tentang diri aku...dan paling penting aku kena sentiasa kene beringat yang aku adalah SUAMI kepada Shamsiah Bt Hamid.....hehe

Friday, July 17, 2009

Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Monday, June 22, 2009

Wednesday, June 10, 2009

RM 5403.56 gone from my pocket

Tepat pukul 6.12pm aku menerima panggilan dari "CIMB card centre". Adakah mereka call untuk bertanya khabar?. Oh! Tidak sama sekali, mana ada pihak bank telefon bertanyakan khabar pada pelanggan-pelanggan mereka. Hanya dua soalan sahaja yang mereka berminat, pertama nak jual produk dan yang kedua untuk tuntut hutang tertunggak. Cis! Rupa-rupanya aku telah di "pau" oleh insan durjana yang mengggunakan alam siber untuk membeli "indoor skate" yang berharga RM5403.56 melalui "paypal online". Apa kejadahnya aku nak beli "indoor skate". Baik aku beli TV ke Laptop baru ke takpun I-Phone lagi puas hati dari beli "skate". Masa tu Allah sahaja yang tahu berderau darah aku dengan nilai tersebut, dengan pantas aku tanya dari mana transaksi tu, belum sempat mamat bank itu tanya betul ke tidak transaksi tersebut. Terus aku mintak kad aku dibatalkan oleh mamat bank itu. Aku tidak puas hati terus aku call semula "Card Centre" untuk maklumat lanjut. Memang ada transaksi melalui "online" pertama berjaya dengan nilai RM5403.56 dan transaksi yang kedua tidak berjaya sebab aku telah membatalkan kad aku. Macamana aku nak bayar sebab aku tidak memiliki "skate" tersebut, aku terus bertanyakan soalan bertubi-tubi pada mamat bank tersebut. Takkan aku nak bayar jumlah tersebut, terus aku diminta untuk pergi ke CIMB Bank terdekat untuk membuat penafian melalui "Dispute Form". Apa yang pasti mamat yang mengunaka kad aku untuk membeli "skate" pasti akan tidak akan tidur malam atas sumpahan aku ini....

Moral of the Story :
Jagalah credit card dengan baik dan pastikan ia selamat dari ancaman anasir yang jahat. Hati-hati semasa membuat pembayaran online melalui credit card, tidak salah menggunakan tapi berhati-hati. Jangan samapi terkena macam aku terkena, sebab aku tidak tahu macamana keterangan kad aku telah dicerobohi.