Tuesday, March 26, 2013

MISI 5000 dan MISI LAMBAH

Hidup kita kadang-kadang ada naik dan ada juga turun, macam blog aku ini juga, suka-suka jek nk post suka-suki jek biar berlapok...hehehe..kunun2 busy la, tp byk masa yang aku melahu dan aku tak penuhi dengan sebaik-baiknya. Yelahkan, dah nama manusia yang motivasi kejap naik kejap tenggelam dengan masa. Bila tgk kejayaan orang lain mulalah semangat motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu...itulah Fait Bin Hanapi, sentiasa perlu disuntik dengan semangat motivasi yang tinggi. Banyak masa aku boleh digunakan sepanjang perjalana pergi dan balik dari kerja. So, aku boleh gunakan masa dalam perjalanan dengan sebaik mungkin.
Usia aku makin meningkat, semasa post ini ditaip usia aku menuju ke 32 tahun dan aku sedar rambutku mula beruban yang ketara. Mungkin banyak berfikir atau memang kulit kepala aku bermasalah..hihi tu jek kemungkinan yang ada. Sejak aku melancarkan MISI2 aku, banyak perkara yang terlintas dalam kepala aku untuk aku lakukan untuk mencapai MISI2 aku tersebut. Misi pertama aku ialah MISI5000 yang mana aku perlu janakan pendapatan tambahan sebanyak RM5000 sebulan. Macamne pendapatan tambahan lagi banyak dari pendapatan tetap aku ni. Tapi aku percaya dengan kuasa minda untuk mencapai misi tersebut. Dan aku yakin dengan rezeki Allah yang Maha Luas ini, cuma kita ini rajin dengan tak rajin untuk usahakan.
Misi kedua aku ialah MISI LAMBAH (Lambaian Kaabah), misi ini tercetus bila mana aku bermimpi aku telah menjejakkan kaki ke sana. Masa mimpi tu aku rasa sangatlah tenang sesangat, kenapa nak pergi Mekah kena ada misi?Mungkin menjadi persoalan pada sesiapa sahaja, setakat pakej RM5000 seorang tu pun nak kene misi. Misi LAMBAH aku ini aku melibatkan keluarga aku dan juga keluarga mentua aku. Aku berniat untuk membawa anak-anak dan isteri, abah dan emak kedua belah pihak. Kemungkinan kos pakej pada ketika itu satu kos yang agak besar dan aku menjangkakan mencecah RM40k. Tu sebab keluarlah MISI LAMBAH ini. Dan aku juga memberi peluang kepada adik beradik untuk bersama berkongsi berkat untuk menyumbangkan sebahagian peruntukan untuk misi ini. Sekiranya mereka tak mampu, aku tak kisah dan aku boleh usahakan dengan tenaga dan fikiran aku.
Itulah misi-misi aku untuk tahun 2013 dan tahun 2014, aku baru sahaja sms pada Emak Shah Alam untuk mohon doa agar misi aku berjaya. Doa restu seorang ibu amat aku perlukan untuk aku laksanakan misi aku ini. Tiada apa yang lebih berkat selain doa ibu dan bapa kita dalam kehidupan kita ini. Aku bukannya lahir terus mempunyai harta yang banyak, tetapi abah dan emak telah memberi harta yang tak ternilai dalam hidupku yang tak akan abis digunakan, iaitu pendidikan. Mereka sanggup menyediakan pendidikan yang cukup untuk aku dan adik2 untuk teruskan hidup dan membina kerjaya masing-masing. Sekarang aku mempunyai dua orang puteri  yang comel dan akan ku pastikan mereka juga mendapat pendidikan yang sempurna dan akan ku pastikan mereka mempunyai kemudahan yang selesa untuk belajar dan terus belajar.
Itula MISI5000 dan MISI LAMBAH aku.....

Friday, January 18, 2013

Perancangan 2013

Aku macam orang lain juga, merancang macam-macam bila tiba tahun baru. Tahun ini aku tidak rancang seperti tahun-tahun yang lepas, aku hanya menyambung segala projek yang telah aku plan pada tahun lepas untuk aku teruskan, terutama projek Dynamic Excellent Consultancy. Aku hendak lebih fokus pada perjalanan syarikat aku ni yang aku usahakan dengan sahabat sekerja aku kat UPSI. Tahun ini juga aku berharap aku dapat sambung pelajaran aku di peringkat master, tawaran biasiswa dah dapat, hanya permohonan ke universiti masih belum aku mohon sebab belum ditwarkan lagi. Dalam kepala aku hanya nak rehatkan kerjaya aku buat sementara bagi boost up potential diri aku ke peringkat yang lebih tinggi. UPSI adalah tempat paling lama aku kerja dan aku sebenarnya dah tepu dengan segala macam hal di UPSI ini. So untuk aku taknakla terus tahap ketepuan aku ini. Maka aku perlukan rehat yang ditaja penuh oleh kerajaan. Dalam tahun yang aku rehat juga aku hendak ubah personaliti aku dan penampilan aku agar lebih berdisiplin dan nampak professional.(hihihihi bukan aku takde disiplin punya orang tau, hanya cara aku berpakaian tu mungkin dikatakan tidak berdisiplin). Aku akan gunakan tempoh dua tahun untuk aku dapatkan CLP (Certificate Law Practise), P.Eng (Professional Engineer), Master in Project Management (PMP). Gigihkan nk all out semua dalam satu masa, Insha Allah akan diusahakan dan moga dipermudahkan. Apa yang penting ialah aku perlu berusaha dan berusaha untuk terus dapatkan yang terbaik dalam hidup aku.

Sekarangnya banyak perkara yang perlu aku pelajari, perkara yang perlu aku kikiskan dalam diri ialah sifat ego aku. Aku harus audit dan muhasabah diri aku selalu agar tidak melakukan perkara-perkara orang disekeliling aku ini berkecil hati dengan aku. Maaflah rakan-rakan sekerja di UPSI, kontraktor-kontraktor dan konsultan yang kena basuh dengan aku selalu. Bukan niat nak marah-marah tapi keadaan sebegitu dan aku cuba untuk memperbaikinya. Pada aku konsep sama-sama kita bekerja dan belajar dari kesilapan perlu kita terapkan. So maafkan aku ek semua..dari big boss sampailah kepada makcik/pakcik cleaner. Jangan marah-marah lagi tau tapi kita senyum sokmo je...sikukan jek kalau aku terlupa semua, aku memang dilahirkan sebegitu dan aku akan cuba mengubahnya...

Perancangan keluarga, if ada rezeki aku nak tambah lagi satu lagi property dalam tahun 2013 ini. Misi pelaburan keluarga telah aku laksanakan dengan Standing Instruction melalui akaun bank aku. Tahun ini tahun aku istiharkan tahun pelaburan aku. Walau gaji naik mana, walau bonus dapat banyak mana aku akan kekalkan momentum perbelanjaan aku seperti tahun yang lepas. Bahkan aku perlu lengkapkan MISI5000 aku yang tinggal tidak berapa lama lagi. Untuk Ibu, papa akan cuba penuhi apa permintaan ibu untuk diri ibu (hehe try dulu tau). Terima kasih kerana jaga Iman’s dengan baik, ingat kita punya janji hanya papa jek yang boleh marah Iman’s kalau dia nakal sesangat. Kalau ibu nak marah gak marahlah belakang papa. Untuk Iman Farisyah, papa masih belum dapat rentak untuk hantar kamu playskool setiap hari sbb papa dan ibu belum dapat lokasi rumah kita yang sesuai untuk keselesaan kita. Tapi ibu dah daftar untuk kamu playgroup setiap minggu di Alim Kids, so bermainlah dengan kawan-kawan kamu nanti, sebab papa tau kamu beria-ia untuk sekolah. Untuk sicomel papa Iman Suraiya, kamu kena membesar dengan sihat..papa sentiasa terbayang senyuman nakal kamu bila sambut papa balik. Kalau papa tension papa akan tgk gambar-gambar kamu dan kakak kamu. Tiada apa yang boleh mengembirakan hati papa selain daripada melihat kamu dua beradik yang penuh dengan ragam dan kerenah.

Untuk keluarga Shah Alam dan Kerinchi, kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk menjaga amanah yang telah diberikan. Kami tahu kami tidak terlalu mewah untuk menyediakan yang terbaik, tapi kami akan berusaha untuk menjaga hubungan kekeluargaan yang telah terbina sejak kami di ijab kabulkan. Kami percaya bukan kemewahan yang kalian harap dan kami bangga kerana mempunyai keluarga seperti kalian semua. Insha Allah, ada rezeki kami, kita akan menuaikan umrah pada tahun hadapan bersama-sama. Apa yang kami harapkan ialah doa-doa kalian mengiringi usaha kami untuk membuat yang terbaik untuk kita semua. Terima kasih semua kerana membentuk diri kami yang ada pada hari ini.

Sekian.

Monday, January 7, 2013

TAHUN 2013

Terasa lama tidak blogging, ikut mood dan masa aku jek kan. Sebab aku bukanlah seorang penulis yang baik atau novelis yang cemerlang dalam penulisan. Tapi aku percaya dan yakin dengan apa yang aku lakukan. Semua orang mempunyai cita-cita, sama ada tinggi atau tak dan semua itu ikut kemampuan dan kesungguhan seseorang untuk mencapainya. Tahun 2013 adalah tahun yang aku boleh katakan agak mencabar bagi aku untuk menghadapinya. Beban tugas sebagai jurutera makin bertambah dan ada juga misi utama yang aku perlu capai dalam tahun ini iaitu MISI5000, yang mama misi ini adalah sebagai matlamat sasaran untuk aku capai pendapatan sampingan sebanyak RM5000 sebulan. Nah ! Pada mulanya macam mustahil untuk aku capainya melainkan aku berhenti kerja dan cari kerja di swasta, sudah pasti gaji bulanan aku lebih dari itu. Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan jika kita dapatkan setkan minda dan usaha ke arah matlamat itu. Sekarang kemajuan pencapaian usaha aku telah capai 72% yang mana untuk aku memastikan ianya kekal aku perlu melipat gandakan usaha aku dalam meyimpan dan juga menjalankan perniagaan latihan aku, dan aku sentiasa berharap dan berdoa agar sentiasa dapat melaksanakan yang terbaik untuk diri aku dan juga keluarga aku. Penubuhan DEC (Dynamic Excellent Consultancy) secara kebetulan yang mana ianya idea bersama rakan sepejabat, mana taknya kalau fikiran kita asyik berfikir dan berfikir bagaimana untuk mencari pendapatan sampingan, timbullah macam-macam idea untuk melaksanakannya, sama ada ianya berhasil atau tidak bergantung kepada usaha kita untuk merealisasikannya. Apa yang penting ialah kita kena rajin berusaha tanpa putus asa. Aku harap dan sentiasa berdoa dengan kewujudan DEC ini dapat membantu aku dalam mencapai misi-misi aku.

Hujung tahun 2012, aku telah bermimpi yang mana diri aku telah menjejakkan kaki di Mekah, aku dapatkan rasa ketenangan bila dalam mimpi aku itu telah menjejakkan kaki ke sana. Dan macam biasalah aku meletakkan ianya sebagai satu misi untuk aku pergi ke sana dan aku namakan misi tersebut dengan MISI LAMBAH (Misi Lambaian Kaabah). Semoga dengan misi ini dapatlah aku membawa isteriku tercinta dan anak-anak serta mak abah kedua-duanya. Itulah niat aku sebagai seorang suami, papa dan juga anak. Untuk mencapai segala misi-misi aku, strategi dan perancangan perlu digariskan agar tidak tersasar. Jadual Asas Hidupku telah aku keluarkan untuk diri aku agar dapat menyusun waktu aku bekerja. 
















Tuesday, October 16, 2012

MISI5000 - Kemajuan Pencapaian

Just nak update, status pencapaian MISI5000 aku kali ini. Setakat saat ini target peratusan telah naik mendadak dengan penubuhan Dynamic Excellent Consultancy. Cuma aku perlu fokus dan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan projek setiap bulan. Aku gunakan segala connection yang ada untuk create projek satu Malaya. Setakat ini peratusan mencapai 64.6% untuk MISI5000. Jom tgk blogspot tentang DEC :

 

Tuesday, September 18, 2012

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)


Fuhh...debaran selama ini telah terjawab selepas mendapat jawapan TAHNIAH untuk biasiswa HLP dari Kementerian Pengajian Tinggi. Masa nak klik pada website MOHE, terasa debaran yang dah lama aku tidak rasa. Apa pun aku bersyukur pada NYA kerana memberi aku rezeki untuk meneruskan pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi lagi. InsyaAllah dengan izinNYA aku akan menggunakan segala ilmu yang aku pelajari untuk terus aku berbakti pada insan-insan yang memerlukan. 

Nak tulis panjang lebar tapi aku takde idea untuk tentang HLP ni...mungkin next entry ada idea yang boleh aku cerita panjang lebar perjalanan permohonan HLP ni...banyak step perlu aku hadapi seperti mohon kemasukan belajar di universiti tempatan (yang masih belum aku apply mana-mana universiti lagi), dan paling penting ialah ngadap big boss aku untuk aku mohon restu sekali lagi dan merancang sape pengganti aku semasa aku bercuti belajar nanti. Cuti selama dua tahun (max) untuk aku habiskan kursus aku di peringkat sarjana. Next entry .....

Ini aku share Pelan Pengajian aku yang aku gunakan untuk apply HLP  Pelan Pengajian Fait Hanapi untuk tatapan korang yang sudi2 melihatnya.

Tuesday, August 14, 2012

MISI5000 - Kemajuan Pencapaian Misi

Tinggal 351 hari lagi MISI5000 aku akan tamat, kemajuan pencapaian misi sehingga saat dan ketika ini telah mencecah peratusan 24.6% atau dalam figure matematiknya sebanyak RM1230 sebulan. Perjalanan peratusan masih jauh lagi, masa untuk mencapainya telah hampir tiba ke penghujungnya. Kadang-kadang terleka dan alpa dengan tugas harian dan aktiviti mingguan yang memanjang sibuk dan menyibukkan diri. Aktiviti harian untuk mendapat gaji dan memantapkan bidang kerjaya, aktivti mingguan ialah untuk melepaskan tekanan kerja dan membina networking dengan dunia luar dan menambah nilai dalam diri dengan kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan. Pagi tadi dalam komuter aku refresh tujuan utama MISI5000 dan memahami serta menjiwai 7 prinsip yang aku gariskan sendiri untuk aku mencapai matlamat yang telah aku setkan. 

Apa 7 Prinsip MISI5000 :

  1. Taqwa
  2. Learn
  3. Practise
  4. Improve
  5. Assessment
  6. Istiqamah
  7. Syukur

InsyaAllah lepas raya ada perancang projek pembangunan latihan untuk dibuat secara kerjasama dengan sahabat sperjuangan di pejabat. Aku harap projek pembangunan latihan ini akan menjadi salah satu sumber pendapatan yang tetap untuk aku. Aku ingin pelbagai produk yang aku ada untuk aku terus bersaingan dalam bidang perniagaan. InsyaAllah ada ruang dan peluang untuk aku terus perbaiki pengurusan hidup aku agar aku dapa memberi manfaat pada diri aku, keluarga aku dan juga orang-orang disekiling aku.

Sunday, July 29, 2012

Dugaan Bulan Ramdhan






Pada sabtu lepas, satu kejadian telah berlaku di rumah keluargaku di Shah Alam. Macam tak percaya tapi ianya telah berlaku. Rumah mak abah aku telah terbabit dengan kebakaran yang melibatkan beberapa buah rumah. Padahal pagi tu mak ada sms ada balik ke Shah Alam ke tidak, aku memang tidak merancang untuk balik pada hari sabtu sebab aku ada seminar di IEM Petaling Jaya dan jadual wiken aku memang agak padat. Aku dapat panggilan dari abah yang mengatakan rumah telah terbakar aku bayangkan semua ahli keluarga yang tinggal di rumah tersebut. Abah punya cara telefon memang nada yang tak cemas, rilek jek bagitau rumah dah terbakar. Aku tak puas hati sbb bile dah jadi mcmtu mestilah kita jadi gelabah, aku mulalah pecut kereta aku yg aku tgh drive. Mcm biasalah KL jalan mana yg tak jem. Pastu dgn kerenah pemandu yang dok bersantai atas jalan raya. Aku mula memyumpah, membebel dgn kereta-kereta yang berda di hadapan aku. Bila aku tak dpt info yg jelas ttg kejadian aku mula gelisah dan tak tentu arah, bawak kereta dalam keadaan yg tak fokus...(cukup bahaya utk diri aku dan isteri aku, anak2 masa tu duduk dgn Nany di Kerinchi). Aku call adik aku kedua, nak tau lanjut kejadian tersebut, Iqbal plak yang angkat (suami adik aku). Aku tanya apa citer, dia jawab dah tgl rangka jerk..pergh berderau darah aku. Makin hilang fokus aku. Perjalanan aku dari KL ke Shah Alam tidak selancar seperti meluncur ais, tapi aku perlu segera ke rumah Shah Alam. Bila aku sampai jek dua tiga jentera Bomba dah siap memadamkan api. Aku terus p ke rumah dan lihat depan mata aku rumah yang aku membesar dari kecik ranap bahagian bumbung, aku lihat rumah jiran aku abis keseluruhannya. Dalam hati aku, aku bersyukur keluarga aku terselamat dan rumah tidak musnah keseluruhan. Tapi tak bleh duduk la sbb bumbung dah jahanam di jilat api, 

Aku rasa terkilan rumah yg dijangka siap untuk ubah suai bleh la digunakan untuk raya nanti, tapi malangnya hanya tinggal harapan jek. Rumah yang boleh mengumpulkan semua ahli keluargaku telah tinggal bangunan yang sepi tanpa penghuni. Aku tak dapat nk jangkakan bile boleh siap segala mcm prosedur tuntutan insurans rumah, ntahlah aku cuba untuk selesaikan masalah2 prosedur dan kerenah semasa tuntutan, jgn aku hilang sabar sudahlah. Inilah dugaan untuk keluarga kami semasa bulan Ramdhan, kami perlu sabar dan tabah untuk hadapinya. Moga ada hikmah disebaliknya, kesian aku tgk mak abah yang beria-ia nk ubahsuai rumah siap utk raya nanti. Sekarang kami akan beraya lompat melompat dari rumah adik beradik mak abah, pastu balik Shah Alam dudukla di rumah adik aku yang keempat di seksyen 24, nasib baik dekat bolehlah dijenguk rumah yang terbakar tu selalu. Kang ada yang penyangak dok cari duit raya dalam rumah tu. Maklumlah nak dekat raya ni, raya yg rajin cari duit raya. Kepada penyangak2 yang try aim rumah keluargaku kat Shah Alam siaplah kalau aku dapat korang tgh buat kerja2 menyangak, aku balun korang abis2. JANGAN AMBIL KESEMPATAN ATAS KESEMPITAN ORANG LAIN. KEPADA JIRAN2 SEKELILING TOLONGLAH BANTU KAMI PERHATIKAN SEKIRANYA ADA PERKARA YANG MERAGUKAN, HUBUNGI KAMI ATAU BALAI POLIS, JANGAN DOK TGK SAJE TANPA ADA TINDAKAN DARI KORANG. SEKIAN