Showing posts with label MISI5000. Show all posts
Showing posts with label MISI5000. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

MISI 5000 : Penangan POWER dari AKPK


Nak share lg dengan korang...Korang tau tak apa itu AKPK?Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, aku mula2 ingat bila ada masalah barulah kita dapatkan kaunseling, rupa2 nya aku silap, kadang yang takda masalah juga perlu peruntukan masa untuk dapatkan kaunseling sebelum sesuatu perkara menjadi masalah dan terus menjadi masalah yang lebih serius. Sekarang ini, banyak perkara yang boleh thru online jek, so aku pun explore website AKPK tu, adalah aku jumpa satu e-book yang berjudul POWER (Pengurusan Wang Ringgit Anda). Setelah aku tamatkan membaca dan memahami e-book tersebut, aku dapat rasakan yang aku punya status kewangan jangka panjang aku menuju ke arah masalah dalam tanpa aku sedari. Pada aku, korang patut membacanya dan cuba fahami apa yang terkandung dalam e-book tersebut. Dari yang korang tak tahu hinggalah korang tahu apa itu WANG WANG WANG. So, nak dapatkan e-book tersebut korang klik jek banner POWER tu, link terus ke page download e-book tersebut.

Selepas aku baca e-book tersebut, aku terus mohon statement segala pinjaman aku dari bank negara (klik CCRIS), cuma masih belum menerima respon dari Bank Negara, kalo nk cepat terus jek p sana, print out jek kat mesin dia tue. Aku kena uruskan semula hutang-hutang aku agar lebih teratur dan sistematik pembayarannya. Ini bertujuan agar kepala kita sendiri tidak sakit dan pening bila sampai surat2 yang suruh bayar hutang. Hidup kita ni tak lekang dan terlepas dari konsep hutang ni, dari belajar sampailah membawa ke kerja. Cuma kita kena bijak dalam menguruskan hutang-hutang kita itu agar kita tidak membayar perkara-perkara yang tidak diperlukan. Dalam e-book tu gak ajar kita mcmne nk kira aset bersih kita, cash flow kita, perancangan pembeliaan. Pada aku tak rugi sekiranya korang membacanya pasti akan ada sesuatu yang korang akan sedar dan ambil tindakan untuk penambahbaikan. Ilmu ALLAH ini luas dan kita perlu mencari dan mencarinya dengan apa cari sekali pun agar kehidupan kita bahagia dan tenang tanpa dibelunggu masalah-masalah kewangan yang membebankan.

Dalam MISI 5000 aku, bukan sahaja aku perlu generate income RM5000 dalam masa yang ditetapkan bahkan aku perlu belajar tentang pengurusan kewangan peribadi yang cekap. Aku taknak kata2 org dulu, "BESAR PERIUK BESARLAH KERAKNYA", yang mana maksudnya lagi banyak duit yang korang ada dan miliki lagi besarlah perbelanjaannya nanti itu menjadi sinonim dalam masyarakat kita. Oleh itu aku sering gunakan peribahasa moden dan terkini untuk aku manipulate kata orang dulu2 "MASAK NASI GUNALAH PERIUK KAREN" yang lebih kurang maksudnya, bila kita miliki duit atau harta yang banyak, perlulah kita guna tool yang useable dalam kita uruskan kewangan peribadi kita. Sekarang ni banyak knowledge dan tool yang kita boleh dapatkan di hujung jari macamne kita nk uruskan kewangan kita dengan lebih cekap lagi. Isunya sekarang ini, kita nak taknak jek untuk berubah dan menganjak paradigma kita ke satu tahap yang lebih baik. Ok, selamat explore link yang aku bagi tu.

Thursday, February 23, 2012

MISI 5000 : FAIT wake up !!!!!!



Sedikit tersasar dari landasan, sejak dua menjak ini terbabas jadual aku. Aduyai, ni kes terlalu banyak kes dan masalah yang perlu aku selesaikan. Tapi aku kecewa sangat kerana dengan kepenatan aku bekerja dan bersosial sampai aku terabai untuk jaga waktu solat aku. Dan tak pasal kena ganti solat yang telah aku abaikan. Dalam MISI 5000, aku tekankan tentang istiqamah atau konsisten dalam melakukan sesuatu, aku perlu tampar pipi aku selalu agar sentiasa BERINGAT, BERINGAT DAN BERINGAT dengan apa yang perlu dicapai dan aku ada tempoh masa untuk mencapainya. Perjalanan aku untuk capai matlamat aku makin hari makin singkat dan aku TAK BOLEH, TAK BOLEH DAN TAK BOLEH leka dan lalai. So, bangunlah wahai FAIT HANAPI....jangan tidur terlalu lama dalam sesuatu perkara, bangkit dan bingkas dalam melaksanakannya. Tolonglah uruskan masa dengan sebaik mungkin, jangan merungut dengan masa sebab ALLAH SWT telah berikan kita cukup masa untuk melakukan ibadah dan kerja-kerja kita seharian. Cuma diri kita sendiri yang tidak pandai uruskannya. TIME MANAGEMENT amat penting. Buka semual handbook yang dibeli dulu untuk tengok semula TIME MANAGEMENT yang tersasar. Jangan anggap bila buku yang telah habis dibaca perlu disimpan elok dalam Mini Library, buka dan selak satu persatu agar sentisa beringat. So, bangunlah dan bingkas dalam melaksanakan matlamat yang hendak dicapai.....CAIYOKKKKKK

Saturday, February 11, 2012

MISI 5000 : 7's HOW

Selama beberapa hari aku dok fikirkan apa "guide" aku untuk capai MISI 5000 aku yang telah aku lancarkan, buku merahku menjadi peneman sepanjang perjalanan aku pergi dan pulang dari kerja dalam komuter. Selama itu jugalah aku memerah otak untuk mencari formula, kira-kira, tolak tambah bagaimana untuk aku capai MISI 5000 aku. InsyaAllah dengan izinNYA aku akan buat yang tebaik apa yang aku telah rancangkan.

[7's HOW : HOW 1 TAQWA : HOW 2 LEARN : HOW 3 PRACTISE : HOW 4 IMPROVE : HOW 5 ASSESSMENT : HOW 6 ISITIQAMAH : HOW 7 SYUKUR ]

So, aku telah dapatkan 7's HOW untuk aku pastikan MISI5000 aku sentiasa "on track" dan perlu dicapai dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pelancarannya. Aku sentiasa berdoa kepadaNYA agar sentiasa menetapkan iman dan akal ku untuk terus capai apa yang aku inginkan. Buat isteriku yang tercinta dan anakku yang tersayang, doakan papa untuk terus berusaha dan berusaha serta berusaha untuk mencapai MISI5000 ini.

Khas untuk isteriku Shamsiah Hamid : Walau dirimu bukan pertama untuk diriku tetapi dirimu adalah yang terakhir dalam hidupku dan selamanya. I LOVE U SAYANG

Khas untuk anak2 papa Iman Farisyah Fait dan Iman to be : Papa sentiasa menyayangi diri kalian dan sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk anak2 papa. Itu janji papa pada anak2 papa yang comel2.

Saturday, February 4, 2012

MISI5000 : HOW 1 : TAQWA

Sempena Maulidur Rasul pada hari ini, aku menghayati pengorbanan Rasulullah SAW dalam meyebarkan dan menegakkan agama ISLAM . Aku muhasabah diri aku dalam memperbaiki apa jua kelemahan dan kekurangan dalam diri ini. Cuba jadi hambaNYA yang taat pada perintah dan meninggalkan larangan serta menjadi pengikut setia dan taat pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. AKU PERLU BERUBAH dan AKU PERLU PERBAIKI.....

Salah satu kehebatan Nabi Muhammad SAW ialah seorang usahawan yang berjaya. Just aku nak share DISK 1 DISK 2 oleh Ustaz Kazim Elias (Petua Nabi Muhammad SAW Berniaga) Mari kita hayati bersama.

Dalam melaksanakan dan mencapai matlamat MISI5000 aku perlu memperbaiki AMALAN aku, terutama dalam SOLAT 5 kali sehari aku perlu solat tepat pada waktunya dan sedaya upaya untuk aku berjamaah bila tiba waktunya, inilah 1 STEP aku dalam mencapai MIS5000. Aku perlu BERUBAH dan YAKIN dengan perubahan yang aku lakukan ini. TAQWA - Taat pada perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.