Saturday, February 4, 2012

MISI5000 : HOW 1 : TAQWA

Sempena Maulidur Rasul pada hari ini, aku menghayati pengorbanan Rasulullah SAW dalam meyebarkan dan menegakkan agama ISLAM . Aku muhasabah diri aku dalam memperbaiki apa jua kelemahan dan kekurangan dalam diri ini. Cuba jadi hambaNYA yang taat pada perintah dan meninggalkan larangan serta menjadi pengikut setia dan taat pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. AKU PERLU BERUBAH dan AKU PERLU PERBAIKI.....

Salah satu kehebatan Nabi Muhammad SAW ialah seorang usahawan yang berjaya. Just aku nak share DISK 1 DISK 2 oleh Ustaz Kazim Elias (Petua Nabi Muhammad SAW Berniaga) Mari kita hayati bersama.

Dalam melaksanakan dan mencapai matlamat MISI5000 aku perlu memperbaiki AMALAN aku, terutama dalam SOLAT 5 kali sehari aku perlu solat tepat pada waktunya dan sedaya upaya untuk aku berjamaah bila tiba waktunya, inilah 1 STEP aku dalam mencapai MIS5000. Aku perlu BERUBAH dan YAKIN dengan perubahan yang aku lakukan ini. TAQWA - Taat pada perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Thursday, February 2, 2012

MISI 5000

Misi 5000 telah aku lancarkan untuk aku letakkan satu capaian matlamat aku "on track" dalam hidup aku, sifu aku dalam buku "the Most Powerful Tool" oleh Azizi Ali telah mengajar aku bagaimana untuk mencapai sesuatu kejayaan :

The Eight Steps to Heaven ;
1. Be unreasonable
2. Write it down
3. Write exactly what you want and when
4. Write what you will give in return
5. Sign it
6. Display it
7. Read every day
8. Tell the world about it

So, aku nak bagitau semua orang apa yang terkandung dalam MISI 5000 yang telah aku lancarkan baru-baru ini. Kalau korang bosan, korang kena baca gak sebab korang kena tolong aku untuk aku capainya.


MISI 5000

Misi 5000 adalah misi untuk aku menambahkan pendapatan aku sebanyak RM5000 setiap bulan atas dasar komitmen dan tanggungjawab aku bertambah dari saat ke saat, minut ke minut, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Bagaimana aku perlu capainya? Jom tengok formula perancangan yang aku contengkan. Makin besar periuk makin besar keraknya. Ini merupakan "forecast budget" aku dalam masa yang telah aku tetapkan.

Konsep 4W + 1H

Q : WHAT - Apa yang hendak dicapai?
A : Pendapatan Tambahan RM5000 sebulan

Q : WHY - Kenapa RM 5000?
A :
Iman Farisyah (Playschool) = RM 600/month
Iman To be (Pengasuh) = RM 250/month
Rumah @ Melaka (liabiliti) = RM 1200/month
Insuran + Iman's education = RM 3000/ year @ RM250/month
Dream Car (HONDA) = RM 1200/month
Others = RM 1500/month
BIG TOTAL = RM 5000/month


Q : WHEN - Bila MISI 5000 dilaksanakan dan berapa lama?
A : Bemula 1 Februari 2012 hingga 31 Julai 2013 selama 18 bulan tempoh MISI5000

Q : WHO - Siapa yang kena laksanakan ?
A : Siapa lagi kalau bukan suami kepada Shamsiah Hamid, FAIT BIN HANAPI

Q : HOW - Macamana MISI5000 ini dilaksanakan dan disempurnakan oleh FAIT HANAPI?
A : Haaaaa! Yang inilah perlukan bantuan korang untuk aku fikirkan macamana aku boleh "generate income" sebanyak RM 5000 sebulan bila MISI5000 tamat tempoh nanti.....Please tolong aku fikirkan dan sentiasa ingatkan aku dengan MISI5000 ini.


Monday, January 30, 2012

Perancangan AKU

"GREAT ACHIEVEMENTS INVOLVE GREAT RISKS !!" quote yang memberikan aku inspirasi untuk terus mencapai cita-cita aku dalam hidup ini. Perancangan ini telah aku tulis sebelum aku kahwin lagi. Aku telah bahagikan kepada Perancangan Jangka Pendek dan Perancangan Jangka Panjang. Dalam banyak-banyak perancangan yang aku senarai, aku hanya mencapai satu perkara dalam perancangan tersebut.

Jangka Pendek : (5 tahun : Semakan semula "time frame")

1. Master In Engineering : Permohonan Semula

2. Professional Engineer : On track - CPD and report stage

3. Own Family : Menunggu kelahiran permata hidup yang kedua bakal dilahirkan Mei 2012

4. SME Company : Re-setup and need more knowledge in business


Jangka Panjang :
(Sebelum umur mencapai 50 tahun)

1. Education and Welfare Foundation : Sedang menimba ilmu dan pengalaman dari SALAM

2. PhD in Engineering : Selepas Master done

3. Healthy Life : Aktiviti yang tidak konsisten dan belum ada "diet planning"

4. Consultancy Firm : "Engineering Firm @ Training & Counseling Firm"

5. Great Family : sedang menimba ilmu "parenting"

Inilah perancangan aku dan aku ingin korang tahu tentang apa yang aku ingin capai dalam hidup ini. BANTULAH AKU, NASIHATLAH AKU, BIMBINGLAH AKU, TEGURLAH AKU supaya aku sentiasa INGAT apa yang ingin aku capai...

Wednesday, December 14, 2011

Cerita Komuter 8


Insan = pelupa, lemah etc...kita tak pernah pk yang kita begitu naif sekali dalam banyak hal. Tapi kenapa ramai manusia yang berlagak sombong, bongkak dengan pangkat harta yang mereka ada. Mereka lupa apa SIAPA yang memberikan rezeki pada diri mereka. Aku berdoa agar aku sentiasa menginsafi diri aku supaya tidak tersasar kepada perkara yang boleh merugikan diriku, keluargaku dan paling penting ialah AGAMAku....Aku syukur atas nikmat yang diberikan dan aku juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa sahaja kelemahan diriku ini agar diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aku juga tidak terlepas dengan pelbagai masalh dan musibah yang melanda, aku berdoa agar dapat aku lalui dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. TEGURLAH AKU, NASIHATLAH AKU, MARAHLAH AKU, CUBITLA AKU, PUKULLAH AKU sekiranya aku menyakitnya insan-insan disekeliling aku. Aku mohon keampunan dan kemaafan daripada insan-insan disekilingi aku sekiranya aku bersalah pada kalian. Aku ingin jadi insan yang tenang dengan sentiasa meminta maaf dan memaafkan apa jua kesalahan sekalipun. Aku cuba yang terbaik untuk jadi yang terbaik. Kalian semua adalah aset diri aku, tidak kira kalian BAIK ke, JAHAT ke, CANTIK ke, BURUK ke...kalian adalah pembentuk diriku yang ada pada hari ini. Terima kasih atas jasa-jasa kalian dan aku amat bangga sebab kalian berada disekeliling diri ku ini.....

Sunday, December 11, 2011

Again....blog tergantung

Banyak perkara yang perlu aku laku kan 2 3 menjak ni..tu sebab post ni kuar setelah sekian lama tak update status blog dan juga online biz...lost jap dgn urusan kerja yang menyebabkan tak menang otak dipikirkan. Aku cuma 41 yang melakukan kerja-kerja 44, 48, 52 dan 54....dan belum sampai masa lagi utk memangku tugas JUSA...(pas belajau golf mungkin boleh kot...hihi). Apa pun dah tugas aku dan aku enjoy dengan perkara yang aku lakukan dan sedikit unmanageable time yang sedikit tersasar. So this week aku try untuk kembali ke landasan yang betul agar aku dapat masuk semula 2nd workstation aku untuk generate side income aku. Insya Allah....i'm try the best to manage back my time. schedule....

Cume aku perlu research ttg skim yang gomen bagi baru2 ni ttg SBPA....aku tak menolak jika ada baik dan aku tak merimanya bulat2 sekiranya aku tak memahami apa yang dimaksudkan dgn SBPA...cuma apa yang aku pasti aku akan tetap dengan gomen, cuma bapa lama dan bile?aku pun tak pasti...kehidupan aku panjang dan masih jauh lagi untuk mencapai cita2 aku yang tinggi melangit tu...macam2 yang dirancangnya dan masih belum menampakkan hasilnya yg sempurna.Takpe janji aku teruskan berusaha dan berusaha, insya Allah akan tiba masanya nanti...okla..just amik mood jek ni...mugkin ketemu lagi dalam post yang akan datang....calooooooo

Monday, November 14, 2011

Tanah Pusaka

Baru2 ini kami ada balik ke kampung atas urusan perbincangan keluarga di sebelah Abah, aku ingat ada projek baru yang perlukan kepakaran2 ku uini...haha perasan betul. Rupa2 nya perbincangan pengurusan tanah pusaka arwah atuk yang diwarisi oleh Abah dan Pak Ngah. Aku bab2 harta2 yg diwarisi ini aku tak tau sgt, apa yang pasti aku tahu aku ni takde harta berbentuk tanah yang berekar-ekar banyaknya. So mcmne org dulu2 ada tanah berlambak-lambak, pastu leh wariskan pada anak cucu plak tu....isy2 renung2 kan.Aku tak berminat nk join meeting mereka, cuma aku berminat untuk tahu hasil meeting tersebut...so aku buat hal aku la, macam biasa la aku lepak sat tepi pantai sambil cuci mata...dulu cuci mata sorang tp lani aku cuci mata dgn anak akau sekali...tp Iman spoil la, bleh plak dia takut dgn ombak, atoyai baru jek nk main2 tepi gigi air dgn Iman, tup2 dia takut plak dgn deruan ombak tu...puasla aku pujuk tak mo gak last2 dok jauh ckit smbil makan eskrem...terus diam si Iman...anak papa ini mcm2 la.
So, bila kami pulang, Abah mulakan cerita tentang hasil perbincangan adik beradiknya ttg tanah tu, aku tak la menunjukkan minat pun, tp dah dok dalam kereta yang dipandu oleh adik aku...so dengarkanlah jek..yang melayan Abahku tu hanya adik dan emak yang bersungguh nk tau apa cerita sebenar.Nak dipanjangkan serta dirngkas ceritanya...tanah pusaka bahagian Abah dan PakNgah aku tu rupa2 nya dapat remind letter kot dr pejabat tanah untuk diusahakan, kalo tak pejabat tanah akan mengambil alih pemilikan tanah tersebut...aku pun pada mulanya mcm heran la...bleh ke suka suki jek pejabat tanah nk amik herta org lain..rupa2nya mmg ada klausa sebegitu...so itu la hakikatnya. Emak bersungguh2 untuk pertahankan tanah tu diusahakan oleh kami, sbb Emak pk kan anak2nya yng tiada apa2 harta yg ditinggal nti. Pada aku,harta yang paling berharga yang Mak Abah berikan pada kami ialah menyekolah kan kami hingga kami berjaya menjadi apa yang kami ada pada hari ini. PELAJARAN itulah harta paling bernilai yang kami dapat.
Bak kata orang2 sekarang, dunia sekarang materiallistik...so nk taknak kita pun kene ada sedikit sebanyak sifat itu agar kita dapat ubah status kita pd pandangan org lain. Mcm2 idea la timbul untuk mengusahakan tanah tersebut, itulah perbualan antara Emak, Abah dan adik ku...aku cume dok bermain2 dengan Iman kat belakang. Status tanah tu agak komplikated sedikit yang mane kawasan tanah itu dikongsi dengan PakNgah dan geran perlu diambil kuasa untuk diusahakan, Abah bgtau yang PakNgah tak berminat dengan tanah tersebut, tak tau la aku kenapa.Tapi Emak ingat yang PakNgah ada anak2nya dan mereka pun ada hak tersebut.So utk diusahakan perlu satu kerjasama perlu diwujudkan agar persefahaman antara kami adik beradik dan sepupu sepapat dapat dicapai...kami tak mau disebabkan tanah tu kami berpecah belah...Setakat nk usahakan bahagian belah Abah jek pada aku tak fair la.Emak tanye idea aku sebab dari td aku asyik diam jek takde cerita tanda2 berminat ke tidak.Aku memang fesyen sebegitu, aku ni idea dtg lambat dan aku malas nak bercakap benda2 yg aku tak sure sgt.
So aku diam jek...tp bila aku bangun pagi terus idea aku mencurah2 terus aku sms Emak cite pasal tanah tu..Aku ada cadangkan agar ditubuhkan satu syarikat yang mane terdiri dari Abah dan PakNgah dan kami adik beradik dan sepupu sepapat sebagai pengurusan dan share partner la.Sbb nk usahakan tanah yang besar dan berekar-ekar ini perlukan satu pengurusan yang benar2 boleh menjalankan satu projek keatas tanah tersebut.Dari segi itu semua akan bersetuju dgn syarat-syarat yang akan ditentukan dalam syarikat tersebut. Dengan tertubuhnya syarikat tersebut nanti, akan memudahkan lagi untuk urusan pinjaman kewangan utk mengusahakan tanah tersebut. Aku bg la idea aku pada Emak, cuma terkejut sedikit la yang Emak suruh buat kertas kerja...cewah dah macam nk present kat kabinet jek hehehehe..sok aku ada deraf la tp belum ditulis secara proper lagi la..apa yang pasti aku kene sediakan satu model yang boleh digunapakai mengusahakan tanah tersebut..Apa yang paling penting ialah ambil kuasa tanah tersebut ke atas nama2 bakal2 Ahli Lembaga Syarikat yang terdiri daripada Abah dan PakNgah..dan pengurusannya akan terdiri daripada adik beradik dan sepupu sepapat yang berminat utk mengurusnya.Bila tertubuhnya syarikat nanti,urusan2 akan dibuat dengan lebih sistematik dan pengagihan pendapatan akan dapat diberikan mengikut share yang terlibat.So aku perlukan idea, connection dan juga peamahaman untuk menubuhkan syarikat dan juga bagaimana proses2 ambil kuasa tanah tersebut...dan itulah langkah pertama yang perlu dilakukan..so please HELP me....

Tuesday, November 8, 2011

Kerja Gomen vs Kerja Private

Masing2 punye pendapat masing ttg isu kali ini, dan aku pun ada pandangan aku sendiri dan aku pernah mengalami kedua2nya...ada "pro dan kon". Kali ini saja aku nk cerita apa pandangan aku ttg org2 gomen dan juga org2 private. Aku sempat kerja di private sektor dalam 3 tahun dan byk kompeni yang aku pergi untuk cari keserasian. Aku tak nafikan yg aku ni agak cengil skit dalam kerja2 ini, maklumlah nk yg terbaik. Aku dah alami ada duit yg banyak, kereta kompeni, rumah kompeni, orang gaji kompeni, peti sejuk yang dengan makanan dengan duit kompeni, minyak petrol dan diesel kompeni, duit tol kompeni, so duit gaji aku dok la terperuk dalam bank untuk aku habiskan tanpa hala tuju duit itu. Dalam private sektor, setiap titik peluh yang jatuh menitis itu kita di bayar (setengah2 private kompeni la), janji kerja yang ko buat mendatangkan untung besar pada kompeni. Masa ko diperah abis-abisan, siang ko jadi malam dan malam ko jadi siang. Aku akui aku tiada masa untuk diri aku, famili aku dan juga awek2 ku dulu. Semuanya mcm touch n go sahaja. Aku rasa tiada life, sosial dan masyarakat aku pinggirkan demi mencari rezeki. Tapi apa yang aku pelajari ialah cara bekerja dengan efisyen, hargai masa yang ada, disiplin, berdikari tanpa mengahrapkan dengan orang lain, ko dapat applied apa yang ko belajar, segala macam la yg ko dapat pelajari. Ko dihormati atas kepakaran ko, atas ilmu ko yang ada. Segala pendapat dan idea tidak dibakul sampahkan, ko dapat buat apa sahaja kerja yang kreatif dan inovatif janji masyukkkk pada kompeni. Selama 3 tahun aku belajar semua itu tanpa aku peduli dengan life aku. Tapi bila mana usia ko dah meningkat, keinginan nafsu utk berpasangan dan berkahwin melonjak2 dan pelbagai perasaan2 lain yg timbul, duit tiada ertti lagi. Apa yang ko inginkan ialah Quality of Life yang mana setiap insan yang digelar sebabagi manusia ingin mengejarnya...so aku mencari kerja yang boleh beri aku masa yang banyak utk aku nikmati hidup...last2 dapatla aku dengan UPSI setelah aku bersaing dengan macam2 org utk dapatkan satu jawatan jurutera di UPSI|. Akhirnya aku berjaya, tp sebelum tu aku telah ditemudga dengan boss2 aku dan salah satu jawapan aku pada soalan2 deme ialah....aku nk ari sabtu dan ahad aku, aku nk masa aku balik kul5 ptg, dan paling penting ialah aku ingin cari pasangan dan ingin berkahwin..hahaha...aku ingat bile aku bgi jawapan mcm ti aku gagal tp macam tak caye jek kan...hahaha.
Aku kerja dengan UPSI hampir 4tahun la, aku tak kejar2 apa2 jawatan, naik pangkat ke apa ker dalam UPSI ini...janji masa aku jangan diganggu gugat...mcm aku bgtau la ada "pro dan kon" la...dah pasti gaji ko tak selebat sblm ni...kurang 2kali ganda, so penat gak memikirnya. Last2 aku pk ulat dalam batu pun blh hidup, ini kan plak jadi jurutera gomen....mesti bleh cari makannya...aku nekad bekerja dengan upsi..mula2 aku excited untuk buat perubahan dalam management...tp macam gampang la gak, masing2 semua play safe, jaga telur masing2...so lama2 aku paham dan aku pun slow2 kan pergerakan aku. Dan aku mula belajar ttg cara bekerja org gomen terutama UPSI. Tapi aku bersyukur sgt2 sbb aku bekerja dengan lani takdela aku kebulur ke tapi p mana2 merayap ke..bahkan aku dapat jumpe pasangan hidup aku dan juga aku dikurniakan anak yang comel dalam hidup aku. Dan paling aku gembira aku dapat semula life aku utk aku pastikan masa2 dalam hidup aku ini memberi manfaat pada org keliling aku. Tak kira la ko keje hebat ke apa ke...yang paling penting ialah bagaimana ko uruskan hidup ko supaya ianya lebih berkualiti dan bahagia..ingat beb, hidup kita ini singkat so jangan rumitkan hidup kita dengan urusan dunia ini. Tak kira la ko manager ker, CEO ke CFO ke UFO ke....kalo hidup ko semak dengan masalah2 dunia...pegangla pangkat ko tu smpi lubang kubur. Ingatlah ALLAH SWT akan menyenangkan kita jika kita menyenangkan org lain.....caloooo