Thursday, February 23, 2012

MISI 5000 : FAIT wake up !!!!!!



Sedikit tersasar dari landasan, sejak dua menjak ini terbabas jadual aku. Aduyai, ni kes terlalu banyak kes dan masalah yang perlu aku selesaikan. Tapi aku kecewa sangat kerana dengan kepenatan aku bekerja dan bersosial sampai aku terabai untuk jaga waktu solat aku. Dan tak pasal kena ganti solat yang telah aku abaikan. Dalam MISI 5000, aku tekankan tentang istiqamah atau konsisten dalam melakukan sesuatu, aku perlu tampar pipi aku selalu agar sentiasa BERINGAT, BERINGAT DAN BERINGAT dengan apa yang perlu dicapai dan aku ada tempoh masa untuk mencapainya. Perjalanan aku untuk capai matlamat aku makin hari makin singkat dan aku TAK BOLEH, TAK BOLEH DAN TAK BOLEH leka dan lalai. So, bangunlah wahai FAIT HANAPI....jangan tidur terlalu lama dalam sesuatu perkara, bangkit dan bingkas dalam melaksanakannya. Tolonglah uruskan masa dengan sebaik mungkin, jangan merungut dengan masa sebab ALLAH SWT telah berikan kita cukup masa untuk melakukan ibadah dan kerja-kerja kita seharian. Cuma diri kita sendiri yang tidak pandai uruskannya. TIME MANAGEMENT amat penting. Buka semual handbook yang dibeli dulu untuk tengok semula TIME MANAGEMENT yang tersasar. Jangan anggap bila buku yang telah habis dibaca perlu disimpan elok dalam Mini Library, buka dan selak satu persatu agar sentisa beringat. So, bangunlah dan bingkas dalam melaksanakan matlamat yang hendak dicapai.....CAIYOKKKKKK

Saturday, February 11, 2012

MISI 5000 : 7's HOW

Selama beberapa hari aku dok fikirkan apa "guide" aku untuk capai MISI 5000 aku yang telah aku lancarkan, buku merahku menjadi peneman sepanjang perjalanan aku pergi dan pulang dari kerja dalam komuter. Selama itu jugalah aku memerah otak untuk mencari formula, kira-kira, tolak tambah bagaimana untuk aku capai MISI 5000 aku. InsyaAllah dengan izinNYA aku akan buat yang tebaik apa yang aku telah rancangkan.

[7's HOW : HOW 1 TAQWA : HOW 2 LEARN : HOW 3 PRACTISE : HOW 4 IMPROVE : HOW 5 ASSESSMENT : HOW 6 ISITIQAMAH : HOW 7 SYUKUR ]

So, aku telah dapatkan 7's HOW untuk aku pastikan MISI5000 aku sentiasa "on track" dan perlu dicapai dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pelancarannya. Aku sentiasa berdoa kepadaNYA agar sentiasa menetapkan iman dan akal ku untuk terus capai apa yang aku inginkan. Buat isteriku yang tercinta dan anakku yang tersayang, doakan papa untuk terus berusaha dan berusaha serta berusaha untuk mencapai MISI5000 ini.

Khas untuk isteriku Shamsiah Hamid : Walau dirimu bukan pertama untuk diriku tetapi dirimu adalah yang terakhir dalam hidupku dan selamanya. I LOVE U SAYANG

Khas untuk anak2 papa Iman Farisyah Fait dan Iman to be : Papa sentiasa menyayangi diri kalian dan sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk anak2 papa. Itu janji papa pada anak2 papa yang comel2.

Saturday, February 4, 2012

MISI5000 : HOW 1 : TAQWA

Sempena Maulidur Rasul pada hari ini, aku menghayati pengorbanan Rasulullah SAW dalam meyebarkan dan menegakkan agama ISLAM . Aku muhasabah diri aku dalam memperbaiki apa jua kelemahan dan kekurangan dalam diri ini. Cuba jadi hambaNYA yang taat pada perintah dan meninggalkan larangan serta menjadi pengikut setia dan taat pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. AKU PERLU BERUBAH dan AKU PERLU PERBAIKI.....

Salah satu kehebatan Nabi Muhammad SAW ialah seorang usahawan yang berjaya. Just aku nak share DISK 1 DISK 2 oleh Ustaz Kazim Elias (Petua Nabi Muhammad SAW Berniaga) Mari kita hayati bersama.

Dalam melaksanakan dan mencapai matlamat MISI5000 aku perlu memperbaiki AMALAN aku, terutama dalam SOLAT 5 kali sehari aku perlu solat tepat pada waktunya dan sedaya upaya untuk aku berjamaah bila tiba waktunya, inilah 1 STEP aku dalam mencapai MIS5000. Aku perlu BERUBAH dan YAKIN dengan perubahan yang aku lakukan ini. TAQWA - Taat pada perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA.

Thursday, February 2, 2012

MISI 5000

Misi 5000 telah aku lancarkan untuk aku letakkan satu capaian matlamat aku "on track" dalam hidup aku, sifu aku dalam buku "the Most Powerful Tool" oleh Azizi Ali telah mengajar aku bagaimana untuk mencapai sesuatu kejayaan :

The Eight Steps to Heaven ;
1. Be unreasonable
2. Write it down
3. Write exactly what you want and when
4. Write what you will give in return
5. Sign it
6. Display it
7. Read every day
8. Tell the world about it

So, aku nak bagitau semua orang apa yang terkandung dalam MISI 5000 yang telah aku lancarkan baru-baru ini. Kalau korang bosan, korang kena baca gak sebab korang kena tolong aku untuk aku capainya.


MISI 5000

Misi 5000 adalah misi untuk aku menambahkan pendapatan aku sebanyak RM5000 setiap bulan atas dasar komitmen dan tanggungjawab aku bertambah dari saat ke saat, minut ke minut, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Bagaimana aku perlu capainya? Jom tengok formula perancangan yang aku contengkan. Makin besar periuk makin besar keraknya. Ini merupakan "forecast budget" aku dalam masa yang telah aku tetapkan.

Konsep 4W + 1H

Q : WHAT - Apa yang hendak dicapai?
A : Pendapatan Tambahan RM5000 sebulan

Q : WHY - Kenapa RM 5000?
A :
Iman Farisyah (Playschool) = RM 600/month
Iman To be (Pengasuh) = RM 250/month
Rumah @ Melaka (liabiliti) = RM 1200/month
Insuran + Iman's education = RM 3000/ year @ RM250/month
Dream Car (HONDA) = RM 1200/month
Others = RM 1500/month
BIG TOTAL = RM 5000/month


Q : WHEN - Bila MISI 5000 dilaksanakan dan berapa lama?
A : Bemula 1 Februari 2012 hingga 31 Julai 2013 selama 18 bulan tempoh MISI5000

Q : WHO - Siapa yang kena laksanakan ?
A : Siapa lagi kalau bukan suami kepada Shamsiah Hamid, FAIT BIN HANAPI

Q : HOW - Macamana MISI5000 ini dilaksanakan dan disempurnakan oleh FAIT HANAPI?
A : Haaaaa! Yang inilah perlukan bantuan korang untuk aku fikirkan macamana aku boleh "generate income" sebanyak RM 5000 sebulan bila MISI5000 tamat tempoh nanti.....Please tolong aku fikirkan dan sentiasa ingatkan aku dengan MISI5000 ini.


Monday, January 30, 2012

Perancangan AKU

"GREAT ACHIEVEMENTS INVOLVE GREAT RISKS !!" quote yang memberikan aku inspirasi untuk terus mencapai cita-cita aku dalam hidup ini. Perancangan ini telah aku tulis sebelum aku kahwin lagi. Aku telah bahagikan kepada Perancangan Jangka Pendek dan Perancangan Jangka Panjang. Dalam banyak-banyak perancangan yang aku senarai, aku hanya mencapai satu perkara dalam perancangan tersebut.

Jangka Pendek : (5 tahun : Semakan semula "time frame")

1. Master In Engineering : Permohonan Semula

2. Professional Engineer : On track - CPD and report stage

3. Own Family : Menunggu kelahiran permata hidup yang kedua bakal dilahirkan Mei 2012

4. SME Company : Re-setup and need more knowledge in business


Jangka Panjang :
(Sebelum umur mencapai 50 tahun)

1. Education and Welfare Foundation : Sedang menimba ilmu dan pengalaman dari SALAM

2. PhD in Engineering : Selepas Master done

3. Healthy Life : Aktiviti yang tidak konsisten dan belum ada "diet planning"

4. Consultancy Firm : "Engineering Firm @ Training & Counseling Firm"

5. Great Family : sedang menimba ilmu "parenting"

Inilah perancangan aku dan aku ingin korang tahu tentang apa yang aku ingin capai dalam hidup ini. BANTULAH AKU, NASIHATLAH AKU, BIMBINGLAH AKU, TEGURLAH AKU supaya aku sentiasa INGAT apa yang ingin aku capai...

Wednesday, December 14, 2011

Cerita Komuter 8


Insan = pelupa, lemah etc...kita tak pernah pk yang kita begitu naif sekali dalam banyak hal. Tapi kenapa ramai manusia yang berlagak sombong, bongkak dengan pangkat harta yang mereka ada. Mereka lupa apa SIAPA yang memberikan rezeki pada diri mereka. Aku berdoa agar aku sentiasa menginsafi diri aku supaya tidak tersasar kepada perkara yang boleh merugikan diriku, keluargaku dan paling penting ialah AGAMAku....Aku syukur atas nikmat yang diberikan dan aku juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa sahaja kelemahan diriku ini agar diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aku juga tidak terlepas dengan pelbagai masalh dan musibah yang melanda, aku berdoa agar dapat aku lalui dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. TEGURLAH AKU, NASIHATLAH AKU, MARAHLAH AKU, CUBITLA AKU, PUKULLAH AKU sekiranya aku menyakitnya insan-insan disekeliling aku. Aku mohon keampunan dan kemaafan daripada insan-insan disekilingi aku sekiranya aku bersalah pada kalian. Aku ingin jadi insan yang tenang dengan sentiasa meminta maaf dan memaafkan apa jua kesalahan sekalipun. Aku cuba yang terbaik untuk jadi yang terbaik. Kalian semua adalah aset diri aku, tidak kira kalian BAIK ke, JAHAT ke, CANTIK ke, BURUK ke...kalian adalah pembentuk diriku yang ada pada hari ini. Terima kasih atas jasa-jasa kalian dan aku amat bangga sebab kalian berada disekeliling diri ku ini.....

Sunday, December 11, 2011

Again....blog tergantung

Banyak perkara yang perlu aku laku kan 2 3 menjak ni..tu sebab post ni kuar setelah sekian lama tak update status blog dan juga online biz...lost jap dgn urusan kerja yang menyebabkan tak menang otak dipikirkan. Aku cuma 41 yang melakukan kerja-kerja 44, 48, 52 dan 54....dan belum sampai masa lagi utk memangku tugas JUSA...(pas belajau golf mungkin boleh kot...hihi). Apa pun dah tugas aku dan aku enjoy dengan perkara yang aku lakukan dan sedikit unmanageable time yang sedikit tersasar. So this week aku try untuk kembali ke landasan yang betul agar aku dapat masuk semula 2nd workstation aku untuk generate side income aku. Insya Allah....i'm try the best to manage back my time. schedule....

Cume aku perlu research ttg skim yang gomen bagi baru2 ni ttg SBPA....aku tak menolak jika ada baik dan aku tak merimanya bulat2 sekiranya aku tak memahami apa yang dimaksudkan dgn SBPA...cuma apa yang aku pasti aku akan tetap dengan gomen, cuma bapa lama dan bile?aku pun tak pasti...kehidupan aku panjang dan masih jauh lagi untuk mencapai cita2 aku yang tinggi melangit tu...macam2 yang dirancangnya dan masih belum menampakkan hasilnya yg sempurna.Takpe janji aku teruskan berusaha dan berusaha, insya Allah akan tiba masanya nanti...okla..just amik mood jek ni...mugkin ketemu lagi dalam post yang akan datang....calooooooo