Wednesday, October 6, 2010

Saat yang ku nantikan

Anak Kepada Shamsiah

iman yang comel

Sebaik sahaja di azankan dan di iqamatkan
aku macam papa yang lain, gembira menantikan saat kelahiran anak yang pertama, 30 September dan 1 Oktober 2010 adalah hari yang terlalu amat panjang untuk aku lalui. Aku memandang pintu wad bersalin umpana aku menonton satu filem yang amat mendebarkan dan suspen, setiap kali ointu ditolak, aku pasti menolehnya...kot2 nama Shamsiah terpacul dari jururawat2 yang bertugas. Pengalaman yang baru pada diri aku, aku berdiri, duduk, bersandar kat dinding dan tidak kurang aku dok terselit antara dua public phone cuma untuk menenangkan diri aku ini, makan dan minum aku tidak kisah, apa yg aku perlu tahu ialah keselamatan isteri dan anak aku dalam kandungan. Famili aku dan juga mentua sama2 memberi sokongan pada aku untuk menunggu bakal ape yang terjadi. Kawan2 ku tidak putus2 mendoakan agar kedua-duanya selamat. Kepada Fakhri dan Diana terima kasih datang walau dah tgh pagi buta utk bagi sokongan kat aku, tima kasih gak bwk makan dan minuman yang aku makan selepas dengar keputusan yang Sham selamt bersalin..baru aku rasakan kepenatan, kelaparan dan juga dahaga yang amat sangat. Aku tunggu saat utk mengazakan anak aku..itulah saat yang paling indah yang aku rasa bila dapat menatap wajah anak aku sendiri dan juga mengazankan. Memang tidak terkata dan terluah rasanya. Itulah anugerah dan rezeki yang Allah SWT berikan pada keluarga kami...AMINNNN