Tinggal 351 hari lagi MISI5000 aku akan tamat, kemajuan
pencapaian misi sehingga saat dan ketika ini telah mencecah peratusan 24.6%
atau dalam figure matematiknya sebanyak RM1230 sebulan. Perjalanan peratusan
masih jauh lagi, masa untuk mencapainya telah hampir tiba ke penghujungnya.
Kadang-kadang terleka dan alpa dengan tugas harian dan aktiviti mingguan yang
memanjang sibuk dan menyibukkan diri. Aktiviti harian untuk mendapat gaji dan
memantapkan bidang kerjaya, aktivti mingguan ialah untuk melepaskan tekanan
kerja dan membina networking dengan dunia luar dan menambah nilai dalam diri
dengan kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan. Pagi tadi dalam komuter aku
refresh tujuan utama MISI5000 dan memahami serta menjiwai 7 prinsip yang aku
gariskan sendiri untuk aku mencapai matlamat yang telah aku setkan.
Apa 7 Prinsip MISI5000 :
- Taqwa
- Learn
- Practise
- Improve
- Assessment
- Istiqamah
- Syukur
InsyaAllah lepas raya ada perancang projek pembangunan
latihan untuk dibuat secara kerjasama dengan sahabat sperjuangan di pejabat.
Aku harap projek pembangunan latihan ini akan menjadi salah satu sumber
pendapatan yang tetap untuk aku. Aku ingin pelbagai produk yang aku ada untuk
aku terus bersaingan dalam bidang perniagaan. InsyaAllah ada ruang dan peluang
untuk aku terus perbaiki pengurusan hidup aku agar aku dapa memberi manfaat
pada diri aku, keluarga aku dan juga orang-orang disekiling aku.