Hidup kita kadang-kadang ada naik dan ada juga turun, macam
blog aku ini juga, suka-suka jek nk post suka-suki jek biar
berlapok...hehehe..kunun2 busy la, tp byk masa yang aku melahu dan aku tak
penuhi dengan sebaik-baiknya. Yelahkan, dah nama manusia yang motivasi kejap
naik kejap tenggelam dengan masa. Bila tgk kejayaan orang lain mulalah semangat
motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu...itulah Fait Bin Hanapi, sentiasa
perlu disuntik dengan semangat motivasi yang tinggi. Banyak masa aku boleh
digunakan sepanjang perjalana pergi dan balik dari kerja. So, aku boleh gunakan
masa dalam perjalanan dengan sebaik mungkin.
Usia aku makin meningkat, semasa post ini ditaip usia aku
menuju ke 32 tahun dan aku sedar rambutku mula beruban yang ketara. Mungkin
banyak berfikir atau memang kulit kepala aku bermasalah..hihi tu jek
kemungkinan yang ada. Sejak aku melancarkan MISI2 aku, banyak perkara yang
terlintas dalam kepala aku untuk aku lakukan untuk mencapai MISI2 aku tersebut.
Misi pertama aku ialah MISI5000 yang mana aku perlu janakan pendapatan tambahan
sebanyak RM5000 sebulan. Macamne pendapatan tambahan lagi banyak dari
pendapatan tetap aku ni. Tapi aku percaya dengan kuasa minda untuk mencapai
misi tersebut. Dan aku yakin dengan rezeki Allah yang Maha Luas ini, cuma kita
ini rajin dengan tak rajin untuk usahakan.
Misi kedua aku ialah MISI LAMBAH (Lambaian Kaabah), misi ini
tercetus bila mana aku bermimpi aku telah menjejakkan kaki ke sana. Masa mimpi
tu aku rasa sangatlah tenang sesangat, kenapa nak pergi Mekah kena ada
misi?Mungkin menjadi persoalan pada sesiapa sahaja, setakat pakej RM5000
seorang tu pun nak kene misi. Misi LAMBAH aku ini aku melibatkan keluarga aku
dan juga keluarga mentua aku. Aku berniat untuk membawa anak-anak dan isteri,
abah dan emak kedua belah pihak. Kemungkinan kos pakej pada ketika itu satu kos
yang agak besar dan aku menjangkakan mencecah RM40k. Tu sebab keluarlah MISI
LAMBAH ini. Dan aku juga memberi peluang kepada adik beradik untuk bersama
berkongsi berkat untuk menyumbangkan sebahagian peruntukan untuk misi ini.
Sekiranya mereka tak mampu, aku tak kisah dan aku boleh usahakan dengan tenaga
dan fikiran aku.
Itulah misi-misi aku untuk tahun 2013 dan tahun 2014, aku
baru sahaja sms pada Emak Shah Alam untuk mohon doa agar misi aku berjaya. Doa
restu seorang ibu amat aku perlukan untuk aku laksanakan misi aku ini. Tiada
apa yang lebih berkat selain doa ibu dan bapa kita dalam kehidupan kita ini.
Aku bukannya lahir terus mempunyai harta yang banyak, tetapi abah dan emak
telah memberi harta yang tak ternilai dalam hidupku yang tak akan abis
digunakan, iaitu pendidikan. Mereka sanggup menyediakan pendidikan yang cukup
untuk aku dan adik2 untuk teruskan hidup dan membina kerjaya masing-masing.
Sekarang aku mempunyai dua orang puteri
yang comel dan akan ku pastikan mereka juga mendapat pendidikan yang
sempurna dan akan ku pastikan mereka mempunyai kemudahan yang selesa untuk
belajar dan terus belajar.
Itula MISI5000 dan MISI LAMBAH aku.....