Sunday, May 25, 2014

Aku Bergelumangan Dalam Dunia Latihan


Mengendalikan kursus @ UMT @ 25 Mei 2014



Peserta yang menghadiri di Rumah Universiti, Universiti Malaysia Terengganu

Dunia aku bukan sahaja bekerja sebagai professional bahkan aku "explore" dalam bidang latihan dalam bidang industri pembinaan dan perkhidmatan. Ianya merupakan satu perkara baru untuk diri aku, nampak macam senangkan? Cakap, kuarkan air liur pastu dapat payment...(secara dasar nampak mudah) tetapi hakikatnya bukanlah semudah yang dilihat. Travel dengan kadar minima, masa yang terikat dan pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi. Penat, tapi ianya memberikan kepuasan pada diri aku untuk meningkatkan nilai tambah dalam diri aku. ...chaiyokkkkkk!!!!

Tuesday, May 20, 2014

Kisah Uban

Dah lama rasanya aku tidak menulis dalam blog ini, banyak kekangan untuk menulis...masa memang ada tapi malas jek yang membuatkan aku tidak konsisten dalam menulis. Kerja banyak, memang banyak pun tapi masih boleh diuruskan dengan baik...tidur pun cukup dan boleh cover lagi yang lepas2. So, aku taklah busy sangat. Tapi mungkin lately ni banyak sangat perkara yang aku fikirkan dan kena tanggung dalam kepala otak aku ini. Sebagai anak sulung dalam keluarga, suami kepada isteriku, papa kepada kedua puteriku, tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar tua di Universiti Malaya, dan juga tanggungjawab pada diri aku sendiri. Tu yang aku rasakan uban kat kepala aku dah makin banyak, dulu aku suka cabutnya tapi bila mana aku mengetahui hukumnya, so aku biarkan. Nampak mcm menarik plak bila aku dah beruban ini, makin matang plak rasanya.
Kisah Pertama :
Bila mana aku dapat tahu, ibu aku menghadapi kanser stage 4, dan doktor bagitau yang tidak boleh sembuh dan masa hanya ada beberapa tahun lagi utk survive. Aku rasa macam tak percaya jek, pada mulanya aku tak boleh terima. tapi bila aku fikirkan balik dan ada hikmah disebaliknya, aku redha dengan ketentuanNYA. Inilah masa untuk aku berbakti pada ibuku selagi mana hayat dikandung badan. Inilah masa untuk mengembirakanya, memberi apa sahaja yang diperlukannya. Ibuku merupakan keutamaan pada aku kali ini, apa sahaja berkaitan dengannya aku akan dahulukan. Abah pun dah berhenti sepenuhnya untuk jaga dan bersama mak. 

Kisah Kedua :
Masih belajar untuk menjadi suami yang terbaik untuk isteriku, aku masih belum dapat memberikan yang terbaik untuk dirinya lagi. Kekangan masa dan pembahagian tanggungjawab yang banyak menyebabkan aku tidak fokus pada dirinya. Aku harap dirinya memahami keadaan yang aku hadapi sekarang ini, aku ingin membawa dia bersama pergi demgar kuliah agama bersama kat masjid, bersenam bersama di taman, dan paling mudah untuk aku lakukan dan aku tidak lakukan ialah solat berjemaah bersama kat rumah...(betapa lemahnya aku sekarang ini, betapa rapuhnya iman aku). Ya Allah, permudahkanlah aku untuk mendidik diri aku dan juga keluarga aku ke jalan yang diredhai oleh-MU. Jangan biarkan aku leka dan alpa dengan urusan dunia yang tidak menjanjikan kebahagian aku diakhirat nanti. Ya Allah, dorongkanlah hati aku ini untuk sentiasa ingat dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah ENGKAU berikan padaku...Aminnnn

Kisah Ketiga :
Menjadi papa kepada kedua puteriku yang cantik dan comel adalah perkara yang terindah dalam hidup aku. Merekalah penawar hati bila hati dalam resah gelisah, merekalah juga menyebabkan hati aku jadi tidak tentu arah bila memikirkan masa depan mereka bila aku tiada bersama dengan mereka. Segalanya yang ada adalah untuk kedua puteriku, aku menyediakan kemudahan yang terbaik untuk mereka. Aku berikan pendidikan awal kepada mereka agar mereka menjadi insan yang lebih berjaya dan dapat berhadapan dengan cabaran masa akan datang yang makin mencabar. Pendidikan merupakan agenda yang amat penting dalam aku membesarkan mereka, aku sediakan segala ruang dan peluang untuk mereka belajar erti kehidupan dan juga belajar memberi kehidupan pada insan lain. Aku perlu pastikan ianya belajar untuk memberi daripada menerima. Itulah prinsip yang perlu aku tanamkan dalam diri mereka. Iman Farisyah dan Iman Suraiya, jadilah anak yang soleha yang sentiasa taat pada perintah-NYA dan berbaktilah pada insan yang memerlukan khidmat kamu nanti...Jadilah insan yang memberi manfaat pada orang lain, Insha Allah semoga dipermudahkan urusan kamu di dunia ini.

Kisah Keempat :
Aku dari dulu tidak meletakkan diri aku dalam keadaan zon yang selesa, aku sentiasa mencabar diri aku dengan perkara yang sukar untuk aku lakukan. Kalau hendak diikutkan keselesaaan aku, tidak perlu aku perah kepala otak aku yang dah tepu ini untuk belajar lagi, tapi aku rasakan aku perlu keluar dari kebiasaan hidup aku, aku perlu udara baru, aku perlu nafas baru, aku perlukan suasana baru. Memang lelah untuk aku lalui zaman belajar semula ini, banyak buku nak baca, banyak assignment perlu pecah kepala untuk aku fikirkan, dengan final exam yang menghantui diri bilamana tarikhnya makin tiba. "Memang lelah untuk menuntut ilmu, tapi aku tidak sanggup menanggung kebodohan seumur hidup aku". Itulah prinsip yang aku perlu pegang untuk aku terus belajar hingga nafasku berhenti.

Sekian, untuk kali ini.