Tuesday, July 5, 2011

Kambing Oh Kambing Series 1

Hari kedua di tempat terpencil. Aku teruja sebab pagi tadi ada amali di kandang kambing, so boleh aku belajar banyak dan secara pratikal boleh melihat suasana bagaimana kehidupan kambing yang diternak secara komersial. Hari kedua memberi banyak knowledge tentang kambing dan juga membuatkan aku semakin ingin mengetahui tentang kambing dengan lebih mendalam lagi. Ramai yang mengatakan kambing ini leceh nak kendalikan tapi sejauh mana kebenarannya aku tak pasti sebab aku belum terjun lagi dalam bidang penternakan, buat masa terdekat ini aku nk belajar dan explore dunia kambing ini. Paling penting ialah untuk membuat hubungan dan jaringan dengan penternak-penternak kambing satu Perak ini. Kalau mereka boleh buat projek kambing ini, kenapa aku tak boleh mulakannya satu hari nanti. Pada aku, selagi otak aku ligat berpusing selagi itu aku akan cari jalan untuk aku memiliki kandang kambing sendiri. Mula2 nak pegang kambing rasa mcm janggal, mana taknya tak biasa pun dengan kambing-kambing ini, tapi bila mana dah lama sikit dalam kandang kambing, aku dah boleh mengodek2 kambing tersebut. Mesti menyumpah kambing tu dengan aku sebab asyik membelek atas bawah depan belakang, macamlah tak pernah jumpa kambing. So, pasni aku nak bertandang kat kandang kambing pak sedara aku kat Melaka, pastu melawat kandang-kandang kambing kenalan baru di sekitar negeri Perak ini. Mungkin dari situ aku boleh mendapat idea untuk aku mulakan perniagaan agroternak.

Monday, July 4, 2011

Cerita Komuter 6


KAMBING OH KAMBING


Perjalanan aku kali ni menuju satu tempat yang aku belum pernah pergi lagi. Tujuannya adalah untuk aku menuntut ilmu yang jauh lari daripada bidang aku. Tapi aku percaya dan aku yakin, selagi mana aku usaha untuk majukan diri aku Allah swt akan membantu hambaNYA. Kenapa kambing? Aku pun tak tahu jawapannya, mungkin aku ini suka makan kambing kot? So, aku akan belajar tentang haiwan yang cukup menarik perhatian aku ini. Pada hari pertama tak banyak yang dipelajari, cuma kenalan yang datang dari pelbagai pelusuk Perak ini. Ada yang dah ada kambing dan ada yang takde macam aku ini. Kami berkumpul adalah untuk mempelajari bagaimana menguruskan kambing dengan lebih baik lagi. Ramai yang duduk tanya, Hang dah ada kambing ke?Aku dengan selamba cakap takde. Kena ada kambing ke kalau nak datang kursus ini? Tapi aku percaya yang aku akan memiliki haiwan istimewa ini pada satu hari nanti. Mungkin sebagai salah satu punca pendapatan aku atau mungkin hobi dan suka-suka. Aku sedang berusaha dan aku nak bagitau pada pembaca blog ini yang aku sedang berusaha untuk memperbaiki taraf hidup aku sendiri dan juga aku hendak menyampaikan ilmu-ilmu Allah swt ini pada insan-insan yang memerlukannya, kalau aku tidak jadi penternak kambing mungkin aku boleh jadi konsultan pada bakal-bakal penternak kambing nanti. Tak semestinya terjun dalam bidang penternakan kambing ini kita perlu mempunyai kambing-kambing disekeliling kita. Dengan ilmu yang aku ada in akan aku kembangkan pengetahuannya dan hubungannya untuk aku gunakan pada satu hari nanti sekiranya aku dan orang lain memerlukannya. Nabi junjungan kita juga pernah bersabda yang mana maksudnya lebih kurang "9/10 punca daripada rezeki datangnya daripada perniagaan". Tapi lani kita asyik dok bangga dengan 1/10 punca rezeki kita nun, kadang berlagak lebih daripada orang yang banyak punca rezeki. Post yang akan datang aku akan kongsikan serba sedikit ilmu yang aku dapat ini untuk tatapan dan juga perkongsian ilmu kita bersama. Tunggulah post akan datang bertajuk Kambing Oh Kambing The Series.......