KAMBING OH KAMBING
Perjalanan aku kali ni menuju satu tempat yang aku belum pernah pergi lagi. Tujuannya adalah untuk aku menuntut ilmu yang jauh lari daripada bidang aku. Tapi aku percaya dan aku yakin, selagi mana aku usaha untuk majukan diri aku Allah swt akan membantu hambaNYA. Kenapa kambing? Aku pun tak tahu jawapannya, mungkin aku ini suka makan kambing kot? So, aku akan belajar tentang haiwan yang cukup menarik perhatian aku ini. Pada hari pertama tak banyak yang dipelajari, cuma kenalan yang datang dari pelbagai pelusuk Perak ini. Ada yang dah ada kambing dan ada yang takde macam aku ini. Kami berkumpul adalah untuk mempelajari bagaimana menguruskan kambing dengan lebih baik lagi. Ramai yang duduk tanya, Hang dah ada kambing ke?Aku dengan selamba cakap takde. Kena ada kambing ke kalau nak datang kursus ini? Tapi aku percaya yang aku akan memiliki haiwan istimewa ini pada satu hari nanti. Mungkin sebagai salah satu punca pendapatan aku atau mungkin hobi dan suka-suka. Aku sedang berusaha dan aku nak bagitau pada pembaca blog ini yang aku sedang berusaha untuk memperbaiki taraf hidup aku sendiri dan juga aku hendak menyampaikan ilmu-ilmu Allah swt ini pada insan-insan yang memerlukannya, kalau aku tidak jadi penternak kambing mungkin aku boleh jadi konsultan pada bakal-bakal penternak kambing nanti. Tak semestinya terjun dalam bidang penternakan kambing ini kita perlu mempunyai kambing-kambing disekeliling kita. Dengan ilmu yang aku ada in akan aku kembangkan pengetahuannya dan hubungannya untuk aku gunakan pada satu hari nanti sekiranya aku dan orang lain memerlukannya. Nabi junjungan kita juga pernah bersabda yang mana maksudnya lebih kurang "9/10 punca daripada rezeki datangnya daripada perniagaan". Tapi lani kita asyik dok bangga dengan 1/10 punca rezeki kita nun, kadang berlagak lebih daripada orang yang banyak punca rezeki. Post yang akan datang aku akan kongsikan serba sedikit ilmu yang aku dapat ini untuk tatapan dan juga perkongsian ilmu kita bersama. Tunggulah post akan datang bertajuk Kambing Oh Kambing The Series.......
No comments:
Post a Comment