Insan = pelupa, lemah etc...kita tak pernah pk yang kita begitu naif sekali dalam banyak hal. Tapi kenapa ramai manusia yang berlagak sombong, bongkak dengan pangkat harta yang mereka ada. Mereka lupa apa SIAPA yang memberikan rezeki pada diri mereka. Aku berdoa agar aku sentiasa menginsafi diri aku supaya tidak tersasar kepada perkara yang boleh merugikan diriku, keluargaku dan paling penting ialah AGAMAku....Aku syukur atas nikmat yang diberikan dan aku juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki apa sahaja kelemahan diriku ini agar diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aku juga tidak terlepas dengan pelbagai masalh dan musibah yang melanda, aku berdoa agar dapat aku lalui dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. TEGURLAH AKU, NASIHATLAH AKU, MARAHLAH AKU, CUBITLA AKU, PUKULLAH AKU sekiranya aku menyakitnya insan-insan disekeliling aku. Aku mohon keampunan dan kemaafan daripada insan-insan disekilingi aku sekiranya aku bersalah pada kalian. Aku ingin jadi insan yang tenang dengan sentiasa meminta maaf dan memaafkan apa jua kesalahan sekalipun. Aku cuba yang terbaik untuk jadi yang terbaik. Kalian semua adalah aset diri aku, tidak kira kalian BAIK ke, JAHAT ke, CANTIK ke, BURUK ke...kalian adalah pembentuk diriku yang ada pada hari ini. Terima kasih atas jasa-jasa kalian dan aku amat bangga sebab kalian berada disekeliling diri ku ini.....
2 comments:
ok, nanti saya PUKUL kamu klau kamu menyakiti hati ini
;)
baik la ibu shamie...saya merelakan apa jua kamu lakukan...sebab kamulah isteriku yang dicintai dan sayangi
Post a Comment