Terasa lama tidak blogging, ikut mood dan masa aku jek kan.
Sebab aku bukanlah seorang penulis yang baik atau novelis yang cemerlang dalam
penulisan. Tapi aku percaya dan yakin dengan apa yang aku lakukan. Semua orang
mempunyai cita-cita, sama ada tinggi atau tak dan semua itu ikut kemampuan dan
kesungguhan seseorang untuk mencapainya. Tahun 2013 adalah tahun yang aku boleh
katakan agak mencabar bagi aku untuk menghadapinya. Beban tugas sebagai
jurutera makin bertambah dan ada juga misi utama yang aku perlu capai dalam
tahun ini iaitu MISI5000, yang mama misi ini adalah sebagai matlamat sasaran
untuk aku capai pendapatan sampingan sebanyak RM5000 sebulan. Nah ! Pada
mulanya macam mustahil untuk aku capainya melainkan aku berhenti kerja dan cari
kerja di swasta, sudah pasti gaji bulanan aku lebih dari itu. Tiada apa yang
mustahil untuk dilakukan jika kita dapatkan setkan minda dan usaha ke arah
matlamat itu. Sekarang kemajuan pencapaian usaha aku telah capai 72% yang mana
untuk aku memastikan ianya kekal aku perlu melipat gandakan usaha aku dalam
meyimpan dan juga menjalankan perniagaan latihan aku, dan aku sentiasa berharap
dan berdoa agar sentiasa dapat melaksanakan yang terbaik untuk diri aku dan
juga keluarga aku. Penubuhan DEC (Dynamic Excellent Consultancy) secara
kebetulan yang mana ianya idea bersama rakan sepejabat, mana taknya kalau
fikiran kita asyik berfikir dan berfikir bagaimana untuk mencari pendapatan
sampingan, timbullah macam-macam idea untuk melaksanakannya, sama ada ianya
berhasil atau tidak bergantung kepada usaha kita untuk merealisasikannya. Apa
yang penting ialah kita kena rajin berusaha tanpa putus asa. Aku harap dan
sentiasa berdoa dengan kewujudan DEC ini dapat membantu aku dalam mencapai
misi-misi aku.
Hujung tahun 2012, aku telah bermimpi yang mana diri aku
telah menjejakkan kaki di Mekah, aku dapatkan rasa ketenangan bila dalam mimpi
aku itu telah menjejakkan kaki ke sana. Dan macam biasalah aku meletakkan ianya
sebagai satu misi untuk aku pergi ke sana dan aku namakan misi tersebut dengan
MISI LAMBAH (Misi Lambaian Kaabah). Semoga dengan misi ini dapatlah aku membawa
isteriku tercinta dan anak-anak serta mak abah kedua-duanya. Itulah niat aku
sebagai seorang suami, papa dan juga anak. Untuk mencapai segala misi-misi aku,
strategi dan perancangan perlu digariskan agar tidak tersasar. Jadual Asas
Hidupku telah aku keluarkan untuk diri aku agar dapat menyusun waktu aku
bekerja.
No comments:
Post a Comment