Tuesday, September 17, 2013

Menjadi Student Sepenuh Masa





Macam tak percaya, aku menjadi student semula setelah hampir lapan tahun tinggalkan zaman belajar ni. Tapi itulah hakikatnya yang aku perlu lalui sekarang ini, mungkin untuk jadi student part time tidak terasa sangat tapi menjadi student full time memang agak terasa kerana banyak perkara yang perlu disesuaikan semula dengan status aku sekarang ini. Disiplin masa dan pengurusan masa yang betul dan tepat perlu ditekankan. Walaupun kelas aku hanya berlangsung pada hujung minggu tapi hari-hari biasa aku perlu kekalkan momemtum pengurusan masa sedia ada agar tidak menyebabkan aku terus dan terus membuang masa. Sehingga saat ini aku masih belum dapat momentum untuk fokus pada buku-buku yang aku telah kumpulkan. Aku masih mencari dan mencari momentum tersebut. Memang masa aku terisi dengan pelbagai aktiviti ke sana sini tapi sama ada ianya berkualiti atau tidak masih belum pasti. Jadual harian aku masih kosong belum diisi dengan disiplin masa. Senarai kerja-kerja tertangguh dan masih belum dilaksanakan pun masih belum disempurnakan. Tapi dalam tempoh 18 bulan telah aku letakkan beberapa perkara yang perlu aku capai. So aku perlu bangun dan bangkit dari terleka dan terus terleka dari arus masa yang terus menerus meninggalkan aku di belakang.

Untuk aku terus sedar dari terleka ini, aku perlukan kawasan aku, tempat aku bekerja dengan tekun. Lokasi telah dicari dan telah dimanfaatkan beberapa ketika. Cuma aku perlu konsisten untuk kesana, dan letakkan diri aku sebahagian daripadanya. Penat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat perlu aku hadapi untuk aku sesuaikan dengan kadar seberapa segera. Semoga apa yang dicitakan dan diimpikan oleh aku selama ini akan tercapai dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNYA. Untuk isteri yang tercinta (matahariku) dan puteri-puteri tersayang (kekuatanku), doakan kesihatan dan ketetapan iman dalam diri ku ini. Papa akan buat yang terbaik untuk kita semua.