Macam tak percaya, aku menjadi student semula setelah hampir
lapan tahun tinggalkan zaman belajar ni. Tapi itulah hakikatnya yang aku perlu
lalui sekarang ini, mungkin untuk jadi student part time tidak terasa sangat
tapi menjadi student full time memang agak terasa kerana banyak perkara yang
perlu disesuaikan semula dengan status aku sekarang ini. Disiplin masa dan
pengurusan masa yang betul dan tepat perlu ditekankan. Walaupun kelas aku hanya
berlangsung pada hujung minggu tapi hari-hari biasa aku perlu kekalkan momemtum
pengurusan masa sedia ada agar tidak menyebabkan aku terus dan terus membuang
masa. Sehingga saat ini aku masih belum dapat momentum untuk fokus pada
buku-buku yang aku telah kumpulkan. Aku masih mencari dan mencari momentum
tersebut. Memang masa aku terisi dengan pelbagai aktiviti ke sana sini tapi
sama ada ianya berkualiti atau tidak masih belum pasti. Jadual harian aku masih
kosong belum diisi dengan disiplin masa. Senarai kerja-kerja tertangguh dan masih
belum dilaksanakan pun masih belum disempurnakan. Tapi dalam tempoh 18 bulan
telah aku letakkan beberapa perkara yang perlu aku capai. So aku perlu bangun
dan bangkit dari terleka dan terus terleka dari arus masa yang terus menerus
meninggalkan aku di belakang.
Untuk aku terus sedar dari terleka ini, aku perlukan kawasan
aku, tempat aku bekerja dengan tekun. Lokasi telah dicari dan telah
dimanfaatkan beberapa ketika. Cuma aku perlu konsisten untuk kesana, dan
letakkan diri aku sebahagian daripadanya. Penat untuk bergerak dari satu tempat
ke tempat perlu aku hadapi untuk aku sesuaikan dengan kadar seberapa segera. Semoga
apa yang dicitakan dan diimpikan oleh aku selama ini akan tercapai dan mendapat
keberkatan dan keredhaan daripadaNYA. Untuk isteri yang tercinta (matahariku)
dan puteri-puteri tersayang (kekuatanku), doakan kesihatan dan ketetapan iman
dalam diri ku ini. Papa akan buat yang terbaik untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment