Tuesday, June 28, 2011

Cerita Komuter 5



Arghh!! Penat betul, dok dalam ketapi yang bercantum ni. Kalau korang nak tau inilah Hybrid Train Shuttle Rawang ke Tg Malim. Ingat Honda jek mampu keluarkan "hybrid car" jek. Komuter pun ada hybrid tau. Tapi kelajuannya cukup-cukup mencabar. Mana taknya kalau korang dok dalam ketapi tu, korang sempat kira pokok-pokok yang ada diluar tu, betapa slownya hybrid shuttle ni. Inilah rutin harianku, stesen Tg Malim adalah tempat aku turun dan naik selepas balik dari kerja.

Kalau korang perasankan papan tanda ni di stesen mana? Behrang? Kuala Kubu Baharu? Tg Malim. Ini yang menyebabkan orang konpius bile terjaga dari tido semasa dalam komuter. Aku nak satu papan tanda yang betul2 oldskool yang diperbuat daripada batu, tu kalau diambil tu dan aku letak kat PasarKarat ONLINE konfirm rating orang click per entry akan naik melambung. Hehehe, nanti blog ini akan manjadi sumber rujukan.

No comments: