Thursday, October 27, 2011

Percutian Iman Di SABAH

Kami baru sahaja balik dari bercuti bersama, kami hanya bertiga sahaja iaitu AKU, SHAM dan IMAN.Aku beli tiket dari awal tahun dan pergi bulan Oktober, sempatlah kami dok kumpul duit utk dihabiskan sepanjang percutian kami. Aku nak jadikan ia sebagai acara tahunan bagi famili aku dan aku perlu merancangnya. Cerita banyak tak guna, meh sini aku hidangkan dengan gambar2 keleteh anak kami sepanjang percutian kami di Sabah. Percutian yang amat menyeronokkan dan mengembirakan......let's scroll down.....


Gaya Iman di LCCT sebelum berlepas.....

Tengok tu dua batang giginya dan matanye...tomei kan

Sapa kata Iman tak pandai shopping......


Siap pilih lagi mana yang elok...hihi

Ni salah satu cara untuk pujuk dia....mana tidaknya dari kecik lagi dah pandai makan eskrem..isy2

Tenngok gaya Ibu dan Iman


Monday, October 17, 2011

Buku Untuk Bulan Ini


Bulan ni aku ada beli buku di MPH Midvalley...ada lagi satu set utk Iman tapi tak capture pulak gambar dia. Bukan aku nk tunjukkan aku ni rajin baca buku tapi aku just nk share dengan korang bila dah jadi parent ni, pemikiran, life style dan paling penting life target telah banyak berubah dan telah revise ikut keadaan semasa. Tapi 5years planning dan long term planning still on track..seperti post aku yang lepas2 berkisarkan ttg diri aku dan apa yang telah lalui, tapi post kali ni aku nk cerita ttg dua jenis buku yang aku beli dan kenapa aku beli. Kedua-dua buku ini sejenis buku handbooks utk aku capai apa yang ingin aku capaikan. Aku ni kalo membaca, aku tak gemar ttg novel atau cite2 yg takde fact dan logik. Maaf la pada peminat2 novel, setiap org ada selera masing2 kan. hehehe. Buku yang pertama aku baca dan masih lagi belum khatam lagi ialah " Ibu Bapa Bijak Anak Hebat", buku ni aku kategorikan sebagai salah satu kitab parenting untuk aku praktik pada anak2 aku. Sebab buku ini menceritakan hal sebenar dan pengalaman ibu dan bapa dalam mendidik anak2 untuk menjadi lebih hebat. Buku ini menceritakan bagaimana untuk melakukan yang terbaik untuk mendidik anak2, dan aku percaya buku ini memberi sedikit sebanyak ilmu yang belum pernah aku pelajari secara formal, just melalui ceramah, cerita2 pengalaman orang lain dan juga thru pengalaman sendiri melihat Iman Farisyah membesar di hadapan mata. Buku ini juga menyelitkan jadual perbezaan yang positif dan negatif dan juga petua2 untuk melakukan yang terbaik untuk membesarkan, mengasuh dan mendidik anak2 kita. Pada aku ilmu yang ada di dalam buku ini tidak setanding dengan harga buku yang tidak seberapa ini. Pada ibu bapa muda yang pada hari ini....ini adalah buku yang mudah di fahami dan bertindak sebagai tools untuk kita mendidik anak2.

Buku aku kedua plak berkaitan dengan pelaburan hartanah, aku pun tak sangka yang aku ada minat yang menjurus ke arah ini. satu bidang yang tak pernah aku terlintas untuk aku ceburi dan apa ntah lagi untuk meminatinya. Memang benarlah apabila kita mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, rezeki kita akan dimurahkan dan urusan kita dipermudahkan. Aku bersyukur dengan nikat dan kurniaan yang Allah SWT berikan pada kami pada hari ini. Untuk rekod, kami telah mempunyai pelaburan dalam hartanah ini, yang mana aku baru sahaja menandatangani surat perjanjian jual beli rumah ketiga kami di Melaka. Macam mak bagitahu dengan aku sebelum ini, sementara sihat dan berpeluang utk mengumpul harta, gunakan peluang dengan sebaik-baiknya. Aku bersyukur yg aku memiliki isteri yang benar2 memahami aku dalam membuat apa jua keputusan dalam melayari bahtera kami ini. Adakala keputusan tersebut tidak disenangi oleh dia...tapi isteri aku meletakkan kepercayaan penuh pada aku untuk melaksanakan dengan bijaksana. Semasa hari jadinya aku tak tahu nak beli apa utk berikan pada dirinya dan aku telah buat keputusan dan aku mintak dia pilih apa sahaja yang berada di SOGO untuk hadiah hari jadi..APA SAHAJA??? tak kira la dia nk borong kedai emas ke, baju ke, apa ke, aku sanggup berhutang...(tu dalam hati la) sbb pengorbanan dia melahirkan zuriat aku adalah idak ternilai harganya. So aku biarkan dia tgk apa yg dia nk...bab soping moping ni mmg bab kelemahan aku la...10 minit pertama boleh aku ikut jek apa yg dia nk tgk, masuk minit ke 15 aku dah mula ilang fokus, mulala aku merapu meraban supaya dia cepat pilih...tp itulah aku pun pelik nape dia x p kat kawasan make up yg byk2 kat bawah nun, kedai emas ke? aku tak pun letak apa limit hadiah dia...tapi itulah isteri aku. Mulut dan hati mcm2 nak tp dia sentiasa berfikir ttg keutamaan keluarganya...dan aku harap percutian pertama keluarga kami pada minggu ini adalah percutian yang terbaik aku cuba buat untuk famili aku......so ke Sabah kita yokkkk...post yang tak ikut tajuk post hehe...kita hentam saje lah hehehe

Thursday, October 13, 2011

Cerita Komuter 7


Yeah...i'm back utk tulis ape2 yg terlintas dalam kepala aku nie.....lama gak ditinggal blog sendiri ni, yelah asyik manage blog bisnes jek so tak sempat nk tulis2 cari pasal. Aku dah mencecah 3 series...kalo BMW ni mahal tau herege nya. Tapi aku still maintain jiwa muda dan bertenaga, maklumlah jiwa kental dan kering. So byk yg aku nk tulis...tp tgk la mcmne idea aku mencurah tak time2 macam ni. Aku kene kuat, tanggungjawab makin besar, komitmen bertambah. Dalam hidup ini kita kene berani untuk membuat keputusan, kadang2 keputusan yang kita buat itu tidak menyebelahi diri kita tapi kita kene gak membuatnya...itulah hakikatnya. Aku tetap berpegang pada kata2 "GREAT ACHIVEMENTS INVOLVE GREAT RISKS". Baru2 ini keputusan aku untuk membeli satu lagi unit aset aku di Melaka memang telah diduga oleh aku sendiri, seperti mana dulu2 yang aku kenal diri aku..sekiranya aku telah berniat atau aku berminat aku pasti akan memilikinya sama ada cepat atau lambat sahaja. So, dengan itu komitmen aku terhadap kewangan makin bertambah, pengurusan kewangan aku kene bertambah mantap dan benar2 tersusun. Aku kene tegas dengan diri sendiri tentang bab pengurusan kewangan sendiri. Dalam kepala aku ni macam2 nak dibuat dan pantang ada peluang2 yg boleh dijadikan lubang duit pastikan aku akan buat research sama ada boleh dan mampu lakukan dalam masa dan ketika ini. Sesiapa yang nk JV atau kenenkan aku dgn peluang2 bisnes ni bleh la halo aku...tp sblm tu aku perlulah meneliti prospek bisnes tersebut.