Tuesday, March 6, 2012

MISI 5000 : Penangan POWER dari AKPK


Nak share lg dengan korang...Korang tau tak apa itu AKPK?Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, aku mula2 ingat bila ada masalah barulah kita dapatkan kaunseling, rupa2 nya aku silap, kadang yang takda masalah juga perlu peruntukan masa untuk dapatkan kaunseling sebelum sesuatu perkara menjadi masalah dan terus menjadi masalah yang lebih serius. Sekarang ini, banyak perkara yang boleh thru online jek, so aku pun explore website AKPK tu, adalah aku jumpa satu e-book yang berjudul POWER (Pengurusan Wang Ringgit Anda). Setelah aku tamatkan membaca dan memahami e-book tersebut, aku dapat rasakan yang aku punya status kewangan jangka panjang aku menuju ke arah masalah dalam tanpa aku sedari. Pada aku, korang patut membacanya dan cuba fahami apa yang terkandung dalam e-book tersebut. Dari yang korang tak tahu hinggalah korang tahu apa itu WANG WANG WANG. So, nak dapatkan e-book tersebut korang klik jek banner POWER tu, link terus ke page download e-book tersebut.

Selepas aku baca e-book tersebut, aku terus mohon statement segala pinjaman aku dari bank negara (klik CCRIS), cuma masih belum menerima respon dari Bank Negara, kalo nk cepat terus jek p sana, print out jek kat mesin dia tue. Aku kena uruskan semula hutang-hutang aku agar lebih teratur dan sistematik pembayarannya. Ini bertujuan agar kepala kita sendiri tidak sakit dan pening bila sampai surat2 yang suruh bayar hutang. Hidup kita ni tak lekang dan terlepas dari konsep hutang ni, dari belajar sampailah membawa ke kerja. Cuma kita kena bijak dalam menguruskan hutang-hutang kita itu agar kita tidak membayar perkara-perkara yang tidak diperlukan. Dalam e-book tu gak ajar kita mcmne nk kira aset bersih kita, cash flow kita, perancangan pembeliaan. Pada aku tak rugi sekiranya korang membacanya pasti akan ada sesuatu yang korang akan sedar dan ambil tindakan untuk penambahbaikan. Ilmu ALLAH ini luas dan kita perlu mencari dan mencarinya dengan apa cari sekali pun agar kehidupan kita bahagia dan tenang tanpa dibelunggu masalah-masalah kewangan yang membebankan.

Dalam MISI 5000 aku, bukan sahaja aku perlu generate income RM5000 dalam masa yang ditetapkan bahkan aku perlu belajar tentang pengurusan kewangan peribadi yang cekap. Aku taknak kata2 org dulu, "BESAR PERIUK BESARLAH KERAKNYA", yang mana maksudnya lagi banyak duit yang korang ada dan miliki lagi besarlah perbelanjaannya nanti itu menjadi sinonim dalam masyarakat kita. Oleh itu aku sering gunakan peribahasa moden dan terkini untuk aku manipulate kata orang dulu2 "MASAK NASI GUNALAH PERIUK KAREN" yang lebih kurang maksudnya, bila kita miliki duit atau harta yang banyak, perlulah kita guna tool yang useable dalam kita uruskan kewangan peribadi kita. Sekarang ni banyak knowledge dan tool yang kita boleh dapatkan di hujung jari macamne kita nk uruskan kewangan kita dengan lebih cekap lagi. Isunya sekarang ini, kita nak taknak jek untuk berubah dan menganjak paradigma kita ke satu tahap yang lebih baik. Ok, selamat explore link yang aku bagi tu.

No comments: