Thursday, February 23, 2012

MISI 5000 : FAIT wake up !!!!!!



Sedikit tersasar dari landasan, sejak dua menjak ini terbabas jadual aku. Aduyai, ni kes terlalu banyak kes dan masalah yang perlu aku selesaikan. Tapi aku kecewa sangat kerana dengan kepenatan aku bekerja dan bersosial sampai aku terabai untuk jaga waktu solat aku. Dan tak pasal kena ganti solat yang telah aku abaikan. Dalam MISI 5000, aku tekankan tentang istiqamah atau konsisten dalam melakukan sesuatu, aku perlu tampar pipi aku selalu agar sentiasa BERINGAT, BERINGAT DAN BERINGAT dengan apa yang perlu dicapai dan aku ada tempoh masa untuk mencapainya. Perjalanan aku untuk capai matlamat aku makin hari makin singkat dan aku TAK BOLEH, TAK BOLEH DAN TAK BOLEH leka dan lalai. So, bangunlah wahai FAIT HANAPI....jangan tidur terlalu lama dalam sesuatu perkara, bangkit dan bingkas dalam melaksanakannya. Tolonglah uruskan masa dengan sebaik mungkin, jangan merungut dengan masa sebab ALLAH SWT telah berikan kita cukup masa untuk melakukan ibadah dan kerja-kerja kita seharian. Cuma diri kita sendiri yang tidak pandai uruskannya. TIME MANAGEMENT amat penting. Buka semual handbook yang dibeli dulu untuk tengok semula TIME MANAGEMENT yang tersasar. Jangan anggap bila buku yang telah habis dibaca perlu disimpan elok dalam Mini Library, buka dan selak satu persatu agar sentisa beringat. So, bangunlah dan bingkas dalam melaksanakan matlamat yang hendak dicapai.....CAIYOKKKKKK

No comments: