Monday, June 10, 2013

Kisah Papa



Ini kisah yang berlaku dalam hidup aku, banyak perkara yang telah aku pelajari dalam hidup ini. Dengan status sebagai seorang Papa kepada Iman’s dah buat aku belajar erti menghargai kehidupan. Apa yang hendak aku ceritakan ialah tentang kedua-dua puteri kesayangan aku. Ialahkan sekarang ini Sambutan Hari Bapa, aku meraikannya dengan menulis tentang anak-anak aku.

Segalanya untuk Iman’s, aku cuba untuk bersikap adil dan saksama dengan kedua-duanya. Tapi memang benarlah seperti yang dikatakan orang-orang tua. Tidak semua manusia boleh memberikan dan meletakkan keadilan pada tempatnya. Aku cuba memberikan kasih sayang sebaiknya pada  Iman’s tetapi adakala bila angin aku tak elok abis semua aku belasah. Hendak mendidik anak bukan satu tugas yang mudah, aku perlu dididik dan terdidik. Aku perlu banyak belajar dan diajar tentang tugas dan tanggungjawab aku dalam hal anak-anak. Iman’s telah banyak buatkan aku sabar dan juga hilang sabar, tapi bila aku kenangkan semula ini semua pelajaran untuk aku terus jadi Papa yang hebat untuk mereka berdua.

Iman Farisyah, karakter lembut dan manja. Bila dengan aku dia akan berdisiplin sebab dia tahu aku garang dan tegas. Bila aku kata “NO” dia akan dengar. Situasi ini berlaku hanya bila aku yang menjaganya sekiranya aku bercuti atau dia demam. Tapi bila dengan Nanny dan Ibu dia, mulalah dengan sikap “defensive”. Suara aku ketika itu tidak bernilai sebab dia ada “bullet proof” untuk melindunginya. Tapi itulah Iman Farisyah, anak sulung aku dan permata hati yang sentiasa membuatkan aku tersenyum bila melihat dirinya. Sebab dalam diri Iman Farisyah adalah cermin kepada diri aku.Iman Farisyah cepat hilang fokus bila melakukan sesuatu aktiviti tetapi dia cepat tangkap dengan apa yang dia lihat dan dengar cuma agak susah untuk dia buat secara  terus. Sebab sifat pemalu dalam dirinya, yang ini memang “totaly” ikut perangai ibunya.

Iman Suraiya, masih kecil lagi untuk dinilai karekternya sebab sentiasa berubah. Tapi sikap garang dan “independent” yang ada dalam diri dia memang terserlah. Dia akan main sendiri dan leka dengan permainannya serta dunianya. Suka menyakat kakaknya kalau kakkanya bersikap manja terlebih dan paling utama suka berebut barang. Iman Suraiya yang begitu menyukai binatang terutama kucing, dari situ aku boleh nilai yang dia memang penyayang walaupun sikap garangnya terserlah. Sikap dan sifat ini memang ikut Ibunya, Iman Suraiya boleh dikatakan mengikut banyak karakter Ibunya. Pada aku Iman Farisyah dan Iman Suraiya lengkap melengkapi sikap dan sifatnya. Pada aku, aku perlukan kedua-duanya sentiasa berada di depan mata aku membesar. Aku tidak boleh layan mereka sama rata, aku kena layan Iman Farisyah mengikut karakter dia dan Iman Suraiya dengan karakter dia. Sebab kedua-duanya berbeza perwatakan, sikap dan sifat. Iman Suraiya permata hati yang membuat aku tersenyum melihat kerenah dia yang menceriakan.

Inilah dunia aku sekarang, dunia Iman’s. Dua permata hati Papa. Papa akan buat terbaik untuk kamu berdua. SELAMAT HARI BAPA kepada ABAH (Shah Alam dan Kerinchi) dan Papa, Walid, Ayah diluar sana. Semoga kita dapat membentuk dan mendidik para bakal pemimpin negara pada masa akan datang

No comments: