Tarikh tamat MISI5000 tinggal
beberapa hari sahaja lagi. Bila aku semak semula target dan perancagan untuk
mencapainya....Syukur!! Memang telah mencapainya Cuma aku perlu konsisten dan
istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang. MISI5000 bukan
datang bergolek, ianya bermula dengan melihat keperluan keluarga yang semakin
meningkat dan juga sedikit kehendak untuk diri sendiri. Tiada apa yang mustahil
untuk kita capai dalam dunia ini asalkan ianya memiliki elemen SMART ... ...
Apa MISI5000? Ianya merupakan
satu matlamat aku untuk meningkatkan pendapatan aku pada waktu dan ketika ianya
diperlukan. Apa yang ada dalam MISI5000?
Untuk mencapai misi yang telah
aku letakkan matlmatnya, aku perlu menentukan cara bagaimana untuk menuju ke
arah matlamat misi tersebut. Aku setkan 7 PRINSIP untuk capai MISI5000 agar aku
tidak terkeluar dan tersasar daripada landasan.
Pada 25 Julai 2013 aku telah melihat semula kemajuan dan
pencapaian MISI5000 aku untuk menilai sama ada ianya masih relevan dan boleh
dicapai mengikut tarikh yang ditetapkan. ALHAMDULILLAH
!! Syukur telah mencapai peratusan 111%. Tiada apa yang
mustahil untuk kita capai sekiranya kita berfikir dan berusaha untuk
mencapainya.
"IN
ORDER TO CHANGE THE WORLD, YOU HAVE TO GET YOUR HEAD TOGETHER FIRST - JIMI
HENDRIX"
No comments:
Post a Comment