IMAN FARISYAH BTE FAIT
1. Suka
bersembang, tapi pada orang yang rapat sahaja.
Kerap bertanya ‘kenapa’ semasa bersembang. Tapi jadi amat pendiam bila
dengan orang luar, sehingga langsung tidak bersuara.
2. Mudah
mengalirkan air mata. Sensitif dan jiwanya mudah terusik. Namun rajuknya tidak
lama dan cepat reda.
3. Daya
ingatan yang sangat kuat. Akan menuntut
jika janji tidak ditunaikan, walaupun ia sudah lama berlalu
4. Iman
Farisyah pernah memasuki playgroup selama setahun, iaitu kelas sejam setiap
minggu. Beliau sangat introvert di dalam kelas dan langsung tidak responsive
pada teacher yang cuba berinteraksi.
Selama setahun, hanya sekali dua sahaja dia mengeluarkan suara. Akan
tetapi bila di rumah, beliau ingat apa yang diajar dan akan imitate apa yang
teacher buat, dan mengulangi apa yang telah dipelajari di playgroup.
5. Menurut VAK
learning style, Iman Farisyah dominan kepada cara AUDIOTORY. Segala apa yang
beliau faham dan hafal adalah hasil dari mendengar. Iman tidak boleh stare
terlalu lama pada satu objek, mudah bosan dan ambil sikap tidak peduli.
6. Penerangan
dari awal tentang apa yang akan dipelajari, apa yang akan dibuat dan diakhiri
dengan mengingatkan semula pelajaran pada masa tersebut amat membantu pemahaman
yang berkesan pada Iman Farisyah.
7. Ibu dan
papa suka bertanya dan akan selalu bertanya untuk menajamkan memori Iman
Farisyah. Pada semua jawapan tersebut, secara tidak langsung beliau mengingati
apa yang diajar dan apa yang berlaku
Ibu dan papa
3 Februari
2013
No comments:
Post a Comment