Monday, May 25, 2020

LIFE PLANNING 2020-2025 & ROUTINE TIME TABLE


Ini merupakan kali ketiga aku buat perancangan setiap lima tahun dalam hidup aku, LP-1 2009-2014, LP-2 2015-2020 dan yang terkini LP-3 2020 2025. Dah macam Rancangan Malaysia setiap lima tahun aku buat haha. Apa ada hal, urusan aku dan hidup aku. Aku rancanglah dengan sebaik mungkin untuk mencapainya

Aku buat menda ini lepas aku beli dan baca satu buku Azizi Ali bertajuk The Most Powerful Tool yang aku beli di MPH Shah Alam pada 01/01/2008. Hah! Nampak tak aku ingat tarikh beli buku tersebut. Pe'el aku bila beli buku aku akan sign dan tulis tarikh. Senang nak review buku bila aku beli. Cuma apa yang tertarik dalam buku tersebut ialah ada satu ayat yang ditulis "TELL THE WORLD ABOUT IT". Lepas baca buku aku mulalah buat perancangan hidup aku, walaupun sebelum ini aku buat tapi tidak tulis, tidak nyatakan dan hanya ingat dalam kepala sahaja. Itu sebab kebanyakan tindakan aku "Just follow the flow" dan tiada "BIG WHY"

Sejak dari itu, aku mula canang apa yang aku nak capai pada orang-orang yang aku jumpa dan kenal. Dalam siri jelajah ceramah aku dengan mana organisasi aku akan letakkan "Life Plan" aku dalam slide dan bercerita tentangnya. Sebab aku kenal diri aku, tinggi ego agak melangit dan bila nakkan sesuatu aku akan usaha dengan sungguh-sungguh. So, bila aku bagitau orang apa yang hendak aku capai dan aku kena usahakan untuk capainya agar orang tidak kata aku ini hanya pandai tulis tapi tak pandai melaksanakan. Bak orang kata "rubbish in, rubbish out". Dalam perancangan aku ada beberapa perkara yang tidak dapat dicapai, mungkin set yang tidak relevan atau "over set" . Tapi pada aku kalau dapat 80% - 90% pencapaian dah memadai. Kalau "result" peperiksaan ini dah dapat A dah. 

Aku merancang bila mana umur aku capai 44 tahun akan datang jika diizinkan panjang umur, ada 6 perkara yang perlu aku capai ikut "segmentation" yang aku tetapkan. Nampak macam mudahkan nak tulis tapi untuk pelaksanaanya untuk aku capai memang perlu "hard work' dan pengorbanan yang besar. Bila sebut pengorbanan, aku suka nak cerita bila kita berkorban jangan sampai kita mengorbankan orang lain. Macam aku, aku rela berkorban masa aku, penat lelah aku, tidur aku, emosi aku, sakit aku daripada aku mengorbankan keluarga tersayang aku. Pada aku pengorbanan boleh kita letakkan dan kita uruskan. Pilihan ditangan kita dan kita perlu tentukan dan bukan orang lain yang tentukan

Untuk memastikan aku boleh uruskan pengorbanan tersebut, aku perlu buat perancangan agar ianya dapat diuruskan dengan sebaik mungkin untuk kita seimbangkan agar tidak terkurang atau tidak melebih-lebih sehingga akan wujudkan pengorbanan yang diluar kawalan kita



Aku ini spesis perlu rancang segala bagai aktiviti aku. Kalau waktu berak aku pun aku nak ada "timing" pukul berapa. Cuma waktu berak setakat ini hanya waktu pagi semasa mandi pagi. So, tiada spesifik masa yang aku boleh kawal hahaha. Nampak macam "simple" kan jadual waktu rutin aku. Tapi kalau kita tak buat, kita akan melahu dan membuang masa dan tiada arah tuju. Sebab Allah SWT bagi kita 24 jam sehari cukup untuk kita uruskan kehidupan dan ibadah kita. Cuma kita lalai dan sentiasa berada dalam kerugian jika kita tidak ingat-mengingati antara satu sama lain. 

Jadual ini aku buat rutin harian dan juga rutin hujung minggu, bila aku ambil keputusan sambung MyPhD Journey aku tidak boleh tambah aktiviti aku yang baru sehingga selesai perjalanan PhD aku. Kalau tidak memang aku akan tidur berdiri dan akan jadi zombi untuk pergi meracau dan gigit orang lain untuk jadi zombi juga. Daripada jadual ini aku buat "List To Do" setiap hari untuk senarai apa aktiviti aku pada hari tersebut. "List To Do" aku akan kemaskini setiap hari sebelum jam 12 tengah malam




Dalam "List To Do" ini aku akan tandakan bila aktiviti tersebut aku dah lakukan. Nampak sistematik sikit kalau buat macam ini. Dan dari sudut psikologi aku, dapatkan rasakan kalau aku dapat tandakan semua aktiviti tersebut pada hari tersebut terasa sangat-sangat diri ini dihargai dan memenuhi masa 24 jam yang telah Allah SWT kurniakan pada diri aku.

Tak mudahkan jadi diri aku, serba-serbi "in written" dan kena ada KPI atau "checklist" tindakan. Aku memang suka macam ini sebab mudahkan aku "track" atau lihat balik apa yang telah aku lakukan hari ini. Pada aku, masa amat-amat berharga untuk diri aku dan aku tengah "tune" untuk aku "cipta masa". Perghhh! macam mana itu? nanti aku share dengan korang pada "next post" macam aku "cipta masa"

Fait Hanapi
Kuala Lumpur
PKPB Sehingga 9 Jun 2020
#staysafe #breakchain #covid19
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Sunday, May 3, 2020

PELAN RISIKO MyPhD






Esok bermula fasa baru dalam PKP iaitu PKPB bermula 4 Mei 2020, semua orang dah boleh keluar tapi dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Macam aku ini jenis travelling kenalah keluar awal dan rancang perjalanan untuk ke Tanjung Malim dan balik ke Kuala Lumpur sebab akan berlaku delay sebab kapasti penumpang hanya separuh dalam satu-satu masa. Aku cuma risau dengan rutin tugasan aku di tapak bina, kena perketatkan SOP untuk pekerja dan juga aktiviti pekerja dan juga pegawai penyelia. Paling penting aku kena carry pakaian basahan untuk aku mandi selepas buat lawatan ke tapak bina

Aku tak nak cerita isu Covid-19 sebab ianya panjang dan boleh didebatkan dipelbagai medium media sosial. Kali ini aku nak share tentang Pelan Risiko PhD sepanjang tiga (3) tahun. Pada aku ini amat penting untuk memastikan GOT pada tahun 2023 dan terima skrol dalam tahun 2023. Aku daftarkan lima (5) risiko yang perlu aku uruskan supaya aku boleh fokus dalam perjalanan aku menuju GOT pada tahun 2023. Yup! 2023 ialah destinasi yang perlu aku tuju untuk langkah pertama dalam dunia akademik. 

[1] Tidak GOT; yang ini memang aku letak merah (tinggi) sebab ia akan menyebabkan aku melanggar Life Planning 2020-2025 aku sebab ianya saling kait mengait antara satu sama lain. Next post aku share Life Planning 2020-2025.

[2] Tidak dapat tampung yuran pengajian: ini pun aku letakkan tinggi sebab, aku tak tahu apa akan jadi next pada aku, cacat ke, patah kaki dan menyebabkan aku tak boleh bekerja. Dalam tempoh PKP ini pun pendapatan aku pun hilang separuh. Aik! Takkan UPSI potong gaji? Hilang separuh itu sebab aku tak dapat buat side work aku yang mana ianya menampung separuh perbelanjaan aku sebulan. Takkan simpanan takde kot? Bro, kalau bukit dikikis hari-hari boleh rata jadinya tau.

[3] Kekangan masa untuk research; ini pun aku letak tinggi jugak sebab insan seperti aku ini memang dilahirkan untuk tidak reti duduk diam. Ada jek benda nak buat dan dilakukan, so aku kena set keutamaan dan cuba elakkan buat aktiviti baru dalam masa tiga tahun

[4] SV tak support dan susah komunikasi; ini aku letak sederhana sebab dalam dunia sekarang jarang ada masalah komunikasi sebab medium komunikasi banyak boleh gunakan melainkan kau bermasalah dengan SV. Tak support tak timbul isu sebab, SV  aku ini tidaklah aku rapat dan tidaklah aku tak kenal sebab pernah jadi rakan se komuter ulang alik. 

[5] Tertanggu dengan media sosial, gajet yang tiada had; hat ini memang aku letak tinggi sebab penyakit aku addict dengan media sosial dan gajet ini. Aku kena letakkan polisi pengunaan dan cuba atasinya agar ianya tidak mencuri masa aku yang telah aku jadualkan. Aku dah buat jadual waktu untuk weekdays dan juga weekend supaya lebih teratur

Template ini aku tidaklah cipta sendiri sebab ade jek kat Google, cuma aku gabungkan dengan matrik yang aku ada. Maklumlah, pegawai risiko univeristikan semua makluman ada dalam laptop aku. If yang baca perjalanan aku ini nak (cewah! ada ke baca haha) boleh what apps ek

Next post aku kongsikan Life Planning 2020-2025 dan juga jadual waktu rutin aku ye. Stay Tune, Stay Safe

#days47 #MCO #breakchain #covid19
3 Mei 2020
Kuala Lumpur