Esok bermula fasa baru dalam PKP iaitu PKPB bermula 4 Mei 2020, semua orang dah boleh keluar tapi dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Macam aku ini jenis travelling kenalah keluar awal dan rancang perjalanan untuk ke Tanjung Malim dan balik ke Kuala Lumpur sebab akan berlaku delay sebab kapasti penumpang hanya separuh dalam satu-satu masa. Aku cuma risau dengan rutin tugasan aku di tapak bina, kena perketatkan SOP untuk pekerja dan juga aktiviti pekerja dan juga pegawai penyelia. Paling penting aku kena carry pakaian basahan untuk aku mandi selepas buat lawatan ke tapak bina
Aku tak nak cerita isu Covid-19 sebab ianya panjang dan boleh didebatkan dipelbagai medium media sosial. Kali ini aku nak share tentang Pelan Risiko PhD sepanjang tiga (3) tahun. Pada aku ini amat penting untuk memastikan GOT pada tahun 2023 dan terima skrol dalam tahun 2023. Aku daftarkan lima (5) risiko yang perlu aku uruskan supaya aku boleh fokus dalam perjalanan aku menuju GOT pada tahun 2023. Yup! 2023 ialah destinasi yang perlu aku tuju untuk langkah pertama dalam dunia akademik.
[1] Tidak GOT; yang ini memang aku letak merah (tinggi) sebab ia akan menyebabkan aku melanggar Life Planning 2020-2025 aku sebab ianya saling kait mengait antara satu sama lain. Next post aku share Life Planning 2020-2025.
[2] Tidak dapat tampung yuran pengajian: ini pun aku letakkan tinggi sebab, aku tak tahu apa akan jadi next pada aku, cacat ke, patah kaki dan menyebabkan aku tak boleh bekerja. Dalam tempoh PKP ini pun pendapatan aku pun hilang separuh. Aik! Takkan UPSI potong gaji? Hilang separuh itu sebab aku tak dapat buat side work aku yang mana ianya menampung separuh perbelanjaan aku sebulan. Takkan simpanan takde kot? Bro, kalau bukit dikikis hari-hari boleh rata jadinya tau.
[3] Kekangan masa untuk research; ini pun aku letak tinggi jugak sebab insan seperti aku ini memang dilahirkan untuk tidak reti duduk diam. Ada jek benda nak buat dan dilakukan, so aku kena set keutamaan dan cuba elakkan buat aktiviti baru dalam masa tiga tahun
[4] SV tak support dan susah komunikasi; ini aku letak sederhana sebab dalam dunia sekarang jarang ada masalah komunikasi sebab medium komunikasi banyak boleh gunakan melainkan kau bermasalah dengan SV. Tak support tak timbul isu sebab, SV aku ini tidaklah aku rapat dan tidaklah aku tak kenal sebab pernah jadi rakan se komuter ulang alik.
[5] Tertanggu dengan media sosial, gajet yang tiada had; hat ini memang aku letak tinggi sebab penyakit aku addict dengan media sosial dan gajet ini. Aku kena letakkan polisi pengunaan dan cuba atasinya agar ianya tidak mencuri masa aku yang telah aku jadualkan. Aku dah buat jadual waktu untuk weekdays dan juga weekend supaya lebih teratur
Template ini aku tidaklah cipta sendiri sebab ade jek kat Google, cuma aku gabungkan dengan matrik yang aku ada. Maklumlah, pegawai risiko univeristikan semua makluman ada dalam laptop aku. If yang baca perjalanan aku ini nak (cewah! ada ke baca haha) boleh what apps ek
Next post aku kongsikan Life Planning 2020-2025 dan juga jadual waktu rutin aku ye. Stay Tune, Stay Safe
#days47 #MCO #breakchain #covid19
3 Mei 2020
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment