Monday, May 25, 2020

LIFE PLANNING 2020-2025 & ROUTINE TIME TABLE


Ini merupakan kali ketiga aku buat perancangan setiap lima tahun dalam hidup aku, LP-1 2009-2014, LP-2 2015-2020 dan yang terkini LP-3 2020 2025. Dah macam Rancangan Malaysia setiap lima tahun aku buat haha. Apa ada hal, urusan aku dan hidup aku. Aku rancanglah dengan sebaik mungkin untuk mencapainya

Aku buat menda ini lepas aku beli dan baca satu buku Azizi Ali bertajuk The Most Powerful Tool yang aku beli di MPH Shah Alam pada 01/01/2008. Hah! Nampak tak aku ingat tarikh beli buku tersebut. Pe'el aku bila beli buku aku akan sign dan tulis tarikh. Senang nak review buku bila aku beli. Cuma apa yang tertarik dalam buku tersebut ialah ada satu ayat yang ditulis "TELL THE WORLD ABOUT IT". Lepas baca buku aku mulalah buat perancangan hidup aku, walaupun sebelum ini aku buat tapi tidak tulis, tidak nyatakan dan hanya ingat dalam kepala sahaja. Itu sebab kebanyakan tindakan aku "Just follow the flow" dan tiada "BIG WHY"

Sejak dari itu, aku mula canang apa yang aku nak capai pada orang-orang yang aku jumpa dan kenal. Dalam siri jelajah ceramah aku dengan mana organisasi aku akan letakkan "Life Plan" aku dalam slide dan bercerita tentangnya. Sebab aku kenal diri aku, tinggi ego agak melangit dan bila nakkan sesuatu aku akan usaha dengan sungguh-sungguh. So, bila aku bagitau orang apa yang hendak aku capai dan aku kena usahakan untuk capainya agar orang tidak kata aku ini hanya pandai tulis tapi tak pandai melaksanakan. Bak orang kata "rubbish in, rubbish out". Dalam perancangan aku ada beberapa perkara yang tidak dapat dicapai, mungkin set yang tidak relevan atau "over set" . Tapi pada aku kalau dapat 80% - 90% pencapaian dah memadai. Kalau "result" peperiksaan ini dah dapat A dah. 

Aku merancang bila mana umur aku capai 44 tahun akan datang jika diizinkan panjang umur, ada 6 perkara yang perlu aku capai ikut "segmentation" yang aku tetapkan. Nampak macam mudahkan nak tulis tapi untuk pelaksanaanya untuk aku capai memang perlu "hard work' dan pengorbanan yang besar. Bila sebut pengorbanan, aku suka nak cerita bila kita berkorban jangan sampai kita mengorbankan orang lain. Macam aku, aku rela berkorban masa aku, penat lelah aku, tidur aku, emosi aku, sakit aku daripada aku mengorbankan keluarga tersayang aku. Pada aku pengorbanan boleh kita letakkan dan kita uruskan. Pilihan ditangan kita dan kita perlu tentukan dan bukan orang lain yang tentukan

Untuk memastikan aku boleh uruskan pengorbanan tersebut, aku perlu buat perancangan agar ianya dapat diuruskan dengan sebaik mungkin untuk kita seimbangkan agar tidak terkurang atau tidak melebih-lebih sehingga akan wujudkan pengorbanan yang diluar kawalan kita



Aku ini spesis perlu rancang segala bagai aktiviti aku. Kalau waktu berak aku pun aku nak ada "timing" pukul berapa. Cuma waktu berak setakat ini hanya waktu pagi semasa mandi pagi. So, tiada spesifik masa yang aku boleh kawal hahaha. Nampak macam "simple" kan jadual waktu rutin aku. Tapi kalau kita tak buat, kita akan melahu dan membuang masa dan tiada arah tuju. Sebab Allah SWT bagi kita 24 jam sehari cukup untuk kita uruskan kehidupan dan ibadah kita. Cuma kita lalai dan sentiasa berada dalam kerugian jika kita tidak ingat-mengingati antara satu sama lain. 

Jadual ini aku buat rutin harian dan juga rutin hujung minggu, bila aku ambil keputusan sambung MyPhD Journey aku tidak boleh tambah aktiviti aku yang baru sehingga selesai perjalanan PhD aku. Kalau tidak memang aku akan tidur berdiri dan akan jadi zombi untuk pergi meracau dan gigit orang lain untuk jadi zombi juga. Daripada jadual ini aku buat "List To Do" setiap hari untuk senarai apa aktiviti aku pada hari tersebut. "List To Do" aku akan kemaskini setiap hari sebelum jam 12 tengah malam




Dalam "List To Do" ini aku akan tandakan bila aktiviti tersebut aku dah lakukan. Nampak sistematik sikit kalau buat macam ini. Dan dari sudut psikologi aku, dapatkan rasakan kalau aku dapat tandakan semua aktiviti tersebut pada hari tersebut terasa sangat-sangat diri ini dihargai dan memenuhi masa 24 jam yang telah Allah SWT kurniakan pada diri aku.

Tak mudahkan jadi diri aku, serba-serbi "in written" dan kena ada KPI atau "checklist" tindakan. Aku memang suka macam ini sebab mudahkan aku "track" atau lihat balik apa yang telah aku lakukan hari ini. Pada aku, masa amat-amat berharga untuk diri aku dan aku tengah "tune" untuk aku "cipta masa". Perghhh! macam mana itu? nanti aku share dengan korang pada "next post" macam aku "cipta masa"

Fait Hanapi
Kuala Lumpur
PKPB Sehingga 9 Jun 2020
#staysafe #breakchain #covid19
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


No comments: