Wednesday, June 27, 2012

Pasca Temuduga HLP (Siri 1)

Hai hoi...selesai sudah interview aku untuk HLP, perasaan lega mula terasa. Aku try yang terbaik setelah hampir lima tahun tidak pernah hadiri temuduga. Banyak skill yang tidak aku praktikkan semasa temudaga tersebut. Memang terpikir tapi tak termampu nak keluar bila depan panel..hahaha. Salah satu faktor sbb aku sangat LAAPAAAAR ketika itu. Gile ko tak lapa, aku kuar umah kul630am utk elak jem punye pasal pastu nk cari lagi kawasasn lagi. Bayangkan darii waktu aku kuar umah samapi nombor giliran aku pada pukul 11.30am aku hanya minum nescafe jek esblm kuar umah. Mana tak menggigil badan aku, hormon konfinden pun tak dapat menguasai satu badan aku. Tu yang nebes jek, so untuk TIPS PERTAMA : SILA MAKAN SEBELUM PERGI TEMUDUGA. 

Aku rasa aku dah boleh hafal proposal aku ayat demi ayat sbb dari sebelum pergi temuduga aku dah baca dah bape ratus kali ntah. Tapi bile menunggu giliran tu aku rasa macam aku tak paham dengan proposal aku tu. Gile apa ke aku ni, proposal tulis sendiri pun tak paham. Aduyai, ini sbb hormon nebes aku menguasai hormon konfiden aku. TIPS KEDUA : KALAU PROPOSAL TU KIRANG TULIS SENDIRI TAKYAHLAH BACA BANYAK KALI, SEBAB IANYA AKAN MEMBUAT OTAK KITA SERABUT UNTUK SUSUN KATA-KATA DEPAN PANEL . Itu yang aku hadapi, cun dan lancar bile aku terangkan tentang proposal aku tu dengan sebutir2 ayat dalam proposal. Bila panel mula bertindak nakal dan mengusik kita semasa dok terangkan proposal kita tu dengan ayat potong tang korner.."Please proceed ur explanation using English".. terus macam stuck otak aku, ko bayang tgh bawak keta speed 240km/j tibe2 suruh tukar driver. Pergh kelam jap otak aku. 

Sikit punyer lancar A to Z aku cite tibe2 suruh tuning secara drastik. Memang aku cakap dengan panel. Please give 5 minutes untuk tarik nafas, so start dari situ explanation aku mula berterabur Ato Z to C to A to Z jadinya. (hahaha). TIPS KETIGA : JANGAN KO HENGAT PANEL TU SAMBUT KO DENGAN LOGHAT UTARA TU KIRA SELAMAT. SO KALO DIA CAKAP UTARA, PENERANGAN KORANG KENALAH DALAM ENGLISH YANG TERSUSUN. SO PROPOSAL TU BIARLAH KORANG WRITE UP DALAM ENGLISH...kalo deme cakap hang ni tak reti cakap bahasa melayu ke?hangpa bagitau panel tu...la tuan nape tuan tak khabaq awal-awal? penat lidah cheq tergeliat cakap omputih ni. So sesi temuduga HLP tersebut agak sedikit tidak stress bila korang mula ikut rentak panel....aku sambung kemudian yea...nak sampai dah train aku ni (cont'd)

 *Aku orang yang ke 5....dapat kul1130am bayang bape lama kene tunggu...

Monday, June 25, 2012

Hadiah Latihan Persekutuan


Hadiah Latihan Persekutuan atau dengan sebutan mudahnnya HLP, aku tak pernah dengar pun biasiswa ini, tapi bila berbual dengan kawan-kawan gomen terus tahu menda alah ni...so aku tertariklah dengan perkara ini. Aku mula search tentang HLP, bila aku search banyak yang tunjuk tawaran telah ditutup, so sedikit kecewalah jugak dibuatnya. Tapi, aku kan Fait Hanapi spesis yang tak reti mudah putus asa. Ada jek lubang nak cari pasal dan masalah.
Bila aku baca email yang diwar2 kan, KPT ada tawarkan HLP. Aku tak buang masa untuk apply utk pertama kalinya. Isi punya isi, tiba masa untuk dapatkan pelepasan Ketua Jabatan, bab ini aku take time ckit sbb nak tengok mood Big Boss dulu. (hehehe). Cabaran pertama aku telah tempuhi, cabaran kedua yang bakal aku hadapi pada 27 Jun 2012, interview HLP kat Kuala Lumpur....Cuak pun ada, cool pun ada, buat tak tau pun ada hehehe...sume perasaaan ada dalam diri aku.. Aku search ttg HLP...kot2 bleh jumpe tips untuk hadapi interview HLP nanti. Sangkaan ak tepat yang ada satu blog yang aku jumpe dalam internet cite ttg HLP jek. Meh aku share link ni http://julianahlp.blogspot.com
Pada aku blog minah ni amat berguna untuk org mcm aku yang 1st time nk hadap HLP interview ni. Banyak info la gak blh dapat dari tak tau apa nk gebang masa interview nanti. So minah yang baik hati tu telah senaraikan antara soalan2 yang pernah ditanya semasa interview berlangsung :

1. Kenapa memohon/memilih universiti/kursus tersebut
2. Apa sumbangan yg boleh berikan kpd perkhidmatan awam setelah tamat belajar nanti melalui tajuk kajian yg dicadangkan ini
3. Kenapa tidak memilih utk buat research?
4. Di mana kesarjanaannya dgn memilih utk buat coursework -? bukankah menghadiri kelas & ambil exam sama sahaja spt buat degree...
5. Apa keistimewaan awak berbanding dengan org lain?
6. Kenapa perlu anugerahkan HLP ini kepada awak?

So aku akan cuba cari jawapan untuk soalan2 yang telah dikongsikan ini. Mungkin ianya berguna sekiranya ada calaon2 interview HLP yang lain mencari info yang sama mcm aku. So sapa2 yang terjumpa blog ni blh lah share bersama agar ilmu yang kita dapat bleh memberi manfaat kepada kita semua. Aku berdoa agar aku berjaya dapatkan HLP ini untuk aku kejar cita aku untuk terus dahagakan ilmu.

Tuesday, June 5, 2012

MISI5000 : eBook Pertama dari SGroup


Akhirnya siap jugak aku susun atur info tentang pengurusan kambing ini dalam edisi eBook Ternak ini. Hope ianya jadi salah satu punca rezeki aku dalam mencapai MISI5000 aku, Untuk edisi eBook aku jual dengan harga RM40  termasuk PERCUMA dua template tentang pengurusan kambing iaitu template kertas kerja perniagaan yang berunsurkan kambing dan template analisa kos pengurusan perniagaan yang berkaitan dengan kambing. Pada aku yang PERCUMA itulah produk tarikan aku sebab tak semua orang boleh buat kertas kerja dan juga membuat analisa kos pengurusan perniagaan dan analisa "Break Event" pulangan modal. So aku gunakan lah sedikit sebanyak ilmu Operation Management yang aku belajar dulu untuk aku solidkan analisan tersebut. 

Aku menggunakan sedikit ilmu yang aku ceduk dari kursus yg aku hadiri dan juga pembacaan aku tentang artikel berkaitan kambing. Untuk awalnya aku try publish dalam FB dan juga Mudah.My untuk aku mulakan langkah pertama. Aku perlu menguasai progran Affiliate untuk aku menjana income aku secara konsisten.  Aku juga cuba pelbagaikan produk aku ini dengan mengeluarkan versi cetakan kertas dan jua versi cetakan CD. Aku kene bekerja keras, dan mencari pendapat tambahan sebanyak RM5000 sebulan untuk aku membiayai kehidupan aku yang mendatang. Hope segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, walau kadangkala au terleka dan tercuai dengan matlamat yang perlu aku capai yang tinggal 420 hari lagi. Sekian.