Tuesday, June 5, 2012

MISI5000 : eBook Pertama dari SGroup


Akhirnya siap jugak aku susun atur info tentang pengurusan kambing ini dalam edisi eBook Ternak ini. Hope ianya jadi salah satu punca rezeki aku dalam mencapai MISI5000 aku, Untuk edisi eBook aku jual dengan harga RM40  termasuk PERCUMA dua template tentang pengurusan kambing iaitu template kertas kerja perniagaan yang berunsurkan kambing dan template analisa kos pengurusan perniagaan yang berkaitan dengan kambing. Pada aku yang PERCUMA itulah produk tarikan aku sebab tak semua orang boleh buat kertas kerja dan juga membuat analisa kos pengurusan perniagaan dan analisa "Break Event" pulangan modal. So aku gunakan lah sedikit sebanyak ilmu Operation Management yang aku belajar dulu untuk aku solidkan analisan tersebut. 

Aku menggunakan sedikit ilmu yang aku ceduk dari kursus yg aku hadiri dan juga pembacaan aku tentang artikel berkaitan kambing. Untuk awalnya aku try publish dalam FB dan juga Mudah.My untuk aku mulakan langkah pertama. Aku perlu menguasai progran Affiliate untuk aku menjana income aku secara konsisten.  Aku juga cuba pelbagaikan produk aku ini dengan mengeluarkan versi cetakan kertas dan jua versi cetakan CD. Aku kene bekerja keras, dan mencari pendapat tambahan sebanyak RM5000 sebulan untuk aku membiayai kehidupan aku yang mendatang. Hope segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, walau kadangkala au terleka dan tercuai dengan matlamat yang perlu aku capai yang tinggal 420 hari lagi. Sekian.

No comments: