Monday, June 25, 2012

Hadiah Latihan Persekutuan


Hadiah Latihan Persekutuan atau dengan sebutan mudahnnya HLP, aku tak pernah dengar pun biasiswa ini, tapi bila berbual dengan kawan-kawan gomen terus tahu menda alah ni...so aku tertariklah dengan perkara ini. Aku mula search tentang HLP, bila aku search banyak yang tunjuk tawaran telah ditutup, so sedikit kecewalah jugak dibuatnya. Tapi, aku kan Fait Hanapi spesis yang tak reti mudah putus asa. Ada jek lubang nak cari pasal dan masalah.
Bila aku baca email yang diwar2 kan, KPT ada tawarkan HLP. Aku tak buang masa untuk apply utk pertama kalinya. Isi punya isi, tiba masa untuk dapatkan pelepasan Ketua Jabatan, bab ini aku take time ckit sbb nak tengok mood Big Boss dulu. (hehehe). Cabaran pertama aku telah tempuhi, cabaran kedua yang bakal aku hadapi pada 27 Jun 2012, interview HLP kat Kuala Lumpur....Cuak pun ada, cool pun ada, buat tak tau pun ada hehehe...sume perasaaan ada dalam diri aku.. Aku search ttg HLP...kot2 bleh jumpe tips untuk hadapi interview HLP nanti. Sangkaan ak tepat yang ada satu blog yang aku jumpe dalam internet cite ttg HLP jek. Meh aku share link ni http://julianahlp.blogspot.com
Pada aku blog minah ni amat berguna untuk org mcm aku yang 1st time nk hadap HLP interview ni. Banyak info la gak blh dapat dari tak tau apa nk gebang masa interview nanti. So minah yang baik hati tu telah senaraikan antara soalan2 yang pernah ditanya semasa interview berlangsung :

1. Kenapa memohon/memilih universiti/kursus tersebut
2. Apa sumbangan yg boleh berikan kpd perkhidmatan awam setelah tamat belajar nanti melalui tajuk kajian yg dicadangkan ini
3. Kenapa tidak memilih utk buat research?
4. Di mana kesarjanaannya dgn memilih utk buat coursework -? bukankah menghadiri kelas & ambil exam sama sahaja spt buat degree...
5. Apa keistimewaan awak berbanding dengan org lain?
6. Kenapa perlu anugerahkan HLP ini kepada awak?

So aku akan cuba cari jawapan untuk soalan2 yang telah dikongsikan ini. Mungkin ianya berguna sekiranya ada calaon2 interview HLP yang lain mencari info yang sama mcm aku. So sapa2 yang terjumpa blog ni blh lah share bersama agar ilmu yang kita dapat bleh memberi manfaat kepada kita semua. Aku berdoa agar aku berjaya dapatkan HLP ini untuk aku kejar cita aku untuk terus dahagakan ilmu.

No comments: