Friday, July 6, 2012

Cerita Komuter 9

Lama benar rasanya tidak aku update Cerita Komuter aku ni....merupakan ruangan yang aku sedia khas untuk aku ceritakan tentang perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja dengan mengunakan sistem perkhidmatan awam. Pagi ni aku tergerak untuk post sesuatu bila aku terlihat set ktm komuter ini di stesen Rawang :




Set komuter yang aku rasa dah bapae tahun tersadai akan diperbaiki untuk menambahkan lagi kekerapan perkhidmatan KTM Komuter. Ramai yang sedia maklum KTM Komuter punya perkhidmatan belum capai tahap yang boleh dibanggakan dari segi masa satu destinasi ke satu destinasi. Ada jek masalah teknikal, masa delay dan macam2 lagi. Aku yang merupakan penguna perkhidmatan awam yang tegar ini sentiasa membandingkan perkhidmatan KTM Komuter ini dengan perkhidmatan tren yang lain. Tapi aku tak adil sebab membandingkan antara Epal dan Durian. Cuma keistimewaan KTM Komuter ialah destinasi capaiannya jauh dari perkhidmatan tren yang lain. Sebagai contoh, semua ingat aku ulang alik dari KL ke TgMalim mengunakan kereta, aku bagitaulah aku guna KTM Komuter. Wah ! Sampai TgMalim la, senanglah boleh jimat duit dan badan tak penat nk drive...so itulah kelebihan perkhidmatan KTM Komuter.

KTM Berhad aku dengar dah tukar pengurusan baru..macam2 citer aku dengar dgn pengurusan baru ni...kebanyakan citer ttg perubahan dasar kerja ke arah yang lebih baik..mana taknya ada smpi tahap cerita yang mana big boss menyamar jadi penumpang KTM Komuter untuk tgk apa masalah yang berlaku di lapangan. Pada aku ini satu anjakan paradigma yang baik, sbb seorang ketua yang baik adalah ketua yang sentiasa memantau kerja dari bawah...konsep "top to bottom" telah tidak popular untuk generasi sekarang ni. Aku yang generasi Y ni lebih gemar dan selesa bila pengurusan di urus mengunakan konsep "bottom to top". Aku berharap dengan pengurusan terbaru ini akan ramai yang akan memberi tanda "GOOD" pada KTM Komuter.

Aku percaya setiap ketua atau pemimpin akan sentiasa memikirkan seuatu yang baru untuk memajukan organisasi...TETAPI untuk menjadi peneraju sesebuah organisasi dalam tempoh yang lama akan menyebabkan sedikit sebanyak akan melibatkan "PERSONNEL INTEREST" ..... so fikir2kan dan selamat beramal.

No comments: