.....sekali lagi berjumpa dalam blog aku yang tak seberapa ni.
Temuduga aku telah diduga dengan soalan2 yang mencabar dan provok, soalan provok pertama aku. Nape pilih UM, so aku jawablah merupakan salah satu universiti tertua kat Malaysia ni, takkan aku nk cakap UM adalah U yang terhebat, gile ko salah sorang panel tu Professor kt USM tau....kang tak pasal2 kene keluar dari bilik tu paling awal. Dia tgk alamat aku area KL, terus dia provok ni mesti nak dekat dengan rumahkan, so dengan tibe2 kepala aku mengangguk sendiri tanda setuju. Terus dia trap aku dengan "Ha tu sbb hang pilih UM kan sbb dekat dgn rumah"....aiyo kepala aku dok ligan cari jawapan kepada provokasi panel, tiba2 aku dapat ilham dengan menyatakan "one of factor" pemilihan tp bukan yang teratas la...fuhh sib baik dapat idea utk jawab. Tu plk dia sambung lagi provok, patutla orang Melaka...so aku jadi tanda tanya apa kene mengena soalan dengan aku ni orang Melaka...aku buat muka pelik dan panel perasaan dgn mimik muka aku terus dia cakap, ada jek jawapan hang kan....hahaha (aku terus blur masa tu). TIPS KEEMPAT : BILA KITA KENA PROVOKASI DENGAN PANEL, KITA KENA RILEKS JEK, JGN BUAT MIMIK MUKA MCM AKU BUAT...IANYA AKAN MENYEBABKAN DIRI ANDA HILANG RASA KONFIDEN.
Panel telah meluahkan rasa kecewa dengan aku, sebab keputusan akademik aku cukup2 makan, pastu dia tuduh aku main2 masa belajar....isy apa kene panel ni tibe2 rasa kecewa dengan keputusan akademik aku ni...pada aku la sbb aku ni student engine so kalo dapat 3.0 tu dah besar rahmat la pada aku. Aiyooo, masa batch aku dulu sape dapat 3.0 ke atas dah kira hebat la...bleh kira dengan jari tau...kalo aku dpt 3.5 above bek aku jadi pensyarah engine dan terus sambung master dan PhD aku....takyah penat2 jadi engineer sekian lama hehehe pastu terkial2 nk mohon HLP untuk sambung master...tapi aku ada jawapan kepada kekecewaan panel tu...Ni mungkin bahagian saya untuk jadi engineer kalo result saya 1st class dah tentu saya jadi pensyarah dan menjadi hebat mcm Prof juga....(ayat kasi up kat panel hehehe)...terus dia gelak hahaha...TIPS KELIMA : SEBOLEHNYA KITA CARI JALAN AGAR SUASANA TEMUDUGA TIDAK MENJADI TEGANG, MASUKKAN SEDIKIT UNSUR HUMOR SEMASA SESI PERBUALAN TU..
Soalan2 lain banyak yang berkisar dengan bidang yang aku apply la ... Project Management ... ni pun ada gak soalan maut dia bagi, pada mula dia kata baguslah amik bidang ni. So aku sengihla...(ada can ni sbb panel suka ttg bidang aku ni hihi) Tiba2 muncul soalan, orang Melayu ni jarang amik bidang ni, nti hang boleh ke bersaing dengan kaum lain masa hang sambung belajar nanti..kang hang asyik repeat paper jek...(sbb dia tgk transkrip aku, ada subjek yg aku pernah repeat huhuhu)...haru sungguh soalan dia kan....aku bgtau la aku taknak bersaing tapi aku hendak belajar bersama-sama dengan bangsa lain untuk sama2 berjaya dalam bidang ini....pastu boleh plak dia provok lagi...nak ke bangsa lain tu belajar bersama-sama dengan hang..so aku jawab InsyaAllah dengan izin Allah akan dipermudahkan. TIPS KEENAM : KADANG-KADANG KITA PUNYA JAWAPAN PERLU ADA SATU JALAN SELAMAT UNTUK MEMATIKAN PROVOKASI DARIPADA PANEL.
Aku rasa ada banyak soalan berkisar dgn proposal kita...so tolonglah buat proposal dengan baik dan pilihlah bidang yang mempunyai kene mengena dengan kerjaya kita di jabatan...sbb panel tersebut memberitahu kebanyakan pemohon HLP ni bila dah sambung master terus nk tukar profession jadi pensyarah...biarlah kita jadi pentadbir yang mempunyai kelulusan yang setanding dengan golongan ahli akademik...sbb kita bergelumang dengan cerdik pandai yang di jabatan/universiti kita...so dengan tiket yang kita ada sedikit sebanyak akan ada perasaan hormat ahli akademik terhadap kita sebagai pentadbir di jabatan/universiti.
6 comments:
nice.
semoga tips2 berguna ni menjadi panduan kepada calon temuduga HLP di luar sana.
Jazakallah... Memang berguna... Mine will be on tuesday...
saya rasa bab provoke tu dorang saja nak tgk reaksi kita. saya pernah kena interview jugak. tp itula takde rezki kan. maybe kesalahan waktu interview tu. insyaallah kalau dapat um maybe kena interview lagi. kali ni tak nak buat silap dh hehehe ^^. Dah tahu cara permainan panel2 tu.
saya dengar interview tu in English. BETUL KE? sebab UM kan IPTA yg berprestasi tinggi, mesti lah diorang nak yg berkualiti kan?
google2 nak buat slide vexsum utk cari logo UM jmpa blog ni. hahhaaa
Post a Comment