Monday, January 27, 2014

Nilai Persahabatan ....




[Cerita MISI] : Nilai? Boleh diukur? Boleh diformulasikan? Boleh dikira-kira?....Nilai sekiranya dilihat dari sudut kuantitatifnya sudah pasti boleh dibuat perhitungannya…tetapi NILAI dalam dunia SUKARELA bukanlah sesuatu yang boleh diukur, dikira-kira, diformulasikan dan sebagainya. Ianya wujud apabila individu yang melakukan kerja tersebut dari hatinya dan tindakannya sendiri. Mungkin ianya boleh berlaku secara sedara atau tidak sedar. Namun tidak semua individu yang berada dalam dunia sukarela ini merasakan nikmat NILAI tersebut. Ianya terbit dari HATI BUDI individu tersebut dan ianya bukanlah sesuatu yang dibentuk tetapi terbentuk. Kadang-kadang ianya terbit dengan sendirinya dan kadang-kadang ianya hasil dari pemerhatian tentang kesusahan dan keperitan insan lain.
Dalam misi yang lepas banyak perkara yang tentang aku pelajari tentang NILAI dalam dunia sukarela. Dan di sini aku ingin mengambil satu NILAI yang aku dapat iaitu NILAI PERSAHABATAN dalam dunia sukarela. Secara tidak sedar, dalam masa tempoh yang singkat dengan kekangan aktiviti yang ketat dan kepenatan yang melanda. Erti persahabatan dalam dunia sukarela telah wujud dengan sendirinya tanpa dijemput dan tanpa disedari. Ianya memberi aku kekuatan untuk aku teruskan perjuangan misi seterusnya, segala halangan yang berlaku mudah dilalui dengan NILAI PERSAHABATAN ini. Sekiranya aku diberi pilihan antara DIA dan PERSAHABATAN, aku pilih persahabatan. Dengan persahabatan aku mengenali DIA, itulah yang pernah aku lalui dahulu dalam dunia sukarela.

No comments: