Sebenarnya aku dapa offer letter lama dah cuma aku tak ter-register jek dengan pihak IPS, UPSI. Nak jadikan cerita Covid-19 dah menular dan telah diisytiharkan oleh WHO menjadi pandemik. So, kerajaan Malaysia telah umumkan untuk melaksanakan PKP pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 dan ketika itu tak terlintas yang PKP ini akan ada berfasa dan bersambung-sambung macam sekarang ini.
Bila diumumkan PKP dilaksanakan kepala aku ligat untuk susun kerja-kerja tertangguh yang melibatkan urusan-urusan luar, termasuklah pendaftaran kemasukan sebagai oelajar UPSI. 16hb Mac 2020 aku terliibat dengan Meeting CCP JKR Projek Teluk Intan di Kuala Lumpur, so aku rancang nak buat semua pada keesokkan harinya dari medical check-up sampailah ke pendaftaran.
Apa lagi pagi-pagi 17 Mac 2020 aku dah mulakan langkah untuk buat semua benda dalam masa satu hari, kalau tak siapkan dalam masa satu hari, siaplah aku dengan macam-macam masalah nanti. Sebab offer letter aku kena daftar pada atau sebelum 1 April 2020, ikutkan aku ada 14 hari dari tarikh tamat daftar. Kalau aku lengahkan lagi dan tunggu sampai PKP tamat pada 31 Mac 2020 memang masaklah aku tak bergelar pelajar PhD dalam semester 1/2020
Allah SWT telah memudahkan aku uruskan pendaftaran PhD pada 17 Mac 2020 dari medical check-up, pembayaran sampailah ke IPS, UPSI. Adalah beberapa perkara yang aku tak buat lagi, matrik kad dan submit x-ray dan laporan kesihatan ke Pusat Kesihatan UPSI. Takpe yang penting yang utama telah diselesaikan
Bila dalam tempoh PKP fasa pertama aku dah mula memikirkan langkah pertama yang aku perlu buat untuk melangkah seterusnya dalam proses perjalanan PhD aku di UPSI. Maklumlah dua minggu nak buat apakan, buat planning dan action plan-lah. So, aku Google lah kot-kot ada template yang sesuai untuk aku gunakan, sebab dalam kepala aku ini kosong dan blank tak tau nak mulakan macam nak gariskan gerak kerja perancangan
Bila Google punya Google jumpalah satu web site https://www.ithinkwell.com.au/resources dalam ini semua template yang boleh diakses dah ubahlah ikut kesesuaian kita. So, aku dah plan apa gerak kerja untuk tiga tahun dan letakkan milestone untuk setiap pencapaian yang hendak dicapai. Aku letakkan hujung bulan Januari 2023 untuk aku submit thesis aku untuk ViVa dan hujung tahun 2023 untuk aku bergraduat sebagai UPSI alumni
Next, aku cerita pelan risiko aku dalam menempuh proses perjalanan PhD aku. Orang Risk tetap orang Risk, setiap tindak tanduk akan memikirkan risk-risk yang mendatangkan. Selamat ber-PKP masuk fasa ketiga, hopefully kita dapat mengharunginya dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat dan letakkanlah KPI atau outcome yang hendak kita capai dalam tempoh PKP yang berfasa ini. Alngkah ruginya jika kita sia-siakan masa yang ada ini dengan perkara tidak berfaedah dan bermanfaat
#days27 #MCO #breakchain #covid19
13 MAC 2020
KUALA LUMPUR
No comments:
Post a Comment