"When you believe something is imposibble, your mind goes to work for you to prove why.But, when you believe, really believe, something can be done, your mind goes to work for you and helps you to find the ways to do it."
Tuesday, June 28, 2011
Cerita Komuter 5
Arghh!! Penat betul, dok dalam ketapi yang bercantum ni. Kalau korang nak tau inilah Hybrid Train Shuttle Rawang ke Tg Malim. Ingat Honda jek mampu keluarkan "hybrid car" jek. Komuter pun ada hybrid tau. Tapi kelajuannya cukup-cukup mencabar. Mana taknya kalau korang dok dalam ketapi tu, korang sempat kira pokok-pokok yang ada diluar tu, betapa slownya hybrid shuttle ni. Inilah rutin harianku, stesen Tg Malim adalah tempat aku turun dan naik selepas balik dari kerja.
Kalau korang perasankan papan tanda ni di stesen mana? Behrang? Kuala Kubu Baharu? Tg Malim. Ini yang menyebabkan orang konpius bile terjaga dari tido semasa dalam komuter. Aku nak satu papan tanda yang betul2 oldskool yang diperbuat daripada batu, tu kalau diambil tu dan aku letak kat PasarKarat ONLINE konfirm rating orang click per entry akan naik melambung. Hehehe, nanti blog ini akan manjadi sumber rujukan.
Friday, June 24, 2011
Cerita Komuter 4
Mesti korang pelikkan apa kena mengena gambar penutup botol 100+ ni dengan cerita komuter aku kan. Senang je, sebab gambar aku amik ni semasa berada dalam train komuter. Masa ini otak aku ligat berpusing memikirkan untuk "generate income" dalam RM1700++ sebagai tambahan dengan pendapatan yang aku ada sekarang ini. So, aku capai apa yang ada berhampiran dengan aku. Aku tengok botol 100+ ni dari segi macamana ianya boleh mendatangakan "income" sampingan pada aku. Idea Oh Idea!!! Marilah berdamping dengan aku, lama gak aku berpikir pastu otak aku jem sat, pastu aku amik gambar yang kedua :
Aku terpandang pada satu logo yang cukup sinonim dengan kehidupan aku sekarang ni. Logo "Recycle", terus otak aku ligat semula berpikir bagaimana nak jadi jutawan sampah ataupun jutawan 3R. Sebelum ni aku pernah ternampak satu buku tentang cerita Jutawan 3R kalau aku tak silap tengoklah. So, misi aku minggu ini untuk cari buku tersebut sementara gaji masih ada dan peruntukan pembelian buku bulanan tidak terpakai untuk beli benda-benda lain. Malam tadi baru aku buat tempahan ONLINE buku Reader Digest selama setahun (RM148). Kalau korang perasan penutup botol dan botol itu sendiri adalah dua bahan yang berbeza. Kalau orang biasa tengok sama je sebab dua-duanya plastik. Kalau nilai pasaran barangan kitar semula memang ada perbezaan harganya, cuma kalau kita jual pada lori-lori yang datang kutip, diaorang kira "lumpsum" jek. Pada botol yang aku ambil gambar ini boleh mendatangkan satu sumber rezeki yang cukup lumayan jika kita ada ilmu dan pengetahuan tentangnya. Moral cerita komuter kali ini ialah : KALAU KITA HENDAK MELAKUKAN SESUATU ATAU HENDAK BERUBAH DARI SATU TEMPAT KE TEMPAT LAIN, KITA PERLU ADA ILMU DAN PENGETAHUAN DAN ILMU TERSEBUT BUKAN SAHAJA DARI SEKOLAH BAHKAN DARI ALAM SEKELILING KITA....
Monday, June 13, 2011
Wednesday, June 8, 2011
Cerita Komuter 3
Hari aku ada 2 jam talk di Wisma IEM, perjalanan aku mcm biasala dgn mengunakan pengangkutan awam yang diberi nama KTM komuter yang terkenal dgn pelbagai kelewatan kalo tak kena masa (hehe)...rahsia utk tidak lewat utk naik komuter adalah pastikan anda mendapatkan komuter terawal (komuter pertama la kiranya tu) konfirm cepat dan efisyen. So aku punye seminar kul530 pm dan aku perlu kuar pejabat awal supaya aku dapat kejar masa utk sampai ke Wisma IEM Petaling Jaya. aku naik train kul2 dr tgmalim (awal tu) hehe..lagipun kat opis tak pack sgt dgn aktiviti keje yg urgent, bleh cabut awal..ngeeee..Cerita komuter adalah cite perjalanan hidup aku sehari hari...citer benar ni..ayuh bacalah ye, apa yg pasti den folooooowwwww..hehe
Aku sampai kat Wisma IEM tepat kul515pm, dan ada masa lagi 15minit sblm talk bermula, akak pendaftaran tu mtk member kad, aku cakap dah daftar tp member kad tak dpt lagi..so cite punye citer rupanya kenapa aku tak dpt lagi member kad sbb aku tak bayar lagi utk jd IEM members, hahaha..malu jerk aku hahaha...kalo ade member kad tu p talk tu free la..takyah bayar...kira aku ni masih non-member la..terpaksa aku bayar rm20, dah lama jd engineer tp IEM belum daftar lagi (ape dah Fait Hanapi ni)...bila aku masuk lecturer hall tu tgk tak la ramai sgt lebih kurang 50pax jek..maklumlah hujan ramai yg tak dpt walk in utk dgr talk ni...aku jumpe dgn budak uitm dulu2...lani engineer kat usim sama mcm aku la...tp aku kat upsi..so dok la sebelah dia..aku dok tinjau2 kot2 mane kenal member2 yg lain..aku pelik awat byk mata sepet ni (chinese la) yang datang, mane engineer melayu yg lain, balik rumah dok belek anak dan bini ker?ke melepak kedai2 kopi high stended ke (starbuck, SR etc). Yang melayu nya aku, kawan aku dan brader sorang lagi...tiga ketul jek engineer melayu yg dtg. Aku terusik hati sekejap bila kenangkan kemana melayu2 ni dalam bidang professional ni, aku tahu ada yg telah capai tahap2 yg tertinggi so tak main la talk yg percuma nie kan...cuma aku kesal sgt mana pergi engineer melayu genarasi muda utk tambah knowledge berkaitan bidang kerja, aku respect pada engineer tua yg dtg2 yg mana umur mereke rata2 dah masuk 50thn, masih tekun dan menulis setiap butir bicara penceremah tersebut. Pada aku, engineer melayu generasi muda ni ambil peluang utk tuntut ilmu dan jadi IEM ni sebagai wadah utama utk menambah baik value yg kita ada, baru la org tgk kita....WAHHHHHH!!! generai muda melayu jadi engineer yg hebat. baru la kita bleh guna slogan agung "Engineer's Build The Nation"...
Tuesday, June 7, 2011
Kisah Seorang Biduan
( 1 )
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )
( 2 )
Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )
( korus )
Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )
( ulang korus )
( ulang 2 & korus & korus & 1 )
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )
( 2 )
Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )
( korus )
Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )
( ulang korus )
( ulang 2 & korus & korus & 1 )
Saturday, June 4, 2011
Projek Dalam Tangan (Kat Rumah Sendiri)
Cadangan menyiapkan set landskap di balkoni unit 12-13 di Kepong Sentral...Gambar atas adalah gambar cadangan..cantikkan, belum tau hasilnya nti, cube bayangkan engineer try to arkitek landskap...nti kan hasilnya wakakaka
Projek on-going, slow progress sbb low bajet, peruntukan bank pusat adalah monthly based huhuhu..baru tgk element water based...pergh paling murah pun rm300..sebey2 lagi kot2 dpt yg berpatutan dan cantik untuk bahagian balkoni ni.
Thursday, June 2, 2011
Cerita Komuter 2
hahaha...kali ini aku nk cite perjalanan aku balik ke rumah plak...mcm biasa aku balik lewat ckit la, malas nk rush balik lagpun tak uatpe sgt kat umah...lantai umah dah licin,pinggan mangkuk tersusun rapi,susun atur kerusi masih elok,baju semua dah selesai dibasuh ahad lepas hehe..tp baju tak lipat sbb aku ni tak reti lipat baju (bab ni sham kene terimala aku sbb tak gheti nk lipat melipat hehe)..aku amik komuter kul7 dr tgmalim dan seperti hari2 biasa komuter still kosong dn tak ramai penumpang, selalu petang aku dok baca buku,majalah tau termenung tp kali aku dok tido jerk...letih woo asyik berjemur jek kat site..bila aku terjaga aku dah smpi stesen rawang dan komuter yg aku naik tu terus ke kl so aku takyahla berpisat-pisat bangun pindah komuter...bila komuter tersebut ke stesen seterusnya (stesen kuang) yang mana kawasan stesen tu agak RARE ckit..aku terpandang satu pakcik India yang tua nak naik komuter, dgn cara jalan yang teramat slow dan terkedek2, aku takut jek sama ada dia terlepas dr menaiki komuter atau dia akan tersepit kat pintu komuter..nasib baik la komuter kali ni tak kejar jadual...selalu tak sampai seminit pintu dah tutup...apa yg aku tertarik dgn pakcik tu bukan sbb dia jalan slow dan terkedek tp aku tertarik dgn torch lite besar yang tergantung kat leher dia tue.aku terpikir yang mana negara kita ni dah terang benderang, p mane jek ada lampu utk menyinari jalan2 yang dilalui hehehe..so kegunaan torch lite dah kurang digunakan bahkan takde digunakan lagi melainkan standby jek kat umah...tp pelik pakcik ni dia bwk torch lite tu umpama dia akan lalu kat kawasan yang gelap gelita..padahal kalo kat klsentral tu ckit punye terang benderang suasananya...tp aku cuba memahami pakcik tu dgn cara tersirat, mungkin dia masih berada di alam zaman lampau yang mana kalo hendak p mane2 perlu bawak torch lite yg boleh menerangi jalan2 dilalui...so aku menuduh pakcik tu berfantasi dgn zaman2 dahulu...hehe tp itulah ragam2 yg aku dapat tgk dan lalui bila aku dah jadi pengguna tegar public transport ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)