Friday, June 24, 2011

Cerita Komuter 4


Mesti korang pelikkan apa kena mengena gambar penutup botol 100+ ni dengan cerita komuter aku kan. Senang je, sebab gambar aku amik ni semasa berada dalam train komuter. Masa ini otak aku ligat berpusing memikirkan untuk "generate income" dalam RM1700++ sebagai tambahan dengan pendapatan yang aku ada sekarang ini. So, aku capai apa yang ada berhampiran dengan aku. Aku tengok botol 100+ ni dari segi macamana ianya boleh mendatangakan "income" sampingan pada aku. Idea Oh Idea!!! Marilah berdamping dengan aku, lama gak aku berpikir pastu otak aku jem sat, pastu aku amik gambar yang kedua :




Aku terpandang pada satu logo yang cukup sinonim dengan kehidupan aku sekarang ni. Logo "Recycle", terus otak aku ligat semula berpikir bagaimana nak jadi jutawan sampah ataupun jutawan 3R. Sebelum ni aku pernah ternampak satu buku tentang cerita Jutawan 3R kalau aku tak silap tengoklah. So, misi aku minggu ini untuk cari buku tersebut sementara gaji masih ada dan peruntukan pembelian buku bulanan tidak terpakai untuk beli benda-benda lain. Malam tadi baru aku buat tempahan ONLINE buku Reader Digest selama setahun (RM148). Kalau korang perasan penutup botol dan botol itu sendiri adalah dua bahan yang berbeza. Kalau orang biasa tengok sama je sebab dua-duanya plastik. Kalau nilai pasaran barangan kitar semula memang ada perbezaan harganya, cuma kalau kita jual pada lori-lori yang datang kutip, diaorang kira "lumpsum" jek. Pada botol yang aku ambil gambar ini boleh mendatangkan satu sumber rezeki yang cukup lumayan jika kita ada ilmu dan pengetahuan tentangnya. Moral cerita komuter kali ini ialah : KALAU KITA HENDAK MELAKUKAN SESUATU ATAU HENDAK BERUBAH DARI SATU TEMPAT KE TEMPAT LAIN, KITA PERLU ADA ILMU DAN PENGETAHUAN DAN ILMU TERSEBUT BUKAN SAHAJA DARI SEKOLAH BAHKAN DARI ALAM SEKELILING KITA....

No comments: