"When you believe something is imposibble, your mind goes to work for you to prove why.But, when you believe, really believe, something can be done, your mind goes to work for you and helps you to find the ways to do it."
Monday, June 22, 2009
Wednesday, June 10, 2009
RM 5403.56 gone from my pocket
Tepat pukul 6.12pm aku menerima panggilan dari "CIMB card centre". Adakah mereka call untuk bertanya khabar?. Oh! Tidak sama sekali, mana ada pihak bank telefon bertanyakan khabar pada pelanggan-pelanggan mereka. Hanya dua soalan sahaja yang mereka berminat, pertama nak jual produk dan yang kedua untuk tuntut hutang tertunggak. Cis! Rupa-rupanya aku telah di "pau" oleh insan durjana yang mengggunakan alam siber untuk membeli "indoor skate" yang berharga RM5403.56 melalui "paypal online". Apa kejadahnya aku nak beli "indoor skate". Baik aku beli TV ke Laptop baru ke takpun I-Phone lagi puas hati dari beli "skate". Masa tu Allah sahaja yang tahu berderau darah aku dengan nilai tersebut, dengan pantas aku tanya dari mana transaksi tu, belum sempat mamat bank itu tanya betul ke tidak transaksi tersebut. Terus aku mintak kad aku dibatalkan oleh mamat bank itu. Aku tidak puas hati terus aku call semula "Card Centre" untuk maklumat lanjut. Memang ada transaksi melalui "online" pertama berjaya dengan nilai RM5403.56 dan transaksi yang kedua tidak berjaya sebab aku telah membatalkan kad aku. Macamana aku nak bayar sebab aku tidak memiliki "skate" tersebut, aku terus bertanyakan soalan bertubi-tubi pada mamat bank tersebut. Takkan aku nak bayar jumlah tersebut, terus aku diminta untuk pergi ke CIMB Bank terdekat untuk membuat penafian melalui "Dispute Form". Apa yang pasti mamat yang mengunaka kad aku untuk membeli "skate" pasti akan tidak akan tidur malam atas sumpahan aku ini....
Moral of the Story :
Jagalah credit card dengan baik dan pastikan ia selamat dari ancaman anasir yang jahat. Hati-hati semasa membuat pembayaran online melalui credit card, tidak salah menggunakan tapi berhati-hati. Jangan samapi terkena macam aku terkena, sebab aku tidak tahu macamana keterangan kad aku telah dicerobohi.

S.M.A.R.T
Seperti yang aku katakan dahulu berkaitan dengan perkataan S.M.A.R.T dalam hidup aku dan mungkin dalam hidup orang lain. Aku seorang yang agak calculative dan "technical oriented", dalam banyak perkara aku akan membuat analisa berkaitan dengan perkara yang bakal akan aku lakukan. Memang agak remeh tapi itulah "Aku", setiap insan tidak sempurna, so seperti aku jugak tidak sempurna, aku belajar cara untuk aku "flexible" dengan orang lain dan aku akan terus belajar untuk memahami 1001 jenis perwatakan dan kerenah. Aku berharap bila aku berusia 40tahun aku mempunyai kombinasi ilmu "technical" dan "art" untuk aku mencapai ke arah kesempurnaan (walau tidak 100% sempurna) tapi kita perlu menuju ke arah tersebut.
S : Specific
M : Measurable
A : Achievable
R : Result-Oriented
T : Time frame
M : Measurable
A : Achievable
R : Result-Oriented
T : Time frame
Tuesday, June 9, 2009
Cipta Peluang
Bercerita tentang mencari pendapatan tambahan, kita kena kreatif dan sentiasa mencipta peluang. Dulu mungkin istilah menunggu peluang boleh digunapakai tapi sekarang untuk maju ke hadapan kita perlu mencipta peluang untuk terus dan terus berjaya. Kita hanya boleh menoleh sejenak ke belakang untuk mengetahui apa kesilapan kita agar kita tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang. So, kita harus mara ke hadapan untuk terus maju.
Inilah peluang yang aku cuba intai untuk aku terus kukuhkan pelan strategik kewangan aku, memang ada desas desus yang mengatakan "ONLINE BISNES" tak boleh dipercayai. Tapi aku percaya akan rezeki yang diberikan oleh ALLAH tapi apa yang penting adalah usaha aku untuk majukan diri aku.
apa lagi tunggu? Layarilah website yang aku pamerkan di siini untuk kita sama-sama mencipta peluang yang ada.

http://www.rahsiawangpantas.com/index.php?ref=faithanapi
Monday, June 8, 2009
Mana tahukan kalau ini rezeki aku
Aku hendak cerita sedikit sebanyak macamana aku boleh tergerak hati untuk membuat "side income" dengan bisnes di dalam talian ini. Padahal perkara ini sudah lama di war-war di Malaysia tapi aku buat tak endahkan. MENGAPA sekarang baru aku hendak buat?Mesti ada sebabkan, mudahnya sebabnya kerana aku perlukan menjana pendapatan aku tiap-tiap bulan untuk menampung kos perbelanjaan aku yang semakin meningkat. Ini bermakna tanggungjawab aku pun sudah bertambah. Bila keperluan ini bertambah secara automatiknya manusia akan berfikir dan bertindak untuk menambahkan pendapatannya supaya mempunyai satu tahap keselesaan yang diidamkan.
Prinsip hidup aku mudah, aku akan berusaha, berdoa dan bertawakal dan ALLAH yang menentukan segalanya. Rezeki manusia ini ada tapi kita sebagai insan perlu mencarinya dan berusaha untuk mendapatkan selagi tidak bertentangan dengan syariatNYA. Tidak salah aku cuba memulakan sesuatu yang belum pernah aku cuba sebelumnya tapi hanya mendengar kejayaan orang yang telah mencubanya. Aku berharap dan berdoa agar usaha aku ini dimurahkan olehNYA untuk aku terus memberi satu kehidupan yang baik untuk keluarga aku. Aku harap juga yang dengan usaha ini aku dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara walau ia tidak sebenar mana sumbangannya.

Sunday, June 7, 2009
selamat kembali
Aku dah lama tidak mempunyai satu medium untuk aku berkongsi tentang cita-cita aku dan apa yang ingin aku capaikan. Semuanya aku simpan dalam kotak fikiran aku untuk aku laksanakan, tapi zaman dah berubah, orang-orang yang telah berjaya telah mengubah cara kita berfikir, setiap apa yang kita inginkan perlu ada elemen "SMART". Hendak tahu apa elemen yang aku maksudkan, aku akan menulis dengan lebar panjang lagi selepas ini. Sebab aku hendak belajar bagaimana mengunakan blog ini sebagai medium untuk memotivasikan aku. Mungkin blog aku ini mempunyai elemen-elemen topik berat yang perlu berfikir dan merenung tentang kejadian disebalik kejadian. So, sapa yang tidak mampu jangan teruskan dengan membca blog aku ini, sebenarnya usia blog ini dah menjangkau dua tahun denga dua "post" tentang idola aku dalam alam realiti ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)