Tepat pukul 6.12pm aku menerima panggilan dari "CIMB card centre". Adakah mereka call untuk bertanya khabar?. Oh! Tidak sama sekali, mana ada pihak bank telefon bertanyakan khabar pada pelanggan-pelanggan mereka. Hanya dua soalan sahaja yang mereka berminat, pertama nak jual produk dan yang kedua untuk tuntut hutang tertunggak. Cis! Rupa-rupanya aku telah di "pau" oleh insan durjana yang mengggunakan alam siber untuk membeli "indoor skate" yang berharga RM5403.56 melalui "paypal online". Apa kejadahnya aku nak beli "indoor skate". Baik aku beli TV ke Laptop baru ke takpun I-Phone lagi puas hati dari beli "skate". Masa tu Allah sahaja yang tahu berderau darah aku dengan nilai tersebut, dengan pantas aku tanya dari mana transaksi tu, belum sempat mamat bank itu tanya betul ke tidak transaksi tersebut. Terus aku mintak kad aku dibatalkan oleh mamat bank itu. Aku tidak puas hati terus aku call semula "Card Centre" untuk maklumat lanjut. Memang ada transaksi melalui "online" pertama berjaya dengan nilai RM5403.56 dan transaksi yang kedua tidak berjaya sebab aku telah membatalkan kad aku. Macamana aku nak bayar sebab aku tidak memiliki "skate" tersebut, aku terus bertanyakan soalan bertubi-tubi pada mamat bank tersebut. Takkan aku nak bayar jumlah tersebut, terus aku diminta untuk pergi ke CIMB Bank terdekat untuk membuat penafian melalui "Dispute Form". Apa yang pasti mamat yang mengunaka kad aku untuk membeli "skate" pasti akan tidak akan tidur malam atas sumpahan aku ini....
Moral of the Story :
Jagalah credit card dengan baik dan pastikan ia selamat dari ancaman anasir yang jahat. Hati-hati semasa membuat pembayaran online melalui credit card, tidak salah menggunakan tapi berhati-hati. Jangan samapi terkena macam aku terkena, sebab aku tidak tahu macamana keterangan kad aku telah dicerobohi.
Moral of the Story :
Jagalah credit card dengan baik dan pastikan ia selamat dari ancaman anasir yang jahat. Hati-hati semasa membuat pembayaran online melalui credit card, tidak salah menggunakan tapi berhati-hati. Jangan samapi terkena macam aku terkena, sebab aku tidak tahu macamana keterangan kad aku telah dicerobohi.
No comments:
Post a Comment