Aku hendak cerita sedikit sebanyak macamana aku boleh tergerak hati untuk membuat "side income" dengan bisnes di dalam talian ini. Padahal perkara ini sudah lama di war-war di Malaysia tapi aku buat tak endahkan. MENGAPA sekarang baru aku hendak buat?Mesti ada sebabkan, mudahnya sebabnya kerana aku perlukan menjana pendapatan aku tiap-tiap bulan untuk menampung kos perbelanjaan aku yang semakin meningkat. Ini bermakna tanggungjawab aku pun sudah bertambah. Bila keperluan ini bertambah secara automatiknya manusia akan berfikir dan bertindak untuk menambahkan pendapatannya supaya mempunyai satu tahap keselesaan yang diidamkan.
Prinsip hidup aku mudah, aku akan berusaha, berdoa dan bertawakal dan ALLAH yang menentukan segalanya. Rezeki manusia ini ada tapi kita sebagai insan perlu mencarinya dan berusaha untuk mendapatkan selagi tidak bertentangan dengan syariatNYA. Tidak salah aku cuba memulakan sesuatu yang belum pernah aku cuba sebelumnya tapi hanya mendengar kejayaan orang yang telah mencubanya. Aku berharap dan berdoa agar usaha aku ini dimurahkan olehNYA untuk aku terus memberi satu kehidupan yang baik untuk keluarga aku. Aku harap juga yang dengan usaha ini aku dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara walau ia tidak sebenar mana sumbangannya.

No comments:
Post a Comment