Aku macam orang lain juga, merancang macam-macam bila tiba
tahun baru. Tahun ini aku tidak rancang seperti tahun-tahun yang lepas, aku
hanya menyambung segala projek yang telah aku plan pada tahun lepas untuk aku
teruskan, terutama projek Dynamic Excellent Consultancy. Aku hendak lebih fokus
pada perjalanan syarikat aku ni yang aku usahakan dengan sahabat sekerja aku
kat UPSI. Tahun ini juga aku berharap aku dapat sambung pelajaran aku di
peringkat master, tawaran biasiswa dah dapat, hanya permohonan ke universiti
masih belum aku mohon sebab belum ditwarkan lagi. Dalam kepala aku hanya nak
rehatkan kerjaya aku buat sementara bagi boost up potential diri aku ke
peringkat yang lebih tinggi. UPSI adalah tempat paling lama aku kerja dan aku
sebenarnya dah tepu dengan segala macam hal di UPSI ini. So untuk aku taknakla
terus tahap ketepuan aku ini. Maka aku perlukan rehat yang ditaja penuh oleh
kerajaan. Dalam tahun yang aku rehat juga aku hendak ubah personaliti aku dan
penampilan aku agar lebih berdisiplin dan nampak professional.(hihihihi bukan
aku takde disiplin punya orang tau, hanya cara aku berpakaian tu mungkin
dikatakan tidak berdisiplin). Aku akan gunakan tempoh dua tahun untuk aku
dapatkan CLP (Certificate Law Practise), P.Eng (Professional Engineer), Master
in Project Management (PMP). Gigihkan nk all out semua dalam satu masa, Insha
Allah akan diusahakan dan moga dipermudahkan. Apa yang penting ialah aku perlu
berusaha dan berusaha untuk terus dapatkan yang terbaik dalam hidup aku.
Sekarangnya banyak perkara yang perlu aku pelajari, perkara
yang perlu aku kikiskan dalam diri ialah sifat ego aku. Aku harus audit dan
muhasabah diri aku selalu agar tidak melakukan perkara-perkara orang
disekeliling aku ini berkecil hati dengan aku. Maaflah rakan-rakan sekerja di
UPSI, kontraktor-kontraktor dan konsultan yang kena basuh dengan aku selalu.
Bukan niat nak marah-marah tapi keadaan sebegitu dan aku cuba untuk
memperbaikinya. Pada aku konsep sama-sama kita bekerja dan belajar dari
kesilapan perlu kita terapkan. So maafkan aku ek semua..dari big boss sampailah
kepada makcik/pakcik cleaner. Jangan marah-marah lagi tau tapi kita senyum
sokmo je...sikukan jek kalau aku terlupa semua, aku memang dilahirkan sebegitu
dan aku akan cuba mengubahnya...
Perancangan keluarga, if ada rezeki aku nak tambah lagi satu
lagi property dalam tahun 2013 ini. Misi pelaburan keluarga telah aku
laksanakan dengan Standing Instruction melalui akaun bank aku. Tahun ini tahun
aku istiharkan tahun pelaburan aku. Walau gaji naik mana, walau bonus dapat
banyak mana aku akan kekalkan momentum perbelanjaan aku seperti tahun yang
lepas. Bahkan aku perlu lengkapkan MISI5000 aku yang tinggal tidak berapa lama
lagi. Untuk Ibu, papa akan cuba penuhi apa permintaan ibu untuk diri ibu (hehe
try dulu tau). Terima kasih kerana jaga Iman’s dengan baik, ingat kita punya
janji hanya papa jek yang boleh marah Iman’s kalau dia nakal sesangat. Kalau
ibu nak marah gak marahlah belakang papa. Untuk Iman Farisyah, papa masih belum
dapat rentak untuk hantar kamu playskool setiap hari sbb papa dan ibu belum
dapat lokasi rumah kita yang sesuai untuk keselesaan kita. Tapi ibu dah daftar
untuk kamu playgroup setiap minggu di Alim Kids, so bermainlah dengan
kawan-kawan kamu nanti, sebab papa tau kamu beria-ia untuk sekolah. Untuk
sicomel papa Iman Suraiya, kamu kena membesar dengan sihat..papa sentiasa
terbayang senyuman nakal kamu bila sambut papa balik. Kalau papa tension papa
akan tgk gambar-gambar kamu dan kakak kamu. Tiada apa yang boleh mengembirakan
hati papa selain daripada melihat kamu dua beradik yang penuh dengan ragam dan
kerenah.
Untuk keluarga Shah Alam dan Kerinchi, kami akan sentiasa
memberikan yang terbaik untuk menjaga amanah yang telah diberikan. Kami tahu
kami tidak terlalu mewah untuk menyediakan yang terbaik, tapi kami akan
berusaha untuk menjaga hubungan kekeluargaan yang telah terbina sejak kami di
ijab kabulkan. Kami percaya bukan kemewahan yang kalian harap dan kami bangga
kerana mempunyai keluarga seperti kalian semua. Insha Allah, ada rezeki kami,
kita akan menuaikan umrah pada tahun hadapan bersama-sama. Apa yang kami harapkan
ialah doa-doa kalian mengiringi usaha kami untuk membuat yang terbaik untuk
kita semua. Terima kasih semua kerana membentuk diri kami yang ada pada hari
ini.
Sekian.